Assalamualakum wbt. ALHAMDULILLAH. Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Pencipta dan Maha Mengetahui segala-galanya.Saya bagi pihak Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan, menjelang ketibaan tahun baru 2014, untuk mengucapkan Salam Perjuangan kepada seluruh warga sayap parti. semoga tahun baru ini memberi lebih semangat dan iltizam untuk memperkasakan perjuangan parti
Sepanjang tahun 2013, sudah tentu banyak menyimpan pelbagai kenangan manis dan pahit dalam kita memperjuangkan inspirasi parti untuk kepentingan rakyat terutama bagi golongan remaja disekitar Cheras, pengalaman tersebut boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana keupayaan dan keberkesanan kita meyakinkan akar umbi bahawa umno itu merupakan parti yang sentiasa relevan dengan orang melayu.
Sehubungan itu, Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menjadikan 2014 sebagai tahun yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan pendekatan bagi memastikan penglibatan golongan remaja zaman UMNO dapat dipertingkatkan seperti mana yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan UMNO Bahagian Cheras.
Saya Juga berharap kepada Ahli Jawatankuasa Puteri dan Seluruh ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras akan terus aktif memainkan peranan serta menjadi jurubicara, golongan sasaran supaya segala rintihan dan saranan diperingkat bawah dapat disalurkan pada pucuk pimpinan parti.Langkah itu penting bagi memastikan teraju kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa aktif dan berjuang untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
Akhir kata saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras 4 peringkat yang diketuai Y.Bhg. Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga Puteri UMNO Bahagian Cheras, yang selama ini telah memberi sokongan kepada saya.