Program yang dihadiri oleh 800 orang peserta termasuk wakil pelajar daripada 12 buah sekolah angkat YPC dan IPT, diadakan di SK Convent Jalan Peel,
Ketua Puteri UMNO Bahagian
Cheras, Puan Nazatul Shima dalam ucapan beliau berkata,Seminar ini diadakan bertujuan
memberi penerangan dan pendedahan tentang masa depan kemanakah hala tuju pelajar selepas tamat pengajian
sekolah.
Seminar kerjaya ini bertujuan memudahkan mereka melihat dengan lebih jelas pada masa depan mereka sama ada melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya atau meneruskan kerjaya dalam bidang perniagaan,.Mereka dapat memahami tugas-tugas yang harus digalas mengikut bidang-bidang yang mereka minati.

Untuk pelajar kolej pula program tersebut menfokuskan bidang keusahawanan
yang berinovasi. Bagi mendedahkan kerjaya sebagai seorang usahawan yang
Berjaya. Kami juga mengajar cara-cara pemasaran yang berkesan dan cara
mendapatkan modal melalui agensi-agensi kewangan yang bersesuaian.
Perasmian awal Program Seminar Kerjaya ini telah dirasmikan oleh Datuk Mahadi Bin Abdul Syukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, manakala perasmian penutup oleh Datuk Syed Mehdhar Bin Syed Abdullah, Setiausaha UMNO Bahagian Cheras.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Syukor memberi ucapan serta merasmikan Seminar tersebut |
LENSA SEKITAR "SEMINAR KERJAYA & USAHAWAN BERINOVASI 2014"