Friday, August 27, 2010

SALAM NUZUL AL QURAN

Hari ini 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1431 adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa Nuzul Al Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul Al - Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al - Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al - Quran.


‘Al - Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)".
(Al-An’am:38)

Al - Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al - Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al - Nur bererti cahaya yang menerangi, Al - Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al -Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al-‘Alaq:1-5)

Thursday, August 26, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53

Tema hari kemerdekaan 2010 ini adalah "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI".
Satu tema yang cukup luas dan besar pengertiannya kepada semua rakyat negara ini. Tema hari kemerdekaan 2010 tersebut memberikan gambaran bahasa dengan penyatuan dan semangat cintakan negara pastinya mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Salah satu dari tema hari kemerdekaan yang menarik.

Dan untuk pertama kalinya juga seluruh negara kita akan menyambut perayaan hari malaysia pada 16 September nanti yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Di antara aktiviti sempena sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos dan September ini adalah:

1. Pameran Kemerdekaan “Wira Yang Tidak Dicanang”
Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi -- 6.00 petang

2. Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan

3. Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

4. Perayaan Hari Malaysia
(Pameran, Pertandingan Koir Patriotik dan Acara Rasmi)

Tarikh: 16 September 2010
Tempat: Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

5. Manifestasi Puisi Kemerdekaan
Tarikh: 23 – 25 September 2010
Masa: 9.00 pagi -- 11 malam
Tempat: Taman Budaya Negeri Melaka


Pastinya setiap warga Malaysia mempunyai tafsiran dan pengertian sendiri bila berbicara mengenai hari kemerdekaan ataupun hari kebangsaan negara. Walaupun wujud berbeza pendapat dan pandangan dalam sesuatu perkara, namun tema hari kebangsaan 2010 "1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI" perlu dihayati oleh semua warga malaysia dan lapisan masyarakat dan dijadikan panduan untuk menguatkan semangat cintakan negara. Jika dihayati tema hari kebangsaan 2010 ini, maksudnya boleh diperluaskan di gunakan dalam segala aspek untuk pembangunan sesebuah negara.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warga Malaysia yang berada di dalam negara mahupun di luar negara.

Monday, August 23, 2010

KE MANA PERGINYA SUMPAH MELAYU ?

Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan, berubah untuk meninggalkan nilai murni bangsa secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri.

Sebenarnya ketuanan rakyat yang dilaungkan adalah penjualan hak yang ada. Sebenarnya kesamarataan dalam demokrasi yang diperjuangkan lupa, bahawa Bangsa Melayu yang mengekori dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa?

Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita, lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri.

"Kita mesti mengenal apa yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan. Jangan terleka dengan perjuangan politik yang mementingkan segelintir mereka yang mahu terus berkuasa. Kita mahu mereka yang turut membicarakan hak yang perlu dipertahankan demi Melayu untuk Melayu".

Ini adalah untuk semua, yang tinggi melangit, yang sedang duduk mencoret polisi dan kita yang berkeliaran di muka bumi menjadi rakyat Melayu yang kini seakan kehilangan maruah diri. Jangan angkuh membicarakan kemodenan dalam erti melupakan nilai Melayu kita yang ada. Jangan angkuh membicarakan pembangunan dengan menggadai hak kita.

Bangsa Melayu kini perlu dicernakan semula. Dalam erti kata mempertahankan yang ada. Dalam erti perjuangan, memperjuangkan semula setelah terlepas akibat melanggar sumpah kita. Bangsa Melayu kini perlu bangkit dalam melihat bahawa kita bukan ketinggalan tetapi kita semakin hari semakin pupus di muka dunia. Kita perlu menceritakan semula Melayu itu dalam suasana baru tetapi penuh bermaruah dan tidak perlu segan pada apa yang kita ada.

Sekiranya ada antara kita, menyatakan sumpah ini kuno dan ketinggalan, maka katakan pada mereka, sumpah itu kekal membicarakan perjuangan kita dan yang terlupa adalah mereka yang palsu menyatakan bahawa ketuanan Melayu adalah sisa-sisa sahaja, perlu di campak bersama sampah-sampah lain yang tidak berguna dan bukan budaya yang perlu dipertahankan kerana mereka sedang menuntut kuasa untuk berdendam sesama Melayu yang ada dan mereka tidak ubah seperti sampah yang jijik untuk Melayu melihatnya.

