Tuesday, November 22, 2011

KEMENANGAN HARIMAU MUDA DI SUKAN SEA : "SYABAS DATO' SRI NAJIB , TAHNIAH DATO SERI ANWAR"

Seluruh rakyat Malaysia masih lagi meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia di Sukan SEA, Indonesia. Di kesempatan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras turut ingin mengucapkan ucapan sekalung tahniah kepada atlit - atlit negara yang telah berjuang di Sukan Sea yang ke 26 yang berlangsung di Indonesia.


Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia. Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia


Kejayaan memenangi pingat emas yang di raih oleh atlit - atlit negara tertutama Skuad Harimau Muda Malaysia di Sukan Sea adalah hasil usaha Kerajaan Malaysia yang di pimpin oleh Dato Sri Najib Tun Razak. Dapat dilihat kebangkitan dan semangat jati diri yang terdapat di kalangan pemain - pemain bolasepak ketika berjuang adalah hasil keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap pembangunan sukan terutama di kalangan generasi muda.


SYABAS YAB Dato Sri Najib Tun Razak yang sentiasa prihatin dan memberi semangat kepada generasi muda yang ingin berjaya dalam bidang sukan. YAB Dato Sri Najib telah meluahkan kegembiraan dan mengucap tahniah kepada pasukan negara melalui twitter.






Tapi bagaimana dengan Dato Seri Anwar Ibrahim?



Twitter Anwar Ibrahim pula," sempat ikuti bhg akhir perlawanan di Felda Palong.



Tahniah!"Anwar Ibrahim,' tahniah' saja ke? Macam ni nak jadi Perdana Menteri?




Twitternya senyap sejak 4 jam lalu... 1 jam lepas dia menyedapkan hati sendiri, mengucap tahniah dengan mengatakan dia cuma sempat melihat babak akhir permainan. SUNGGUH TIDAK PATRIOTIK, sibuk berpolitik saat seluruh rakyat Malaysia menunggu di depan TV melaungkan sokongan!



TAHNIAH kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya membuat rakyat Indonesia membenci rakyat Malaysia melalui provokasi dan sentimen berapi Dato Seri Anwar selama ini. Terdapat persamaan antara penyokong fanatik rakyat Indonesia dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tidak dapat menerima kekalahan dan sentiasa mencari peluang untuk membuat provokasi jika kejayaan tidak berpihak kepada beliau.

Laungan 'Malaysia Boleh' dan "1 Malaysia" bergema di Indonesia ! Laungan semangat yang lebih tepat, merentasi perkauman dan menaikkan semangat nasionalisma.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan kata- kata - "SYABAS DATO' SRI NAJIB" ...... "TAHNIAH DATO SERI ANWAR".


NOTA KAKI : MINGGU HADAPAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO..... SEMOGA SEMANGAT GENERASI MUDA AKAN TERUS BANGKIT DEMI MEMASTIKAN KEJAYAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT MALAYSIA DI MASA HADAPAN.




Monday, November 21, 2011

AMANAT PRESIDEN PARTI UMNO KEPADA PUTERI UMNO

Amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merupakan satu suntikan motivasi memandangkan pengundi muda adalah faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, amanat yang disampaikan Presiden khas kepada Pemuda dan Puteri itu merupakan satu program yang julung kali diadakan bagi mengingatkan kepada ahli parti generasi muda tentang pelbagai perkara terutama berhubung perpaduan di semua peringkat parti.

"Pada kebiasaannya, apabila Perhimpunan Agung UMNO, tidak ada ruang untuk Presiden bertemu dengan semua perwakilan terutama yang muda. Namun pada program kali ini ia membolehkan generasi muda mendengar sendiri mesej yang disampaikan oleh Presiden secara menyeluruh," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, peranan sayap Pemuda dan Puteri begitu penting sekali dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Oleh sebab itu, Presiden telah menekankan bahawa di dalam PRU-13 nanti, golongan muda mesti memikirkan perkara yang lebih besar, isu berhubung kait relevannya parti kita serta betapa penting mereka sebagai pemimpin masa depan selain keperluan untuk memahami bagaimana betapa sukar untuk memimpin dalam konteks parti, lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk," katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, amanat Presiden itu menunjukkan bahawa semua ahli parti terutama orang muda perlu menyediakan diri sebagai jentera serta bala tentera kepada parti terutama bagi menawan semula negeri-negeri yang kalah pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, amanat yang julung kali diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO itu merupakan permintaan khusus kedua-dua sayap parti bagi memberi suntikan motivasi, memandangkan pengundi muda merupakan faktor penentu dalam PRU13.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, apa yang disampaikan oleh Najib itu menjadi panduan kepada golongan muda yang berada di dalam parti bagi menghadapi PRU13 yang boleh memberikan impak kepada sokongan generasi muda untuk kembali menyokong UMNO dan BN.

