Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432. Di doakan semoga iman umat islam bertambah mantap, amalan di perbanyakkan dan rezeki umat islam akan bercambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan, seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.

Tarikh 1 Muharam 1432, adalah bersamaan pada hari selasa 7 Disember 2010 atau akan di sambut kehadirannya pada maghrib hari ini.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin.

Untuk itu juga, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin berkongsi makluman acara Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan Majlis Maal Hijrah peringkat kebangsaan 1432H/2010M, di Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada esok bersamaan hari selasa. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut hadir.

Bertemakan “1Malaysia 1Ummah”, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 ini akan turut di hadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, serta YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri kabinet dan jemputan tetamu luar negara.

Majlis ini mengikut jadual bermula pukul 8.30 pagi, bersama tetamu jemputan daripada badan kerajaan dan swasta yang akan turut serta memeriahkan majlis ini.

Sama-samalah kita meraikannya, insyallah.

Sunday, December 5, 2010

KONVENSYEN BARISAN NASIONAL 2010


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengingatkan anggota parti itu supaya tidak mudah terleka dan terpesona dengan kejayaan awal yang ditunjukkan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil selepas Mac 2008.

Sebaliknya, tambahnya, BN perlu terus mengukuhkan setiap parti komponennya dan memastikan supaya pentadbiran Putrajaya dapat dikekalkan di bawah parti itu.

"Berbanding pilihan raya umum 2008, BN yang cuba dimomok sebagai sudah suram, Alhamdulillah kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih," katanya dalam ucapan dasar di konvensyen BN di ibunegara hari ini. Jelasnya, kejayaan awal itu perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan.

Beliau turut mengulangi saranannya sebelum ini kepada pergerakan sayap-sayap parti Umno pada 2008 supaya menyisihkan empat penyakit utama - agar parti itu "berubah atau berisiko rebah."

"Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan.

"Hakikatnya parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri," katanya lagi.

Dalam ucapan itu juga, Najib mengingatkan anggota BN supaya mempertahankan penguasaan parti itu daripada kemaraan parti pembangkang yang "hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa."

"Kita tahu mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah mereka sanggup berbuat apapun.

"Kalau teringin sahaja tak apa, tapi teringin sangat, itu yang bahaya," katanya yang disambut ketawa sinis hadirin.

Menurut Najib lagi, "angan-angan" 16 September yang dicanang oleh Pakatan Rakyat sebagai tarikh untuk merampas Putrajaya juga kini diketahui sebagai "satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanahair."

"Walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," tambah Najib.



Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan menyampaikan kata kata aluan pembuka tirai Konvensyen Barisan Nasional 2010.


Friday, December 3, 2010

KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa rakyat agar tidak terjerumus dengan perangkap pembangkang yang sentiasa mahu memutarbelit dan mencari idea bagi mengelirukan masyarakat.

Katanya, pakatan pembangkang sentiasa menimbulkan pelbagai isu termasuklah mencabar Perlembagaan Negara, keselamatan dan sistem demokrasi berperlembagaan yang menjadi amalan untuk tujuan menimbulkan keresahan dan rasa gelisah di kalangan rakyat.

“Pembangkang ini sengaja buat perkara yang bertentangan dengan agenda kerajaan dan apa juga yang dilakukan oleh UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan dicabar dan diperkotak-katikkan biarpun sebenarnya mereka juga mendapat manfaat dan nikmat daripada pelaksanaannya,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung BN.

Apa yang penting katanya adalah memperteguhkan ikatan yang terjalin bukan hanya di kalangan pemimpinnya tetapi juga diperingkat akar umbi dengan menjadikan asas perjuangan dan prinsip parti sebagai pegangan.

“Kita perlu kembali kepada asas perjuangan sebenar supaya tidak terkeluar dari landasan asal yang telah digariskan iaitu berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Dalam hal ini, beliau turut mengingatkan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mentrasformasikan perjuangan berlandaskan perkembangan semasa berlandaskan Gagasan Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Saya berkeyakinan kalau kita berpegang kepada prinsip dan asas perjuangan tersebut maka tidak mustahil untuk kita kekal kukuh dan teguh serta dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.”

Katanya lagi, pakatan pembangkang cuba menimbulkan isu baru sebagai usaha mereka yang mahu lari daripada persoalan rakyat terhadap kepincangan dalam parti mereka termasuklah ketidakpercayaan ahlinya sendiri.

“Inilah permainan pembangkang yang takut untuk berdepan dengan kenyataan. Mereka sentiasa lari dari persoalan sebenar sedangkan sebelum ini semua sedar bagaimana tekanan yang telah diberikan oleh ahli-ahli mereka sendiri pada pemimpin atasannya.”

Katanya, kedangkalan dan ketidakseimbangan pakatan pembangkang yang masih terus tercari-cari identiti sewajarnya diambil sebagai satu tauladan dan lonjakan bagi UMNO dan BN sendiri untuk terus memantapkan matlamat perjuangan.

