Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK 1433 HIJRAH

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci. Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi. Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa".

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mendoakan agar kita semua dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t.
 
Bulan Ramadhan adalah Pusat Latihan dimana umat Islam akan melakukan Puasa, menambahkan amalan solat wajib dengan solat Tarawih, menambahkan amalan membaca Al Quran. Manusia bersifat lemah, maka Allah s.w.t pada bulan Ramadhan memenjarakan Iblis dan Syaitan. Manusia hanya akan melawan hawa nafsu untuk melakukan ibadat dan mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t. Bagi memberi kekuatan kepada Umat Islam, suasana ibadat di ujudkan, iaitu seluruh manusia dimana saja tidak makan dan minum pada siang hari dan pada malam hari, manusia akan beramai ke masjid atau surau untuk melakukan solat, membaca Al Quran dan berzikir.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras memgambil kesempatan mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan 2012 kepada ahli - ahli Puteri UMNO di seluruh Malaysia dan pembaca setia Blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Thursday, July 12, 2012

MASALAH MELAYU HARI INI

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan ramai orang Melayu yang semakin takut mengatakan masalah bangsa Melayu. Masalah bangsa Melayu hari ini adalah hampir sama dengan masalah Melayu pada era kebangkitan bangsa Melayu khususnya pada masa-masa sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru dari segi prinsipal. Bnagsa Melayu hari ini sebenarnya tidak banyak bezanya dari Melayu sebelum Dasar Ekonomi Baru, yang mana Melayu terus tertindas dengan kehadiran bangsa luar yang hanya ada satu cita-cita – meraut kekayaan untuk diri dan bangsa mereka.

Kita kena ingat Melayu dahulu juga berdepan dengan masalah monopoli perniagaan bangsa Cina. Kekuatan bangsa ini disokong oleh pemerintah dari saat awal kehadiran mereka. Pemerintah masa itu menindas kita, bangsa Melayu. Persepsi Melayu malas telah di label sungguhpun malas itu bukan sesuatu yang konklusif memundurkan Melayu.

Bagi Pergerakan Puteri UMNO Cheras, kehadiran bangsa lain seperti Cina yang disokong oleh British adalah punca bangsa Melayu tersisih dan hanya hidup di pinggir kota dengan kemiskinan menjadi topik kesusahan mereka. Pemerintah ketika itu sudah cukup membekalkan kekuatan ekonomi pada kaum lain dengan harapan bangsa Melayu akan terjual kedaulatan hanya kerana wang dan pengaruh ekonomi. Taktik ini benar. Bangsa Melayu terpinggir kerana kekuasaan ekonomi kepada bangsa lain. Mahukah mereka dari bangsa lain berkongsi ekonomi? Kita pernah gah dengan kongsi kuasa tetapi kongsi ekonomi haram tidak akan ada sampai bila - bila.

Bangsa lain tidak akan mudah untuk menyerahkan ekuiti dan memberi sebahagian – yakni 30% pegangan, mustahil dilakukan oleh bangsa Cina. Oleh kerana itu perkongsian ini terbatal. Kongsi ekonomi tidak wujud pada masa itu mahupun sekarang. Kuasa bangsa Melayu adalah terbatas. 

Pergerakan Puteri UMNO Cheras percaya bangsa Melayu yang diberi ruangan oleh kerajaan tidak akan berjaya kerana persekitaran suasana politik masih dipegang oleh bangsa Cina. Kenapa bangsa Cina dominan dalam ekonomi? Mudah, kerana pemerintah telah membenarkan bangsa Cina memainkan peranan besar dalam ekonomi Tanah Melayu dari dahulu dan kekuatan mereka hari ini mampu membeli apa sahaja termasuk kuasa.
Hari ini ada bangsa Melayu yang mahu mengatakan bahawa kita sepatutnya berkongsi kuasa atas alasan demokrasi. Ada yang mengatakan kerajaan hari ini gagal membangunkan Melayu selama 55 tahun memerintah. Mereka ini juga mahu persamaan semua bangsa atas dasar kesamarataan dan liberalisme. Mereka lupa bangsa lain tidak akan berkompromi dengan bangsa Melayu mengenai ekonomi dan perniagaan tetapi mereka mahu bangsa Melayu berkompromi dengan kuasa. Atas ketakutan dan atas hidup dalam kangkangan ekonomi yang mereka pegang maka bangsa Melayu harus akur? Hari ini adakah bangsa Melayu perlu akur juga dengan kuasa mereka yang semakin besar. Kita sebagai bangsa Melayu  perlu fikirkan semula. Pergerakan Puteri UMNO Cheras merasakan kita perlu memartabatkan bangsa kita dan kita tidak perlu malu dalam membicarakan hal dan masalah bangsa Melayu hari ini. 
UMNO adalah perjuangan orang Melayu – kenapa kita perlu bertolak ansur atas perkara itu. 

