Thursday, September 29, 2011
"MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA" ANJURAN UMNO BAHAGIAN CHERAS DAN YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS
Thursday, September 22, 2011
"SAMBUTAN MERDEKA RAYA" ANJURAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Majlis tersebut dihadiri Perdana Menteri, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, barisan menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Sambutan kali ini lebih istimewa kerana 25 waris pejuang peristiwa Bukit Kepong hadir untuk menerima penghargaan berupa replika, sijil serta sumbangan wang tunai sebagai menghargai jasa mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan.
"RUMAH TERBUKA 1 MALAYSIA" ANJURAN UMNO BAHAGIAN CHERAS
Thursday, September 15, 2011
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
Hari Malaysia telah diiktirafkan sebagai hari cuti umum kebangsaan oleh kerajaan dengan hasrat semua rakyat Malaysiadapat menunujukkan semangat nasionalisme dan sentimen positif pada tarikh 31 Ogos dan 16 September setiap tahun.
Pada tahun ini, sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mulai jam 8.00 pagi hari Jumaat dan tema sambutan Hari Malaysia 2011 adalah 1 Malaysia : "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera".
Sambutan Hari Malaysia sebenarnya secara tidak langsung menyampaikan mesej yang jelas kepada setiap rakyat negara ini yang kedudukan semua negeri di Malaysia adalah sama. Sabah, Sarawak mahupun negeri -negeri di Semenanjung Malaysia sama - sama membentuk Malaysia. Kekuatan dan kelemahan negara Malaysia terletak pada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan di mana sedang bermastautin. Sikap toleransi yang telah lama terjalin haruslah di kekalkan dan kata - kata penghinaan yang boleh menganggu sensitiviti rakyat perlulah di elakkan dan semangat 1 Malaysia sentiasa terpelihara.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti. Jangan lupa mengibarkan Jalur Gemilang Malaysia.
Thursday, September 8, 2011
ALFATIHAH KEPADA IBU TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS
Jenazah Allahyarhamah dijangka dibawa dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat sekitar jam 10.30 pagi. Jenazah akan dikebumikan selepas solat zohor hari ini. Turut hadir mengiringi jenazah Allahyarhamah ketika di bawa ke Masjid Al - Ansar adalah Datuk Wira Syed Ali AlHabshee - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mohd Nasir - Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Tuan Haji Syed Mehdhar - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif - Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Setiausaha Bahagian UMNO Bahagian Cheras merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras - Hajjah Zurainah Musa.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-Fatihah. Amin...
Monday, September 5, 2011
PERISTIWA BUKIT KEPONG
1.Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis berbangsa Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.
Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Kenyataan Mohamad Sabu mengenai Peristiwa Bukit Kepong
Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.
- Anggota Polis
- Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7168 Jidin Omar
- Konstabel 9136 Hassan Osman
- Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
- Konstabel 8600 Jaafar Hassan
- Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
- Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
- Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
- Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
- Konstabel Marin 68 Awang Ali
- Konstabel Marin 181 Basiron Adam
- Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
- Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
- Polis Bantuan
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad Yatim
- AP Mahmood Saat
- AP 1925 Ali Akop
- AP 2127 Othman Yahya
- Keluarga Anggota
- Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP Redzuan Alias
- Embong Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
Mereka yang terselamat
- Anggota Polis
- Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
- Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
- Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
- Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
- Ahli keluarga anggota
- Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
- Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
- Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
- Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
- Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
- Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
- Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
- Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
Friday, September 2, 2011
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 adalah: “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”
Semoga hari kemerdekaan difahami dalam erti kata yang sebenarnya dan terus berjuang membebaskan negara mengecapi nikmat kemerdekaan yang sebenar untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran Malaysia berterusan.Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 54.