Monday, January 18, 2010

MALAM KEMUNCAK "SLIM FIT CHALLENGE 2010



Pihak swasta, golongan usahawan dan sektor korporat perlu tampil memberi sumbangan untuk menjayakan apa jua program yang membabitkan kepentingan rakyat.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, program seperti cabaran melangsingkan badan anjuran Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Cheras merupakan antara contoh pelaksanaan program ke arah kesejahteraan rakyat.



"Untuk menjayakan program seperti ini sudah tentu membabitkan perbelanjaan yang banyak. Maka, secara peribadi saya menyeru pihak swasta, golongan usahawan dan sektor korporat memberi sumbangan atau derma untuk menjayakan apa jua program untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Kemuncak Cabaran Melangsingkan Badan anjuran Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di sini malam ini.Cabaran yang bermula sejak enam bulan lalu itu disertai 35 peserta dan hanya lapan layak ke malam kemuncak hari ini.


Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Mahadi Shukor, Naib Ketua Bahagian, Datuk Md Nasir Ghani, Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras dan Ketua Puteri UMNO Cheras, Puan Sarina Sharif.

Puan Sri Noorainee berkata, program seumpama itu perlu dicontohi oleh semua bahagian UMNO di negara ini.Menurutnya, program seperti itu bukan sahaja menjurus kepada kaedah penjagaan kesihatan diri yang sistematik, tetapi berupaya melahirkan persekitaran masyarakat yang sihat dan harmoni.



"Saya ingin mencadangkan agar program seperti ini diperluaskan ke peringkat komuniti dan akar umbi dengan membabitkan lebih ramai peserta yang mewakili pelbagai kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Jelasnya, selain berusaha mengekalkan kesihatan, program seperti itu akan menjadi jambatan terbaik untuk memupuk dan menjalinkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.Dalam pada itu, Mariah Jantan, 57, muncul juara cabaran itu manakala tempat kedua diraih Siti Salinda Hassan, 31, dan Rossafiah Jauhari, 33, pemenang tempat ketiga.

Johan, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah berupa tiket penerbangan ke Australia, China dan Bali, Indonesia yang disampaikan oleh Puan Sri Noorainee.

Wednesday, January 6, 2010

PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN PRIHATIN PELAJAR

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kira-kira 50 pelajar dari keluarga kurang upaya di sekitar Kuala Lumpur memulakan sesi persekolahan dengan lebih ceria tahun ini apabila mendapat bantuan persekolahan daripada Puteri Umno Wilayah Persekutuan (PPUWP).
Ketua pergerakan itu, Sarina Sharif berkata, bantuan yang diberi adalah tanda kasih sayang dan sokongan mereka kepada pelajar berkenaan agar lebih bersemangat ke sekolah.



Sarina Sharif (empat dari kanan) menyerahkan barangan persekolahan kepada pelajar sewaktu program penyerahan bantuan persekolahan di Kuala Lumpur, semalam.



Tambahnya, senarai nama pelajar kurang upaya yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan itu adalah kumpulan awal kepada lebih ramai pelajar yang akan mendapat bantuan mereka.

"Hari ini adalah permulaan kepada bantuan menyeluruh yang akan diberi kepada lebih ramai pelajar kurang upaya. Kami lihat mereka memerlukan sokongan dan apa yang dibuat hari ini diharap menyemarakkan semangat mereka untuk bersekolah.

"Syukur kami mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan serta beberapa syarikat korporat yang sudi menyumbangkan peralatan sekolah. Kami berharap lebih banyak syarikat akan tampil dan memberi kerjasama kepada program Puteri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Program penyampaian bantuan hari ini melibatkan tujuh buah sekolah sekitar ibu kota. Bantuan yang diberi berupa peralatan sekolah serta wang tunai.

Tujuh sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju; Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Depot, Jalan Semarak; SK Setapak; SK Taman Koperasi Polis; SK Perempuan Jalan Batu; SK Yaacob Latif dan SMK Yaacob Latif.

Turut hadir, Pengerusi Biro Pelajaran Puteri UMNO, Seriwani Sabtu.

Tambah Sarina, program kali pertama itu akan dijadikan acara tahunan kepada pergerakan itu sendiri.