Monday, November 14, 2011

ISU AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

Beberapa Pertubuhan Pelajar , Majlis Mahasiswa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah memberi komen tentang Isu AUKU berhubung peruntukan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Akta tersebut melarang Mahasiswa terlibat atau menyata sokongan, simpati atau bangkangan terhadap Parti Politik.

Pada hari ini , di dapati pelajar - pelajar Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Ada segelintir pelajar yang suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dari satu sudut dapat di lihat pelajar - pleajar tersebut tidak dapat memberi tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

Apakah dengan adanya Akta Universiti dan Kolej Universiti serta tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak bolehkah pelajar - pelajar tersebut mengadakan forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik. Malangnya pelajar-pelajar Melayu yang terhalang maksudnya untuk berseronok terus menyalahkan pemimpin dan Kerajaan.

Ramai yang tidak sedar bahawa tahun 1972 penyerapan anasir komunis dan sosialis masih kuat di Negara ini. Di Sekolah- sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKRC) di Penang ditemui bahan-bahan ajaran Mao Tze Tong. Begitu juga di Universiti Malaya ketika itu. Apakah wajar ianya dibiarkan. Masih ingatkah kita maksud tersirat parti - parti pembangkang ketika itu menggunakan provokasi di Kepong, Gombak dan Setapak mengusik hati peribumi sehingga tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.

Bendera Negara dan UMNO di bakar dan di pijak. Salah seorang yang memijak bendera UMNO hari ini masih berkeliaran walau pun pada satu ketika rujuk dan memeluk UMNO rapat-rapat untuk menjadi Perdana Menteri dinegara ini. Kalaulah tanpa AUKU, percayalah lebih ramai anak-anak Bangsa yang menjadi kutu jalan.

Ramai juga yang lupa sejarah. Semasa Tun Mahathir menjadi Menteri Pelajaran, beliaulah yang membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru melayu dan anak -anak Melayu masuk universiti dalam dan luar negeri walaupun kelulusan tidak seberapa. Tindakan ini semata-mata mengisi hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi izin supaya bilangan anak - anak Melayu berpendidikan tinggi di tambah bilangannya.

Ada di kalangan mereka ini yang tidak cerdik sangat. Pensyarah yang banyak bantu. Untuk nampak macam cerdik dan hendak beri alasan kepada emak bapak bila gagal periksa mereka gunakan alasan perjuangan sebagai jalan keluar. Manakala anasir- anasir asing pula memangnya suka meihat kejatuhan dan kegagalan bangsa Melayu, jadi aktiviti mereka di galak dan di rangsang. Perlaksanaan AUKU sebenarnya bertujuan mengelakkan mahasiswa ‘berpolitik dalam kampus’. Kampus atau IPT adalah tempat menuntut ilmu,bukan tempat berpolitik. Tidak ditegah mahasiswa memegang suatu ideologi di dunia luar kampus,tetapi tidak mencampur adukkan urusan pelajaran dan politik. ‘Adil’ itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya,meletakkan proses pembelajaran bersama-sama dengan perjalanan proses politik (politik kepartian-kepuakan) adalah ‘tidak adil’ dan ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Ada pula suara-suara yang menyatakan bahawa kampus merupakan medan atau pentas awal dalam menceburi politik dan politik merupakan kaedah membentuk kepimpinan. ini suatu pandangan yang amat serius dan tidak positif, program kepimpinan serta kokurikulum sebenarnya merupakan proses sebenar dalam membentuk identiti serta karekter kepimpinan yang tulen,bukan politik seperti hari ini.Ia suatu senario yang berbeza serta fenomena yang tidak sihat kepada mahasiswa sendiri. Ini kerana,isu diluar dan didalam kampus kelihatan ‘sama tapi tak serupa’. Agenda poltik luar lebih tertakluk kepada golongan politik yang jelas memainkan peranan yang berbeza serta motif yang berbeza dengan level seorang mahasiswa.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan tetap menyokong agar AUKU ini terus hidup dan dilaksanakan demi kepentingan anak bangsa, Agama dan Ilmu perlu didahulukan,bukan politik di utamakan.