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA


Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berlangsung pada 14 Julai 2012 bertempat di Tingkat 8, Grand Ballroom, Hotel Regency, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. 

Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi.Sila buat pra-daftar butiran diri seperti berikut melalui email;

Nama penuh:

No K/P:
No Telefon:
FB/Twitter/Blog:
Size baju:


Dan hantarkan ke email : daftarkms1m.wpkl@gmail.com

 
KEPADA AHLI - AHLI PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS, 
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!! SEMUA DI JEMPUT HADIR.

Tuesday, July 10, 2012

PRU 13 : 89 KERUSI PARLIMEN UNTUK DAP - SIAPA BAKAL PM?

Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya akan bertanding di 66 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, Ini jauh berkurangan berbanding sebelumnya. Penyusutan 31 kerusi Parlimen jika dibandingkan dengan 97 kerusi Parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12, tahun 2008 yang lalu.
 Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkait rapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap Barisan Nasional (BN). Ketetapan jumlah kerusi untuk PAS untuk bertanding pula hanyalah 67 kawasan Parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan Parlimen lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.

Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan Parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini. Banyak kawasan Parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tidak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.


Ini juga bermakna propaganda Dato Seri Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar "seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji". Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi Parlimen yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di Parlimen Sibu.

PKR pula hanya menang di 31 kerusi Parlimen sekalipun berbanding 97 kawasan Parlimen yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan Parlimen dan hanya menang di 23 kerusi Parlimen. 


Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi Parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.




Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang. Berdasarkan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang.

Sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS? 

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras hanya ingin menyatakan kepada penyokong - penyokong Pembangkang terutama yang berbangsa Melayu :- "LU FIKIR LAH SENDIRI"

Thursday, July 5, 2012

PRU 13 - JANGAN TIPU PERDANA MENTERI

Jika ada laporan yang menyatakan bahawa kerajaan akan terus memerintah sehingga tamat lima tahun mandat yang diberikan maka masa masih ada lagi untuk Barisan Nasional memikirkan semula dan melakukan perubahan yang lebih dituntut oleh rakyat serta melakukan langkah-langkah yang lebih berkesan untuk meraih kembali sokongan yang semakin terhakis. 

Kita perlu menjadi realistik dan tidak lagi meniti angan-angan dalam menilai keadaan semasa. Amat mudah untuk kita mengatakan bahawa sokongan terhadap kita sudah bertambah tetapi keperluan untuk melihat keadaan sebenarnya perlu. Kepimpinan Perdana Menteri masih mempunyai masa untuk memperbaharui langkah dan menilai semula cara-cara yang dilakukan selama ini yang nampak agak bersifat terburu-buru – bila mana meletakkan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) pada tahun ini dan melakukan sebanyak mungkin program untuk tujuan itu.

Kedudukan Barisan Nasional (BN) perlu dinilai semula dan penilaian itu seharusnya melihat kepada perlaksanaan lebih mudah – dapat mengertikan dengan senang dalam melakukan perubahan bersifat mendahulukan rakyat. Ingat, kadang-kadang yang mudah itu lebih berkesan dan yang sedikit itu lebih efektif. Meluruhkan kebaikan demi kebaikan dalam jangka masa yang singkat akan menjatuhkan nilai kebaikan tersebut. Itu semua perlu tahu dalam melakukan polisi perubahan.

Apa yang selama ini berlaku adalah usaha untuk melakukan perubahan mendadak nampak tergopoh-gapah dan terburu-buru adalah kesilapan yang boleh membebankan kerajaan. Kita lihat usaha dilakukan dengan cara fizikal tanpa menilai kesan dan penerimaan dalam dari sudut normatif kepada rakyat. Apa yang kita lihat usaha bersungguh-sungguh tetapi tidak di rencana dengan tepat dan berstrategi dan seperti yang saya katakan tadi ini merendahkan nilai kebajikan dan kebaikan yang telah dilakukan.

