Thursday, December 30, 2010
PERTANDINGAN BOWLING ANJURAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menganjurkan Pertandingan Bowling peringkat UMNO Bahagian Cheras. Pendaftaran telah di buka dan mendapat sambutan penyertaan seramai 22 Cawangan Puteri UMNO di Bahagian Cheras.
Pertandingan "Gempak Bowl" akan berlangsung seperti makluman tersebut di bawah:-
Tarikh : 01 Januari 2011
Hari : Sabtu
Waktu : 2.30 petang - 06.00 petang
Tempat : Ampang Super Bowl, Ampang Point, Kuala Lumpur
Perasmian: Yang Berbahagia Puan Sarina Sharif
Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras
Merangkap Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjemput semua ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras bersama - sama memeriahkan Program "Gempak Bowl" di samping merapatkan ikatan silaturahim antara ahli - ahli Puteri UMNO.
Monday, December 27, 2010
PENGUMUMAN PERLANTIKAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI
Dalam kenyatannya, Tengku Adnan memberitahu pelantikan semula Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.
Berikut adalah senarai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri 2011:
1. PERLIS
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI DR. MD ISA BIN SABU
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SERI SHAHIDAN KASSIM
2. KEDAH
PENGERUSI - YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR
3. KELANTAN
PENGERUSI - YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO’ DR AWANG ADEK HUSSIN
4. TERENGGANU
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI AHMAD BIN SAID
TIMB. PENGERUSI – YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD
5. PULAU PINANG
PENGERUSI - YBHG DATO’ HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR
6. PERAK
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH
7. PAHANG
PENGERUSI - YAB DATO’ SRI ADNAN BIN YAAKOB
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN
8. SELANGOR
PENGERUSI - YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SERI NOH B. OMAR
9. W.PERSEKUTUAN
PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN MOHD YASSIN
TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO’ RAJA ZAINAL ABIDIN
10. NEGERI SEMBILAN
PENGERUSI - YAB DATO’ SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATO’ SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR
11. MELAKA
PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP
12. JOHOR
PENGERUSI - YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD
13. SABAH
PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN
TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID
PENGUMUMAN PILIHANRAYA KECIL N.05 DUN TENANG
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 22 Januari 2011.
Proses demokrasi itu akan menjadikan PRK ke-14 sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika mengumumkannya berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis, pada 17 Disember lalu.
“Pilihan raya kecil ini menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009, digabungkan dengan Daftaf Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010 yang dikemas kini sehingga Oktober lalu merangkumi seramai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini, pagi ini.
Pada PRU-12, Sulaiman mengalahkan Mohd Saim Siran (Pas) dengan majoriti 2,492 undi. Pada waktu itu pengundinya DUN Tenang berjumlah of 14,474, termasuk Melayu (49%), China (38%) dan India (12%).
Tenang adalah satu daripada dua DUN (satu lagi DUN Bekok) di dalam Parlimen Labis yang diwakili oleh Chua Tee Yong.
DUN Tenang turut meliputi Felda Tenang, pekan Labis dan Felda Chempelak. Parlimen Labis antara lain bersempadanan dengan Segamat, Sekijang, Pagoh, Mersing, Ayer Hitam dan Sembrong.
Sumber Berita - MediaUMNO
Monday, December 20, 2010
PILIHANRAYA KECIL N5 DUN TENANG
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.
Info DUN Tenang
Friday, December 17, 2010
DATUK SULAIMAN TAHA (ADUN TENANG) KEMBALI KE RAHMATULLAH
Allahyarham yang berusia 59 tahun dirawat di Hospital Ampang Puteri, Selangor kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.
Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.
Petang semalam, Bernama melaporkan Allahyarham berada di dalam keadaan stabil. Menurut agensi berita itu, Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat BN itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan kerana perlu menjalani rawatan lanjut.
Abdul Razak dilaporkan sebagai berkata, Allahyarham menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.
Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.
Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham memperolehi 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi bagi menewaskan calon Pas, Md Saim Siran (3,875). Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada PRU 2004.
Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia (1987-1993). Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga adalah Leftenan Kehormat Angkatan Relawan (Rela) sejak 2006.
Sumber Berita -MediaUMNO
Al Fatihah . Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan sanak saudara Allahyarham Datuk Sulaiman Taha. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Amin.
Thursday, December 16, 2010
PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA MEREKA YANG MEMERLUKAN
Sumbangan Beg sekolah turut di agihkan kepada Ketua - Ketua Puteri UMNO Negeri untuk di peruntukkan dalam program "Back To School" di peringkat Bahagian. Ahli keluarga kanak - kanak dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, mengucapkan jutaan terimakasih di atas sumbangan yang di beri. Usaha dan inisiatif Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, amatlah di hargai.