Ini sepatutnya dikenang semula-kerana yang hilang kita, yang dikurangkan hak kita dan yang ada penipuan mereka yang membawa bunga-bunga palsu untuk kita , yang tidak berbau dan tanpa semangat dan roh sebenar.

Perjuangkan dan pertahankan maruah Bangsa Melayu agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita dan Melayu Mudah Lupa. "Takkan Melayu hilang di dunia" wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna.

Ke Mana Perginya Sumpah Melayu?


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras bersedia menjadi Serikandi Melayu untuk meneruskan Sumpah Melayu untuk Bangsa Melayu.

Thursday, August 19, 2010

PILIHANRAYA UMUM KE 13.... APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA?


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan , kita mesti lebih realistik tentang hal ini.

Mengikut perangkaan yang di keluarkan oleh SPR terdapat 4.3 juta rakyat Malaysia masih lagi belum mendaftar. Apakah usaha kita untuk menyelamatkan bangsa dari terus lenyap bersama hak-hak keistimewaannya.


Apa komen pembaca dari statistik yang dikeluarkan oleh SPR ini ?

Wednesday, August 18, 2010

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN ANJURAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan program 'Rahmat Ramadan' dengan kerjasama Kelab Perintis Muda di Jalan Peel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Sarina Sharif berkata, program tersebut merupakan ilham pihaknya bagi membantu dan menyedarkan golongan muda supaya tidak terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa.

"Saya menyeru kepada golongan muda bangkit daripada kesilapan lalu dan sama-sama membendung gejala sosial demi masa depan yang gemilang,"katanya.

SARINA (tiga dari kanan) melayan anak yatim pada program 'Rahmat Ramadan' di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada proram tersebut, seramai 250 pelajar terdiri dari pelajar Kolej Universiti Sains Kesihatan Master Skill, Kolej Segi Kuala Lumpur, Kolej YPC - ITWeb, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatic dan Institut Profesional Baitumal telah hadir mendengar ceramah Rahmat Ramadhan menyentuh isu gejala sosial masa kini yang telah di sampaikan oleh Penceramah bebas iaitu Ustaz Akil Hayy.

Dalam majlis tersebut, pelajar dari Rumah Kebajikan Persatuan Anak-Anak Yatim Nurul Iman, Cheras Baru dan pelajar Sekolah Tahfiz Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah menerima sumbangan wang tunai dan peralatan solat. Penyampaian sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Datuk Mahadi Abdul Shukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras serta turut di hadiri oleh Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Puan Hajjah Zurainah Musa, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras.



Friday, August 13, 2010

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN ANJURAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan sentiasa bersemangat menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.

Bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda Parlimen Cheras akan menganjurkan "PROGRAM RAHMAT RAMADHAN" (Kehidupan Amat Berharga) pada tarikh dan waktu seperti berikut:-

TARIKH : 15 OGOS 2010 / 05 RAMADHAN 1431

HARI : AHAD

WAKTU : 4.30 petang - 07.30 malam

TEMPAT : DEWAN UTAMA, PUSAT REKREASI CHERAS
JALAN PEEL, KUALA LUMPUR.

PENSYARAH JEMPUTAN: USTAZ AKIL HAYY

TETAMU KEHORMAT : DATUK WIRA SYED ALI AL HABSHEE
KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS
MERANGKAP SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN
UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan itu menjemput Ahli - Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras dan semua muslimin serta muslimat bersama -sama menghadiri "PROGRAM RAHMAT RAMADHAN".


Thursday, August 5, 2010

UMNO Bahagian Cheras Bersama Tun Mahathir Mohamad











Pada 26 Julai 2010 (Isnin) telah berlangsungnya satu perjumpaan khas UMNO Bahagian Cheras 4 Peringkat bersama Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang telah
diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya.


Peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh UMNO Bahagian Cheras dengan mengadakan sesi soal jawab bersama Y. Bhg. Tun, telah banyak berkongsi info-info yang berguna dan juga telah mengupas mengenai isu hak dan kepentingan orang melayu dan pandangan Y. Bhg.Tun sendiri mengenai parti UMNO yang ada sekarang.

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan sentiasa mendoakan Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad bersama isteri Y. Bhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.