Tindakan dan polisi kerajaan amat baik namun amat malang kalau perlaksanaan itu tidak dapat digarap untuk menunjukkan kebaikan kerajaan malah akan dimanipulasi sebagai satu usaha korupsi politik menjelang pilihan raya maka BN/UMNO telah gagal dalam mencabar persepsi yang dibentuk pembangkang.

Kelemahan membentuk persepsi dan mengambil “advantage” dari perlaksanaan dasar baru kerajaan, usaha menabur balik kemakmuran kepada rakyat, tindakan drastik dalam memberi subsidi serta langkah meringankan beban kewangan dengan memberi BR1M dan wang kepada anak-anak yang belajar di khuatir akan lupus – tanpa kesan positif terhadap politik BN/UMNO. Penegasan saya adalah – kebaikan yang dilakukan juga mempunyai tarikh lupus dan penilaian seharusnya dibuat dalam cara dan mekanisme yang lebih terperinci dalam usaha itu.

Kita setakat ini kurang menyengat dalam urusan membina persepsi baru dan ini perlu kita ketahui. Benar, kita punyai sekarang kekuatan kehadiran dalam media alternatif untuk membantu menguruskan pembentukan persepsi baru rakyat terhadap BN/UMNO. Namun adalah kita sedar bahawa kekuatan kita hanya nampak pada kuantiti namun kualiti tersangkut dengan kekurangan penyusunan yang sebenar dalam membentuk kekuatan. Kita perlu menilai semula dengan tepat dan tidak bersorak sesama sendiri – menyatakan kekuatan tetapi tidak diukur pada skala yang sebenarnya.

Dalam keadaan yang mana PRU 13 nampaknya sudah dianjak tarikhnya maka Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia perlu disalurkan maklumat yang lebih berkesan dan tepat. YAB Dato Seri Najib hari ini perlu disalurkan dengan nilai dan kualitatif sebenar perlaksanaan kita khususnya dalam membentuk persepsi baru terhadap UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Beliau harus mula membuat rumusan sebenar dan tidak hanya melihat kepada aturan program-program palsu yang menunjukkan sokongan sudah pulih dan kita UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional kini sudah stabil dalam mengurus perubahan – mengurus transformasi dan rakyat sudah bertepuk tangan dengan kejayaan ini. Ini tidak benar – rakyat masih lagi belum memberikan tepok sorak terhadap polisi dan tindakan kuantitatif yang dilakukan oleh UMNO/BN. Kita nilaikan sendiri antara pelaburan kita terhadap usaha membersihkan persepsi dan keputusan yang kita capai.

Kita jangan bohongi Perdana Menteri kita dan Perdana Menteri kita jangan membiarkan dirinya dibohongi. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras yakin PM kita tahu situasi sebenarnya tetapi diasak setiap kali dengan cerita indah dan himpunan palsu sokongan yang mahu menyedapkan hati PM. PM telah jelas nampak berusaha untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat tetapi gagal diambil dengan baik oleh mereka yang sepatutnya dipertanggungjawab untuk mengikis persepsi buruk yang semakin lama semakin dahsyat diserang hebat.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras percaya sekiranya panggilan PRU 13 benar dianjak ke hadapan MAKA Perdana Menteri Malaysia seharusnya bertindak untuk mencungkil apa yang benar dan apa yang tidak untuk beliau membuat keputusan yang lebih efektif untuk negara dan untuk BN/UMNO. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sepatutnya sedia mendengar apa yang sebenarnya berlaku dan bertanya kepada mereka yang tidak akan membungakan keindahan ke telinga beliau semata-mata untuk memancing sesuatu.


Hakikat kita tertinggal dalam menyebarkan usaha kebaikan dengan pergaduhan semasa sendiri semakin nampak ketara. Media Alternatif yang dikembangkan tanpa pengisian yang sebenarnya menjadi senjata yang kelak makan tuan. Kritikan baik tidak dapat disampaikan terus ke meja Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan kerja-kerja sifat kuantiti dan kualiti semakin ghairah menjadi petunjuk palsu kejayaan.