Tuesday, December 14, 2010
PUTERI UMNO PASTIKAN BAKI 66,000 AHLI JADI PEMILIH
Maka itu, penubuhan Bilik Gerakan Pilihanan Raya di setiap negeri, akan dapat mengenal pasti dan mengeluarkan peringatan kepada ahlinya yang mencapai umur 21 tahun untuk berdaftar sebagai pemilih.
Datuk Rosnah berkata, kira-kira 70 peratus golongan belia di negara ini masih belum menentukan parti pilihan untuk menerajui kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Oleh itu, Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah merangka strategi sesuai dengan minat dan keperluan golongan muda setempat untuk menarik golongan tersebut mendaftar sebagai pemilih. Pada Karnival Jom Heboh anjuran TV 3, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya telah membuka kaunter pendaftaran pengundi dan telah berjaya mencapai sasaran 500 pengundi baru.
Wednesday, December 8, 2010
MAJLIS KHATAN PERDANA 2010 ANJURAN PUTERI UMNO
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abd. Ghani berkata, program itu diadakan bukan sahaja bagi membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan tetapi juga untuk menggembirakan mereka.
"Tidak kira apa pun fahaman politik seseorang, asalkan dia kurang berkemampuan, kami akan membantu. Ikatan tali persaudaraan juga dapat dieratkan lagi dengan program yang melibatkan masyarakat setempat.
"Parti komponen Barisan Nasional lain diminta untuk bersama-sama UMNO untuk melaksanakan program-program seperti itu bagi membantu kepada rakyat yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Berkhatan Perdana bertempat di perkarangan Flat Kampung Padang di sini hari ini.
Turut bersama menjayakan program Khatan Perdana adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif dan Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz.
Tambah Datuk Johari, program seperti itu bukan kali pertama dibuat oleh pihaknya dan pada minggu depan, akan diadakan lagi program yang membantu rakyat yang kurang berkemampuan.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif berkata, seramai 60 kanak-kanak itu diraikan pada hari ini sebelum dikhatan di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Pada hari ini juga, 50 kanak-kanak sekitar bahagian Titiwangsa menerima kelengkapan sekolah dalam program Kembali ke Sekolah oleh Yayasan Pendidikan Titiwangsa," katanya.
Monday, December 6, 2010
SALAM MAAL HIJRAH 1432
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432. Di doakan semoga iman umat islam bertambah mantap, amalan di perbanyakkan dan rezeki umat islam akan bercambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.
Tarikh 1 Muharam 1432, adalah bersamaan pada hari selasa 7 Disember 2010 atau akan di sambut kehadirannya pada maghrib hari ini.
Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.
Untuk itu juga, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin berkongsi makluman acara Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Majlis Maal Hijrah peringkat kebangsaan 1432H/2010M, di Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada esok bersamaan hari selasa. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut hadir.
Bertemakan “1Malaysia 1Ummah”, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 ini akan turut di hadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, serta YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan jemputan tetamu luar negara.
Majlis ini mengikut jadual bermula pukul 8.30 pagi, bersama tetamu jemputan daripada badan kerajaan dan swasta yang akan turut serta memeriahkan majlis ini.
Sama-samalah kita meraikannya, insyallah.
Sunday, December 5, 2010
KONVENSYEN BARISAN NASIONAL 2010
Sebaliknya, tambahnya, BN perlu terus mengukuhkan setiap parti komponennya dan memastikan supaya pentadbiran Putrajaya dapat dikekalkan di bawah parti itu.
"Berbanding pilihan raya umum 2008, BN yang cuba dimomok sebagai sudah suram, Alhamdulillah kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih," katanya dalam ucapan dasar di konvensyen BN di ibunegara hari ini. Jelasnya, kejayaan awal itu perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan.
Beliau turut mengulangi saranannya sebelum ini kepada pergerakan sayap-sayap parti Umno pada 2008 supaya menyisihkan empat penyakit utama - agar parti itu "berubah atau berisiko rebah."
"Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan.
"Hakikatnya parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri," katanya lagi.
Dalam ucapan itu juga, Najib mengingatkan anggota BN supaya mempertahankan penguasaan parti itu daripada kemaraan parti pembangkang yang "hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa."
"Kita tahu mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah mereka sanggup berbuat apapun.
"Kalau teringin sahaja tak apa, tapi teringin sangat, itu yang bahaya," katanya yang disambut ketawa sinis hadirin.
Menurut Najib lagi, "angan-angan" 16 September yang dicanang oleh Pakatan Rakyat sebagai tarikh untuk merampas Putrajaya juga kini diketahui sebagai "satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanahair."
"Walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," tambah Najib.
Friday, December 3, 2010
KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN
Katanya, pakatan pembangkang sentiasa menimbulkan pelbagai isu termasuklah mencabar Perlembagaan Negara, keselamatan dan sistem demokrasi berperlembagaan yang menjadi amalan untuk tujuan menimbulkan keresahan dan rasa gelisah di kalangan rakyat.
