RENTETAN SEJARAH DALAM MENGENANG 66 TAHUN UMNO
|
Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu
United
Malay National Organisation
UMNO / PEKEMBAR
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
|
|
|
|
Pengerusi Tetap
|
Tan Sri Dato Seri Haji Onn Ismail
|
Presiden
|
Dato' Seri Najib Tun Razak
|
Timbalan Presiden
|
Tan Sri Muhyiddin Yassin
|
Ketua Pemuda
|
Khairy Jamaluddin
|
Ketua Wanita
|
Datuk Shahrizat Abdul Jalil
|
Ketua Puteri
|
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
|
|
Diasaskan
|
11 Mei 1946
|
Ibu pejabat
|
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
|
Keahlian
|
Bumiputera
|
|
Ideologi Politik
|
Nasionalisme Melayu, Konservatisme,
Islam
|
Affiliasi dalam negara
|
|
Affiliasi antarabangsa
|
tiada
|
Warna
|
|
|
Laman web
|
|
Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan lagi.
Logo UMNO
Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris:
United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO
atau PEKEMBAR, adalah parti politik
terbesar di Malaysia
dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan
Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka
lagi.
UMNO dianggap sebagai parti
penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.
Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung
cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama
dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan
orang Bumiputera.
Sejarah UMNO
Zaman Dato Onn
Satu perhimpunan besar-besaran
yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh
Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur
pada 1hb Mac
hingga 4hb Mac
1946 dan seramai 41
Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin
Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai
Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua
orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan
oleh Kongres seperti berikut:
- Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
- Membantah pertubuhan Malayan
Union; dan
- Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri
dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato
Hamzah Abdullah dan Encik Zainal
Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam
atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan
diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang
hebat daripada kaum Melayu,
Kerajaan British
tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1hb April
1946 menubuhkan Malayan
Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang
dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11hb Mei
1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan
Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana
Besar Johor Bahru
dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun
lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa
keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum,
dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah
Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan
jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam
diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951
Zaman Tunku Abdul Rahman
Pada 1951, Tunku Abdul Rahman
dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat
kerajaan British di London,
kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak
Hussein.
Zaman Tun Abdul Razak
Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak
mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu
orang Melayu.
Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.
Zaman Tun Hussein Onn
Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik
menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian
Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara.
Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
UMNO telah diharamkan oleh
mahkamah pada 4hb Februari 1988 selepas berlakunya
krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding
jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir
telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari
1988. Kemudiannya, Tengku
Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46
selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad
menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta
keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti
Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang
lepas.
Zaman Tun Abdullah Ahmad
Badawi
Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir
menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan
Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan
raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi.
Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga
menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 3 negeri di
Semenanjung Malaysia (Selangor,
Pulau Pinang
dan Kedah)
selain PAS mengekalkan Kelantan.
Lagu UMNO
Bersatu,
Bersetia, Berkhidmat
Bersatu
Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama
Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang
Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
|
Presiden UMNO