Akhirnya adalah BN/UMNO khususnya kepimpinan yang rapat dengan rakyat sebenarnya sedar atau juga tertipu dengan suapan manis keadaan dan sokongan kehadiran yang tidak bernilai sebenarnya. Jangan kita memperdayakan kepimpinan kita kerana kesan buruknya adalah pada BN/UMNO.

Monday, July 2, 2012

TIGA USUL DI LULUSKAN DI PERSIDANGAN UMNO Bahagian Cheras

PERSIDANGAN Tahunan UMNO Bahagian Cheras hari ini telah meluluskan Tiga (3) usul tanpa dibahas, sepertimana yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Haji Md. Nasir Ghani merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras di Persidangan UMNO Bahagian Cheras, semalam. 

ketiga-tiga usul tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi kepimpinan UMNO Malaysia.

Berikut ialah usul yang diluluskan tanpa bahas oleh para perwakilan UMNO Bahagian Cheras:-

1. Pembelaan Nasib Generasi Kedua Penduduk Setinggan Wilayah Persekutuan  
Usul dari : UMNO Cawangan Pasar Pudu

Menyedari wujudnya pelbagai masalah sosial, kemudahan pembelajaran, setinggan dan ekonomi warga kota kesan daripada penghijrahan generasi pertama meneroka kehidupan di Kuala Lumpur, maka Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar disarankan supaya memberi perhatian terhadap perkara tersebut :

1.1. Mengadakan satu geran khas untuk pembelajaran anak-anak generasi ketiga penduduk setinggan dalam bentuk biasiswa.


1.2 Mengadakan satu geran khas untuk generasi kedua dan ketiga penduduk setinggan yang ingin atau sedang menjalankan perniagaan.

1.3. Memberi keistimewaan dan keutamaanm seperti lesen perniagaan, permit teksi, lot-lot perniagaan dan sebagainya.

1.4. Mewujudkan satu koperasi berdasarkan kepada bekas kampung-kampung setinggan asal mereka.

1.5. Mengadakan rawatan percuma kepada generasi pertama penduduk setinggan.

1.6. Pertahankan hak-hak harta Melayu, DAN

1.7 Tanah rezab Melayu di Kuala Lumpur hendaklah ditambah demi kepentingan penduduk di Kuala Lumpur.

2. Sikap Biadab Pelajar Malaysia di Luar Negara Terhadap Kerajaan Dan Perdana Menteri 
Usul dari : UMNO Cawangan Jalan Menteri

Menyuarakan bantahan dan kekesalan terhadap sikap pelajar-pelajar Malaysuia di luar negara yang biadap dan kurang ajar dengan sengaja melakukan gangguan semasa Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berucap pada satu majlis di London, baru-baru ini.

Dengan ini, usul telah dicapai bagi mendesak Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pelajarabn mengambil pendekatan dengan menziarahi pelajar-pelajar berkenaan.

3. Ikrar Taat Setia (baiah) Secara Bertulis Berhubung Pemilihan Calon Untuk Bertanding Pada PRU ke-13 
Usul dari : UMNO Bahagian
Mencadangkan kesemua 191 Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan kepimpinan Empat Peringkat di seluruh negara, mengadakan ikrar taat setia secara bertulis berhubung calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Ikrar bertulis ini sebagai pengakuan dan bukti bahawa mereka akur dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti, demi menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Kesedaran ini dibuat sebagai kesinambungan kepada ikrar yang dilafazkan oleh seluruh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan para perwakilan UMNO pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, di Dewan Merdeka, PWTC, pada tahun 2011.

Ikrar berulis yang diusulkan oleh UMNO Bahagian Cheras dengan menekankan kepada ikrar taat setia kepada parti, patuh dan akur terhadap keputusan pucuk pimpinan, tidak akan melakukan aktiviti, kegiatan atau tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai khianat dan mensabotaj parti.

Ikrar itu penting kerana :

* Bagi mengelak mana-mana pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon tidak akan berpaling tadah atau menikam daripada belakang.

* Bagi memastikan bilik-bilik gerakan dan pusat semakan pengundi sentiasa aktif.

* Bagi menjamin segala maklumat, gerakkerja termasuk dana pilihan raya sampai ke bilik gerakan dan jentera pilihan raya.

* Bagi menjamin setiap pemimpin dan ahli-ahli parti sentiasa berpegang kepada ikrar dan rasa bertanggungjawab kepada parti.