Pilih pilih tempat nak mandi
Pertama lubuk kedua pantai
Pilih pilih tempat nak jadi
Pertama elok kedua pandai
Berburu kepada datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Jangan baju koyak kerana dek lenggang,
Jangan terperosok songkok kerana dek lonjak

NOTA KAKI : Ramai ibu bapa meninggalkan pesanan keramat kepada anak-anak mereka, “BELAJARLAH NAK RAJIN-RAJIN UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN KAMU".

Friday, November 11, 2011

MAJLIS PERASMIAN EXPO KARNIVAL BERSAMA RAKYAT

Untuk makluman kepada Ahli - Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Ketua - Ketua Puteri UMNO Cawangan, Biro Hal Ehwal Pengguna UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan EXPO KARNIVAL BERSAMA RAKYAT bertempat di PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras pada hari Sabtu, 12hb November 2011 bersamaan 16 Zulhijjah 1432.

Pelbagai aturcara dan aktiviti telah di rangka oleh Biro Hal Ehwal Pengguna UMNO Bahagian Cheras dalam mendekati rakyat jelata terutama penduduk - penduduk di PPR Laksamana. Bermula dengan acara Senamrobik pada awal pagi , serta Sukaneka Keluarga dan terdapat pelbagai Pameran dan Jualan di Karnival Bersama Rakyat yang mendapat kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.


Acara kemuncak adalah Perasmian Expo Karnival Bersama Rakyat yang akan di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pada jam 8.00 malam di PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras.


Semua ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah di jemput dan memakai pakaian yang melambangkan Puteri UMNO (baju warna pink) serta dapat bersama - sama memeriahkan Expo Karnival Bersama Rakyat esok.










Thursday, November 10, 2011

PRU KE 13 - MASALAH DALAMAN DURI KEPADA PARTI

Sikap Sesetengah Pemimpin yang jelas mempunyai sifat - sifat buruk seperti ego, tamak, terlalu cintakan kuasa dan pengaruh sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk memecah belahkan Parti.

Hakikatnya, masalah dalaman Parti jika tidak di tangani dengan bijak, ianya akan menghancurkan Parti menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Cuba kita hayati kisah perlucutan jawatan Panglima Perang yang juga seorang sahabat besar Rasulullah (SAW) iaitu Khalid Al Walid.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Khalid Al Walid telah dilantik sebagai Panglima Perang Kerajaan Islam tetapi ketika era pemerintahan Saidina Umar Al Khatab, Khalid Al Walid telah di lucutkan jawatan itu.

Tempat Panglima Perang kemudiaannya telah digantikan oleh Abu Ubaidah Al Jarrah. Meskipun telah di lucutkan jawatan, Khalid Al Walid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan Panglima Perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah. Beliau sedikit pun tidak merasa kecil hati malah dengan semangat yang tinggi terus berjuang dan berjihad bersama - sama pasukan tentera Islam yang di ketuai oleh Abu Ubaidah demi menegakkan syariat Islam.

Ketika Khalid Al Walid sedang uzur, Saidina Umar telah datang bertemunya dan berkata "Khalid Saifullah, aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu".

"Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi Panglima Perang bukan sebab aku cemburu kepadamu wahai sahabat tetapi engkau tidak tahu taktala engkau keluar sebagai Panglima Perang, penduduk Madinah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan -akan mengagungkan engkau. Jika engkau memimpin, pasti kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka. Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah swt, lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat," ujar Saidina Umar. Mereka yang mendengar kata - kata ucapan Saidina Umar itu terus menangis.

Mungkin cerita di atas tidak mendatangkan bekas, tetapi ingatlah apa jua tindakan kita di dunia ini akan di pertanggungjawabkan di akhirat walaupun sekecil zarah. Jangan disebabkan sifat tamak mengejar kuasa dan pengaruh, kita sanggup melakukan apa sahaja hingga menyebabkan Parti UMNO menjadi lemah sekaligus memberi kekuatan kepada Parti pembangkang.

Bersatulah semula, taatlah kepada pemimpin, jalinkanlah kerjasama, contohilah sahabat Rasulullah SAW, Khalid Al Walid demi kelangsungan Parti UMNO dalam menghadapi cabaran mendatang terutama Pilihan Raya Umum ke 13.