“Pembangkang ini sengaja buat perkara yang bertentangan dengan agenda kerajaan dan apa juga yang dilakukan oleh UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan dicabar dan diperkotak-katikkan biarpun sebenarnya mereka juga mendapat manfaat dan nikmat daripada pelaksanaannya,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung BN.
Apa yang penting katanya adalah memperteguhkan ikatan yang terjalin bukan hanya di kalangan pemimpinnya tetapi juga diperingkat akar umbi dengan menjadikan asas perjuangan dan prinsip parti sebagai pegangan.
“Kita perlu kembali kepada asas perjuangan sebenar supaya tidak terkeluar dari landasan asal yang telah digariskan iaitu berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi agama, bangsa dan negara,” katanya.
Dalam hal ini, beliau turut mengingatkan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mentrasformasikan perjuangan berlandaskan perkembangan semasa berlandaskan Gagasan Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
“Saya berkeyakinan kalau kita berpegang kepada prinsip dan asas perjuangan tersebut maka tidak mustahil untuk kita kekal kukuh dan teguh serta dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.”
Katanya lagi, pakatan pembangkang cuba menimbulkan isu baru sebagai usaha mereka yang mahu lari daripada persoalan rakyat terhadap kepincangan dalam parti mereka termasuklah ketidakpercayaan ahlinya sendiri.
“Inilah permainan pembangkang yang takut untuk berdepan dengan kenyataan. Mereka sentiasa lari dari persoalan sebenar sedangkan sebelum ini semua sedar bagaimana tekanan yang telah diberikan oleh ahli-ahli mereka sendiri pada pemimpin atasannya.”
Katanya, kedangkalan dan ketidakseimbangan pakatan pembangkang yang masih terus tercari-cari identiti sewajarnya diambil sebagai satu tauladan dan lonjakan bagi UMNO dan BN sendiri untuk terus memantapkan matlamat perjuangan.
“Kita bekerja bukan hanya untuk mengukuhkan UMNO malah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku apatah lagi tentunya pelbagai cabaran menanti apabila berdepan dengan pembangkang yang terdiri daripada parti serpihan UMNO sendiri,” katanya yang merujuk kepada PAS dan PKR yang sentiasa menunding jari menyalahkan UMNO.
Sumber Berita – MediaUMNO
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
(1) وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا وَاذْكُرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ {أل عمران:103}
(1) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah seraya berjemaah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (bergolong-golongan), dan ingatlah akan nikmat Allah atas kamu tatkala kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan nikmat itu kamu menjadi bersaudara, padahal kamu dahulu nya telah berada di tepi jurang api Neraka, tetapi Dia (Allah) menyelamatkan kamu dari padanya; begitulah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.”
(QS.Ali ‘Imran:103 )
Wednesday, December 1, 2010
PENANGGUHAN PEMILIHAN UMNO 2011
Katanya, penangguhan ini dibuat agar seluruh perhatian terarah kepada pemantapan untuk memperkukuh parti selain tidak mahu ada sebarang pergelutan politik berlaku.
“Penangguhan pemilihan ini bukanlah sesuatu yang baru dan kita tidak mahu berada dalam keadaan yang tertekan dalam usaha untuk terus memantapkan UMNO,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, Selasa malam.
Pada masa yang sama beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bermula awal tahun 2010, kursus-kursus diperingkat akar umbi akan dimulakan dengan melibatkan kepimpinan cawangan, pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
“Seramai 50,000 pemimpin UMNO akan dilatih bagi meneruskan perubahan-perubahan sejajar dengan Model Ekonomi Baru dan juga prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia, mengutamakan kepentingan rakyat dan meneruskan sistem penyampaian kepada akar umbi.”
Beliau turut memberitahu bahawa kepimpinan perhubungan UMNO peringkat Negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.
“Kita perlukan masa untuk membuat penilaian dan penelitian serta berjumpa dengan pemimpin-pemimpin peringkat Negeri berkaitan apa yang patut dilakukan. Ada yang kita akan lantik semula dan ada juga pembaharuan dibuat,” jelasnya.
Dalam masa yang sama beliau turut memberitahu bahawa usaha memantapkan parti diteruskan dengan melakukan proses transformasi yang telah pun bermula dalam UMNO melalui perubahan radikal semasa pindaan Perlembagaan parti.
“Dalam Barisan Nasional (BN) juga transformasi akan dilakukan melalui Konvensyen BN yang akan berlangsung hujung minggu ini.”
Sebelum itu, beliau juga memaklumkan berkaitan perkembangan semasa dengan laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah.
“Perkembangan terkini yang menjurus kepada keadaan lebih positif telah menampakkkan kejayaan dan keyakinan rakyat lantas diterjemah dengan kemenangan dalam PRK.”