Thursday, July 22, 2010

MAJLIS PELANCARAN "V.O.G.U.E" SUKARELAWAN


Untuk makluman, Ahli - Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras, di jemput bersama - sama memeriahkan Majlis Pelancaran "V.O.U.G.E. Sukarelawan di Universiti Teknologi Mara , Shah Alam.

DATO SERI NAJIB LANCAR BILIK GERAKAN UNIT KHAS PILIHAN RAYA PUTERI UMNO

KUALA LUMPUR 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan bilik gerakan Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil akan datang.Bilik gerakan yang beroperasi di peringkat pusat itu kemudiannya akan dibuka di peringkat negeri dan bahagian dalam tahun ini juga.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dengan adanya bilik gerakan tersebut, segala maklumat mengenai pengundi di setiap peti undi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dapat dikumpul, dianalisis dan dipantau oleh jentera pergerakan.Jelas beliau, langkah itu juga menjadikan jentera Pergerakan Puteri sentiasa bersedia dan proaktif dalam membantu memastikan kemenangan BN menerusi pelan-pelan tindakan yang telah dirangka serta disusun di peringkat pusat.

"Sekitar Ogos nanti, kita akan bergerak membuka bilik gerakan terbabit ke peringkat negeri dan bahagian. Dalam tahun ini juga, kita menyasarkan semua negeri dan bahagian membuka bilik gerakan tersebut.

"Menjelang Januari 2012, jentera Puteri UMNO akan dimantapkan dan bersedia menghadapi pilihan raya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran bilik gerakan tersebut di Pejabat Puteri UMNO, Menara Dato' Onn, dekat sini petang ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, melalui bilik gerakan Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, selain maklumat mengenai pengundi, ia juga menjadi pusat pengumpulan data berkenaan permasalahan yang dialami pengundi.

"Apa akar umbi mahukan, kecenderungan mereka, masalah-masalah dan apa jua isu-isu semasa akan dikumpul untuk dianalisis," jelasnya.Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa Puteri UMNO kini sedang menggerakkan usaha untuk menambah keahlian yang kini berjumlah sekitar 380,000 orang.

"Ketika ini, terdapat sejumlah 1.29 juta pengundi muda wanita yang berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun."Mereka adalah sasaran untuk menarik mereka menjadi ahli Puteri UMNO," tambahnya.


Sumber dari Utusan.com.my

Tuesday, July 6, 2010

NISBAH DAFTAR PEMILIH BARU

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.





Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar di atas) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta
pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.


Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golon
gan muda dan tua.

Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.

Tan Sri Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru
, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).

Manakala bagi Bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), Bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27,104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain Bangsa sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang).

Bagaimanapun, menurut Tan Sri Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu.

"Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.

Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Tan Sri Abdul Aziz berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara dan beliau juga menyatakan bahawa DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini.

"(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya.

Maka dengan itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan mengorak langkah dengan mencari, mendaftar dan memastikan penambahan pengundi - pengundi baru di kalangan belia Melayu di Parlimen Cheras.

"SUARA PEMIMPIN MELAYU AKAN LENYAP KERANA GHAIRAH JAGA HATI BUKAN MELAYU " - DATUK WIRA SYED ALI AL HABSHEE

PEMIMPIN Melayu harus berani bersuara jika kepentingan dan hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini masih lagi dipertikaikan oleh bukan Melayu, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Untuk itu katanya, kuasa yang ada pada pemimpin Melayu tidak wajar sewenang-wenangnya dipergunakan bagi tujuan mengambil tindakan terhadap mereka yang lantang bersuara memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

“Jika setiap kali pemimpin yang berani bersuara menegakkan hak orang Melayu diberikan amaran akan diambil tindakan, lama-kelamaan suara itu akan lenyap dan dipandang sepi oleh bukan Melayu,” tegasnya lagi.

Akibatnya jelas beliau, masa depan orang Melayu menjadi bertambah teruk apabila turut dieksploitasikan oleh parti-parti politik perkauman yang ghairah untuk berkuasa.

Beliau kesal apabila ada pemimpin Melayu lantang mengkritik kebiadaban bukan Melayu, maka pemimpin Melayu tersebut yang akan diberikan teguran dan dituduh sebagai rasis.

Pendirian songsang ini katanya, menjadi salah satu punca sesetengah orang Melayu termasuk golongan profesional kurang berminat membabitkan diri dengan pertubuhan politik termasuk UMNO.

Beliau bimbang sikap buruk sangka terhadap kelantangan sesetengah pemimpin Melayu akan memberi kesan negatif kepada masa depan negara ini.

“Apabila setiap kali hak orang Melayu dicabar dan dipertikaikan oleh bukan Melayu seperti dalam isu agama, ekonomi, pelajaran, bahasa dan budaya, kita diminta supaya bersabar kerana ingin menjaga hati rakan kita,” tegasnya.
Tambah menyedihkan jelas beliau, ada segelintir pemimpin politik Melayu sanggup bersubahat dengan bukan Melayu untuk berkongsi kuasa menghancurkan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

“Kita disarankan supaya diam kerana khuatir akan melukai hati rakan bukan Melayu, akibatnya generasi muda Melayu turut mempertawakan sikap baik hati kita itu,”.

Tetapi soal Syed Ali, sampai bilakah orang Melayu diminta bersabar dan menjaga hati kaum lain sedangkan perasaan orang Melayu tidak pernah mereka perdulikan.

“Kita diminta bersabar kononnya nak jaga hati rakan bukan Melayu, tetapi apakah mereka juga pernah nasihatkan kaum mereka supaya jangan ungkit perkara sensitif kerana mengambil hati orang Melayu,? soal beliau.

Katanya, kalau bukan Melayu tahu menghormati dan menjaga hati orang Melayu, mereka tidak akan berani mengungkit pelbagai perkara yang sudah dipersetujui bersama termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hubungan ini tegasnya, sudah sampai masanya pemimpin UMNO harus berani bangkit, berterus-terang dan jujur kepada perjuangan bangsanya sendiri.

Oleh sebab itu jelasnya, ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pemimpin UMNO (Melayu) harus menjadi pemimpin yang disanjung rakyat perlu dijadikan kenyataan.

“Kalau Presiden UMNO sendiri menegaskan beliau inginkan yang terbaik untuk parti, maka kita diperingkat bawah perlu sahut kata-kata beliau dengan memulakan langkah seterusnya, iaitu berani dan berterus-terang kepada bangsa kita sendiri,” tegasnya.

Mengulas lanjut kenyataan Najib semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, Pahang semalam yang mahukan sesama pemimpin UMNO menasihati di antara satu sama lain, Syed Ali menjelaskan ;

“ Banyak yang tersirat disebalik kenyataan Najib itu, tetapi yang pasti kita perlu bangkit sebagai sebuah pasukan untuk memastikan UMNO menempa kejayaan lebih cemerlang,”

Apa yang penting katanya, pemimpin UMNO harus berani bersuara memperjuangkan kepentingan umat Melayu kerana rakyat mahu melihat UMNO kekal menjiwai perjuangan mereka.
"Kalau kita bersikap retorik, tidak berani bersuara memperjuangkan kepentingan Melayu, jangan salahkan orang Melayu apabila mereka menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, sesama pemimpin UMNO harus menerima nasihat jika peringatan itu tidak menjadikan UMNO lesu dipersendakan pihak lawan termasuk bukan Melayu yang amalkan politik perkauman.

Sumber berita : umnobahagiancheras.blogspot.com