“Kita bekerja bukan hanya untuk mengukuhkan UMNO malah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku apatah lagi tentunya pelbagai cabaran menanti apabila berdepan dengan pembangkang yang terdiri daripada parti serpihan UMNO sendiri,” katanya yang merujuk kepada PAS dan PKR yang sentiasa menunding jari menyalahkan UMNO.

Sumber Berita – MediaUMNO

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong pandangan dan teguran yang di sampaikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sesungguhnya kembali kepada asas perjuangan adalah landasan sebenar demi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.


Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:


(1) وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا وَاذْكُرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ {أل عمران:103}

(1) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah seraya berjemaah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (bergolong-golongan), dan ingatlah akan nikmat Allah atas kamu tatkala kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan nikmat itu kamu menjadi bersaudara, padahal kamu dahulu nya telah berada di tepi jurang api Neraka, tetapi Dia (Allah) menyelamatkan kamu dari padanya; begitulah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.”

(QS.Ali ‘Imran:103 )



Wednesday, December 1, 2010

PENANGGUHAN PEMILIHAN UMNO 2011

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa pemilihan parti tahun hadapan di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) ditangguhkan 18 bulan berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan UMNO.

Katanya, penangguhan ini dibuat agar seluruh perhatian terarah kepada pemantapan untuk memperkukuh parti selain tidak mahu ada sebarang pergelutan politik berlaku.

“Penangguhan pemilihan ini bukanlah sesuatu yang baru dan kita tidak mahu berada dalam keadaan yang tertekan dalam usaha untuk terus memantapkan UMNO,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, Selasa malam.

Pada masa yang sama beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bermula awal tahun 2010, kursus-kursus diperingkat akar umbi akan dimulakan dengan melibatkan kepimpinan cawangan, pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Seramai 50,000 pemimpin UMNO akan dilatih bagi meneruskan perubahan-perubahan sejajar dengan Model Ekonomi Baru dan juga prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia, mengutamakan kepentingan rakyat dan meneruskan sistem penyampaian kepada akar umbi.”

Beliau turut memberitahu bahawa kepimpinan perhubungan UMNO peringkat Negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.

“Kita perlukan masa untuk membuat penilaian dan penelitian serta berjumpa dengan pemimpin-pemimpin peringkat Negeri berkaitan apa yang patut dilakukan. Ada yang kita akan lantik semula dan ada juga pembaharuan dibuat,” jelasnya.

Dalam masa yang sama beliau turut memberitahu bahawa usaha memantapkan parti diteruskan dengan melakukan proses transformasi yang telah pun bermula dalam UMNO melalui perubahan radikal semasa pindaan Perlembagaan parti.

“Dalam Barisan Nasional (BN) juga transformasi akan dilakukan melalui Konvensyen BN yang akan berlangsung hujung minggu ini.”

Sebelum itu, beliau juga memaklumkan berkaitan perkembangan semasa dengan laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah.

“Perkembangan terkini yang menjurus kepada keadaan lebih positif telah menampakkkan kejayaan dan keyakinan rakyat lantas diterjemah dengan kemenangan dalam PRK.”

Sumber Berita - MediaUMNO

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan pengumuman tersebut adalah merupakan satu peringatan dari Yang Amat Berhormat Presiden Parti Datuk Seri Najib kepada pemimpin - pemimpin di semua peringkat agar memberi tumpuan menyusun gerak kerja di peringkat akar umbi.

Kesimpulannya, Yang Amat Berhormat Presiden UMNO suruh buat kerja bukan buat buat kerja..!

Friday, November 26, 2010

JUMLAH PEMILIH PENENTU PERSEMPADANAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat berdasarkan jumlah pemilih sesuatu lokasi. Najib berkata, ketentuan itu selari dengan prinsip dan tatacara persempadanan seperti yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas, Bahagian I dan II Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam melaksanakan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya tersebut, SPR akan melihat keseluruhan persempadanan di s

eluruh negara tanpa menumpukan pada sesuatu bahagian pilihan raya sahaja. Nisbah perbezaan “rural-weightage” yang diberi kepada kawasan Parlimen di luar bandar berbanding bandar serta langkah SPR bagi memastikan jumlah pengundi yang seimbang di semua kawasan pilihan raya dalam proses persempadanan semula akan datang.

Datuk Seri Najib berkata, kriteria kawasan pilihan raya bagi sesebuah Parlimen di bandar ialah mempunyai pemilih berjumlah 60,000 orang ke atas, berkeluasan di antara lapan dan 49 kilometer (km) persegi manakala jumlah pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bandar ialah 25,000 orang ke atas.

Bagi kategori separuh bandar pula, ia perlu mempunyai keluasan di antara 50 dan 250km persegi dengan jumlah pemilih bagi kawasan Parlimen berjumlah 30,000 hingga 59,000 orang manakala jumlah pemilih DUN ditetapkan di antara 15,000 dan 24,000 orang.

Bagi kategori luar bandar dan pedalaman pula, ia terletak dalam kawasan kurang daripada 250km persegi dengan jumlah pengundi Parlimen di bawah 30,000 orang manakala jumlah pemilih DUN kategori itu berjumlah di bawah 15,000 orang.

Bagaimanapun, penentuan kawasan itu tidak termasuk bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber Berita – BERNAMA