Jelasnya, rasa tanggungjawab dan mahu melihat pelajar kurang berkemampuan di ibu kota berjaya walaupun datang dari keluarga miskin mendorong pihaknya untuk menjadikan program itu sebagai rutin tahunan.

"Kami tidak mahu kesusahan menjadi penghalang kepada mana-mana pelajar di Kuala Lumpur untuk berjaya.

"Seharusnya lebih banyak pihak tampil dan membantu. Apa yang dilakukan Puteri hari ini hanyalah sebahagian yang termampu dilakukan kami kepada masyarakat," ujarnya.

Sementara itu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju, Saamah Muhayat menjelaskan, bantuan yang diberi merupakan satu penghargaan dan tanda keprihatinan Puteri sendiri kepada pelajar sekolah.

"Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kerana Puteri sudi menghulurkan bantuan kepada pelajar kurang upaya," katanya.

Sunday, January 3, 2010

TINTA UCAPAN TAHUN BARU 2010 DARI KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


Assalammualaikum...Salam Perpaduan ,Salam Satu Malaysia...

Buat rakan-rakan Puteri dan adik-adik Puteri Cheras...

Kak ina begitu berbangga dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana rakan-rakan dan adik-adik masih setia bersama Parti Umno dan setia bersama Puteri Umno Bahagian Cheras...
Harapan kak ina dan juga barisan pihak pengurusan Puteri Umno Bahagian teruskan perjuangan dan ingatlah generasi wanita muda hari ini harus peka dengan isu-isu politik semasa...
Janganlah kita leka dan merasa selesa dengan apa yang kita kecapi hari ini,sedarlah bahawa kita mempunyai satu tanggungjawab yang amat berat untuk memastikan pilihanraya ke13 menjadi milik parti kita...
Masih belum terlambat kiranya diawal tahun baru ini kita sematkan azam perbaiki tanggungjawab kita yang belum kita laksanakan..mengingati adik-adik dan juga diri sendiri,muhasabah diri ..buangkan yang keruh,ambil yang jernih dan perkukuhkan perpaduan dalam Parti...semangat setiakawan amat lah penting...dahulukan kepentingan parti dari kepentingan diri sendiri...dan yang paling penting hentikanlah sengketa sesama kita....
"Jauhilah diri kamu dari persangkaan kerana ia adalah sesuatu yang dusta,jangan sekali-kali kamu berburuk sangka,intip mengintip,berlumba -lumba dalam perkara kejahatan,hasad dengki,saling pulau memulau sebaliknya jadilah kamu hamba ALLAH yang bersaudara"
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010...."

Saturday, January 2, 2010

PROGRAM “BACK TO SCHOOL” ANJURAN PUTERI UMNO NEGERI SELANGOR



Bersempena bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2010 yang akan menjelang tidak lama lagi. Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor telah menganjurkan Program “Back To School” pada 1 Januari 2010. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Dewan MBPJ, Taman Dato Harun, Petaling Jaya pada jam 10.00 pagi.



Melalui Program “Back To School” ini, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah memberi bantuan berupa peralatan sekolah kepada seramai 40 orang kanak-kanak yang kurang upaya untuk menerima sumbangan. Program ini akan menjadi acara tahunan Pergerakan Puteri UMNO yang akan di adakan serentak di seluruh negeri pada setiap 1 Januari di tahun kehadapan.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010....


Masa Lalu Adalah Kenangan,
Hari Ini Adalah Goresan,
Hari Esok Adalah Harapan,
Selamat Tahun Baru 2010,
Selamat Tinggal Kenangan,
Selamat Datang Harapan,


Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 kepada semua ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras dan juga kepada mereka yang melayari Blog kami ini dan terima kasih kami ucapakan.

Sesungguhnya tahun baru ini marilah kita bersama-sama tekad semangat dengan satu matlamat untuk kita bersama-sama muhasabah diri melihat dimana kesilapan yang telah kita lakukan dan marilah kita bersama-sama memperbetulkan segala yang kurang bagus kepada yang terbaik buat diri kita sendiri dan juga parti keramat kita iaitu UMNO.

Pada tahu baru ini kami mendoakan semoga Tahun 2010 akan membawa lebih keberkatan dan Berjaya di dalam setiap apa yang kita impikan AMIN....