Assalamualaukim WBT
Saya Nazatul Shima Shamsuddin Ketua Puteri UMNO Bahagian ingin mengucapkan selamat bersidang kepada Puteri UMNO Cawangan-cawangan tahun 2014 bagi sesi2013-2016
Penggal 2013 -2016 adalah penggal dimana kebanyakan Ketua Puteri UMNO Cawangan adalah terdiri daripada muka-muka baru.
Alhamdulillah syukur
ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dengan rahmat dan keizinan dari-Nya, kita
dapat bersama lagi pada tahun ini dalam menjayakan Persidangan Tahunan Puteri
UMNO Cawangan-cawangn bagi tahun 2014 dalam suasana yang dijiwai semangat juang,
serta setiakawan yang kental. Semangat ini yang menjalinkan ikatan teguh antara
kita, sayap muda di bawah naungan parti induk kita UMNO untuk menghadapi dan
menangani pelbagai cabaran demi Bangsa, Agama dan Negara tercinta.
Di kesempatan ini
saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Cheras terutamanya Datuk Ketua Bahagian yang banyak memberi dorongan dan semangat serta
mengingatkan kita tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan dilaksanakan
dengan bersungguh-sungguh.
Jutaan terima kasih juga saya
ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang selama ini telah memberikan kerjasama
dan komitmen sepenuhnya kepada saya di dalam menjalankan tanggungjawab yang di
amanahkan. Sekalung penghargaan buat Ketua Bahagian Cheras beserta Ahli
Jawatankuasa yang banyak memberi sokongan dan galakan di atas keprihatinan
tanpa sempadan kepada saya dan juga ahli Puteri UMNO Cawangan.
Harapan saya agar kita semua akan
terus bersatu di dalam melaksanakan tanggungjawab kita didalam parti UMNO
dengan semangat, kesedaran serta keikhlasan di dalam perjuangan memartabatkan
Agama, Bangsa dan Negara tercinta. Barisan kepimpinan Puteri perlu memelihara
dan meningkatkan perpaduan sesame sendiri, saling menyokong dan membantu dan
bekerja sebagai satu pasukan tak kira di peringkat cawangan mahupun bahagian
demi UMNO dan Barisan Nasional.
Akhirkata, setinggi-tinggi
terima kasih saya ucapkan atas kerjasama, sumbangan dan khidmat bakti yang
ikhlas daripada Puteri Cawangan selama ini.
Salam Hormat dan
Selamat Bersidang.