Ikrar yang dibuat secara bertulis itu akan dijadikan bukti sejauhmana keberkesanan dan sikap amanah ahli-ahli terhadap perjuangan parti walaupun tidak terpilih sebagai calon pilihan raya.

Malah diyakini ikrar bertulis akan lebih efisyen dan relevan bagi menjamin parti sentiasa kukuh dan tidak dikhianati oleh golongan tertentu.


Pesanan Puteri : Terimakasih kepada semua perwakilan dan Ahli Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras yang telah hadir di Persidangan UMNO Bahagian Cheras. Jutaan terimakasih atas sokongan dan komitmen perwakilan dan ahli - ahli kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Sunday, July 1, 2012

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO BAHAGIAN CHERAS 2012

Menteri Kewangan ke 2, Datuk Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras pada hari ini 1 Julai 2012 (Ahad) bersamaan 11 Syaaban 1433 Hijrah.

Majlis perasmian yang dijangka akan bermula pada jam 9.30 pagi dan akan berlangsung di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras.

UMNO Cheras merupakan bahagian pertama yang mengadakan mesyuarat agungnya, daripada 192 UMNO bahagian di seluruh negara.

Datuk Seri Haji Ahmad Husni yang juga merupakan Bendahari Agung UMNO Malaysia dijangka akan mengupas pelbagai isu semasa terutamanya berkaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Seramai 295 orang perwakilan akan menyertai persidangan tersebut.

Majlis perasmian tersebut dijangka turut dihadiri oleh wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) peringkat Parlimen Cheras dan Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, perasmian serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian telah diadakan pada hari semalam 30 Jun  2012 (sabtu) di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Pada Ahli - Ali Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah dijemput hadir bersama - sama memeriahkan upcara Majlis Perasmian Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras.

PERASMIAN PERSIDANGAN SERENTAK PERGERAKAN PUTERI DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS


Datuk Wira Syed Ali Al Habshee ketika berucap merasmikan Persidangan serentak Pergerakan Puteri dan Pemuda  UMNO Bahagian Cheras, di Pusat Rekreasi Cheras, petang semalam (Sabtu). 
"Ahli-ahli UMNO dingatkan jangan kerana pentingkan periuk nasi, sanggup khianati perjuangan parti," tegas Datuk Wira Syed Ali Alhabshee , Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayqah Persekutuan.

Dalam ucapan Datuk Wira Syed Ali, beliau menegaskan, perjuangan parti harus diutamakan kerana ia menjamin masa depan anak cucu akan datang. Oleh sebab itu tegas beliau, ahli-ahli parti di semua peringkat harus memikul tangungjawab yang di amanahkan.

"Sesiapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan, pasti akan disoal oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak,"katanya.

Sehubungan itu katanya, menjadi kewajipan ahli parti untuk berani menegur pemimpin kerana seseorang pemimpin itu tidak akan terlepas daripada kecuaian.

"Kita kena tegur mereka (pemimipn) jika teguran itu baik untuk parti, rakyat dan negara serta agama," ujarnya.

"Lagipun, kita jangan amalkan sikap bodek, ampu dan kipas pemimpin kerana inginkan sesuatu habuan," tegasnya lag.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Hajah Faridah Abu Hassan, Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Puteri, Puan Sarina Sharif dan Setiausaha UMNO Bahagian, Puan Hajah Zurainah Musa.

Beliau turut mengingtakan generasi muda UMNO supaya mengambil iktibar daripada sejarah penubuhan UMNO di zaman Dato' Onn Jaafar. "Pemimpin terdahulu berkorban harta dan nyawa untuk kemerdekaan negara ini, jangan pula nikmat kemerdekaan itu digadaikan kerana agenda politik," tegasnya.

Syed Ali juga mahu ahli-ahli UMNO berani menyerang balas dakyah dan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka ini adalah penyangak politik, kumpulan ini harus di tentang kerana cuba menjahanamkan negara ini," ujarnya.

Beliau juga turut menyelar tindakan pembangkang yang berhasrat untuk 'menawan Putrajaya' pada PRU ke-13 akan datang.

"Dulu Anwar kata nak lelong Putrajaya jika mereka berkuasa, hari ini pula nak tawan, nak jadi Perdana Menteri, ini semua dakyah karut," tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Wira Syed Ali mahu Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO menggerakkan jentera siber untuk menangkis dakyah dan fitnah pembangkang.