Monday, April 23, 2012
BARISAN NASIONAL PILIHAN ANAK MUDA
Tuesday, April 17, 2012
PROGRAM JUARA RAKYAT BARISAN NASIONAL CHERAS - "CUCI 4 CHARITY" BERSAMA PUTERI UMNO
Pada 14hb April 2012 yang lalu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah turut sama memeriahkan Program Juara Rakyat Barisan Nasional Cheras anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras. 

“Saya amat berbangga kerana Presiden MIC sanggup hadir bersama kita pada hari ini, inilah contoh pemimpin yang sentiasa bersedia menemui rakyat,” katanya. Datuk Wira Syed Ali, memberitahu, pada majlis tersebut seramai 150 orang daripada pelbagai kaum sekitar Parlimen Cheras menerima sumbangan RM150 setiap seorang. Bantuan itu katanya, merupakan komitmen UMNO dan BN Cheras membantu mereka yang kurang berkemampuan.





Friday, April 13, 2012
PROGRAM JUARA RAKYAT PARLIMEN BARISAN NASIONAL
Di kesempatan itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan turut terlibat dalam program "JUARA RAKYAT BARISAN NASIONAL CHERAS" , di mana Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan turun padang dalam acara "CUCI 4 CHARITY" - iaitu program cuci kereta sambil beramal yang akan di ketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras , Saudari Sarina Sharif. Semua ahli - ahli Puteri Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah di jemput untuk bersama - sama menjayakan program amal tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Wednesday, April 11, 2012
PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG YANG KE 14
Memetik Bernama Online, sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.
Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Leftenan Sabri Abdullah.
Tuanku Abdul Halim mencatat sejarah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua setelah pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.
Belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Malah yang menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.
Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.
Tuesday, April 3, 2012
KAJIAN PERSEPSI PILIHANRAYA UMUM KE 13
Persoalan yang bermain di minda ramai rakyat Malaysia sekarang, iaitu bilakah Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 akan diadakan. Di merata tempat, kempen sedang giat dijalankan kedua-dua gabungan utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi meraih hati para pengundi, seolah-olah pilihanraya akan diadakan pada esok hari.Sejajar dengan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Universiti Malaya Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) telah menjalankan satu kajian “Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13″.
UMCEDEL telah ditubuhkan pada 14 April 2010 sebagai sebuah pusat penyelidikan yang mengkhusus dalam penyelidikan dan penerbitan pada demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.
“Persepsi Politik Malaysia dan Kepimpinan Sebelum Pilihanraya Umum ke-13″ merupakan kajian terkini yang dijalankan oleh UMCEDEL. Kajian ini melibatkan 2559 responden dengan pengumpulan data menggunakan pensampelan yang digunakan untuk tujuan tertentu mengikut keselesaan.
Margin kesilapan kaji selidik itu adalah 1.9% pada tahap 95% keyakinan. Antara penemuan kajian itu ialah:
- 51 peratus daripada responden akan memilih parti itu sebelum calon-calon dalam pilihan raya umum akan datang.
- 43 peratus daripada responden percaya bahawa Barisan Nasional akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.
- 44 peratus daripada responden berpuas hati dengan prestasi Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Malaysia.
- 32 peratus daripada responden memberi respons bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai relationsip baik dengan orang ramai.
- 43 peratus daripada responden percaya bahawa konsep 1 Malaysia akan meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
- 35 peratus daripada responden tidak percaya video seks yang menyangka Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding hanya 20 peratus orang-orang yang beriman.
- 40 peratus daripada responden berpendapat bahawa PAS boleh menjadi alternatif kepada UMNO.
- 37 peratus daripada responden percaya bahawa kelakuan pilihan raya di Malaysia tidak adil dan telus dalam cara.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan mustahil jika terdapat individu - individu yang tidak tahu menahu langsung dalam arena politik negara. Ianya menjadi satu kerugian jika sesorang itu sebagai rakyat Malaysia tidak berpolitik kerana dalam ISLAM khususnya ada diterangkan mengenai politik.
Rasulullah bersabda...
"Barangsiapa di pagi hari perhatiannya kepada selain Allah, maka Allah akan berlepas dari orang itu. Dan barangsiapa di pagi hari tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin maka ia tidak termasuk golongan mereka (kaum muslimin)".
Berpolitik adalah hal yang sangat penting bagi semua rakyat di Malaysia khususnya negara yang bermajoritikan umat ISLAM. Hal ini penting kerana umat ISLAM perlu hidup berlandaskan syariat ISLAM. Dan yang pastinya, hukum untuk kebaikan dan urusan umat-umat sekalian khususnya umat Islam adalah fardhu.
Jadi, sabda di atas telah menerangkan mengapa anda perlu berpolitik. Jika tidak berpolitik dan anda pula orang ISLAM , maka anda sebenarnya tidak menyahut seruan Rasullullah.



