Wednesday, July 8, 2009

PROGRAM MENCUCI KERETA SAMBIL BERAMAL



Tarikh : 08 Mar 2009
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel

Program Amal ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mengumpul dana. Dana yang terkumpul melalui program “Cuci Kereta Sambil Beramal” akan disumbangkan kepada Rumah Kebajikan , Rumah Anak – Anak Yatim dan kepada golongan yang memerlukan. Program ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Jumlah kutipan dana melalui sumbangan individu dan syarikat korporat telah terkumpul sebanyak RM 8,000.00.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras di dalam ucapan beliau, telah menyatakan “Program ini akan dijadikan sebagai Program Tahunan, di mana Program yang dapat mendidik ahli-ahli Puteri untuk sentiasa mengingati kepada orang yang kurang bernasib baik dan akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan”.


PROGRAM SANTAI PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


Tarikh : 28 Februari 2009
Masa : 08.30 Malam
Tempat : Ampang Bowling, Ampang Point

Progam Santai bersama Pergerakan Puteri UMNO berlangsung di Ampang Bowling, Ampang Point . Program Santai Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah bertujuan untuk berkenalan rapat di antara Ahli-Ahli Puteri Cawangan bersama Ahli – Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Program santai sambil bermain bowling ini, telah berjaya mencungkil bakat ahli – ahli Puteri UMNO yang terpendam selama ini. Kebolehan dan kesungguhan dapat di lihat di kalangan ahli – ahli Puteri dalam usaha memburu mata yang tertinggi. Permainan bowling yang merupakan satu sukan riadah yang sihat telah juga berjaya mencungkil pemain yang berkebolehan untuk mewakili Pergerakan Puteri UMNO Cheras untuk acara-cara kejohanan Bowling pada masa akan datang.

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009


Tarikh : 01 Januari 2009
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel

Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Cheras telah bekerjasama menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR & PMR 2008. Majlis yang telah berlangsung di Pusat Rekreasi Cheras adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan bagi Sessi 2009 kepada anak – anak ahli UMNO yang telah mendapat keputusan cemerlang. Sumbangan yang di beri menjadi pemangkin semangat kepada pelajar – pelajar untuk terus maju dan berusaha dengan lebih gigih .

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Tarikh : 01 Januari 2009 / 04 Muharram
Masa : 08.00 Pagi
Tempat : Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO Bahagian meraikan Sambutan Awal Muharam dengan menyertai perarakan yang bermula dari Pusat Rekreasi Cheras hingga ke Masjid Alam Shah, Jalan Pudu , Cheras. Majlis yang di anjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras dilihat dapat menyemaikan semangat perpaduan dikalangan ahli – ahli UMNO Bahagian Cheras dan mengeratkan hubungan silaturahim yang lebih utuh. Majlis Keagamaan seperti ini haruslah diperbanyakan agar ianya dapat memupuk sifat dan nilai murni dalam melaksanakan tanggugjawab sebagai umat islam. Majlis Khatam Al Quran dilaksanakan oleh ahli – ahli UMNO di Masjid Alam Shah, Jalan Pudu, Cheras

MAJLIS DOA SELAMAT


Tarikh : 29 October 2008
Masa : 08.00 malam
Tempat : Bilik Pergerakan Puteri UMNO Bahagian

Bertempat di Bilik Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah di adakan majlis doa selamat dan bacaan surah Yasin. Program yang di anjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras, di hadiri oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras yang baru di lantik iaitu saudari Sarina Sharif. Majlis tersebut di hadiri oleh Setiausaha Bahagian UMNO Cheras, Encik Baharuddin serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah serta Ahli - Ahli Jawatankuasa 4 peringkat UMNO Bahagian Cheras.

Majlis Doa Selamat adalah bertujuan untuk memohon keberkatan dari Allah s.w.t kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian dan Barisan Pegawai yang baru dilantik. Majlis Doa Selamat ini diadakan secara bersederhana, yang dimulakan dengan bacaan Yassin dan diikuti Bacaan Doa. Sokongan dapat dilihat dengan kehadiran tetamu seramai 40 orang yang terdiri daripada ahli – ahli Puteri UMNO Cawangan dan tetamu jemputan terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian, Pergerakan Wanita Bahagian dan Pemuda Bahagian. Penganjuran majlis yang sebegini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli – ahli UMNO di Bahagian Cheras. Majlis di akhiri dengan jamuan makan malam.