Friday, May 4, 2012

GENERASI MUDA PERLU MENGIMBAU PERJUANGAN TERDAHULU


 Generasi muda perlu mengimbau kembali perjuangan yang dilakukan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan perjuangana mereka yang terdahulu ketika memperjuangkan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.





Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata peranan generasi muda pada zaman dahulu ketika merintis kemerdekaan begitu besar tanpa mengira latar belakang pendidikan masing-masing.

“Peranan generasi muda amat penting, dahulu ketika ingin merinstis kemerdekaan peranan generasi muda begitu signifikan sekali, sama ada mereka di sekolah pondok hinggalah ke maktab perguruan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

“Walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun pengisian generasi muda amat penting untuk bersama-sama membina sebuah negara untuk dinikmati oleh semua rakyat,” katanya.
Menurutnya, pengimbauan semula pembabitan generasi muda amat penting bagi memastikan generasi sekarang dapat mempelajari untuk memastikan pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjanggi UMNO terus dipertahankan.

Rosnah berkata Barisan Nasional sebuah kerajaan yang telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar slogan Rakyat di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

Sumber Berita – Media UMNO

Friday, April 27, 2012

BERSIH 3.0


TOLAK BERSIH 3.0 - DEMI KEMAKMURAN NEGARA

Apa yang pasti esok , 28hb April 2012, waktu demo BERSIH 3.0 yang dijalankan oleh Pakatan Pembangkang pihak Polis sekali lagi akan menjadi mangsa kekejaman mereka puak Pembangkang ini. Provokasi dan maki hamun akan dihamburkan kepada Polis yang bertugas dan seterusnya kekerasan yang mereka akan gunakan.

Dimana salahnya pihak Polis dalam mempertahankan diri dan menjaga keselamatan 27.6 Juta Rakyat Malaysia dan Negara ini? Dimana salah mereka bertindak tegas keatas puak BERSIH yang boleh kita takrifkan sebagai pemberontak? Dimana keadilan untuk pihak Polis yang sanggup berkorban apa sahaja dalam mempertahankan Malaysia ini dari kacau bilau?

Rakyat mampu melihat, Rakyat Mampu Mendengar dan Rakyat juga Mampu Memberikan Kerjasama kepada pihak Polis agar Malaysia aman dan tenteram dari pekara yang boleh mencetuskan tragedi berdarah sepertimana didalam video diatas.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan BERSIH 3.0 hanya patut dilakukan di rumah oleh wanita - wanita yang perihatin. CONTOHI BERSIH 3.0 yang di persetujui oleh Pergerakan PUTERI UMNO Bahagian Cheras :-

Monday, April 23, 2012

BARISAN NASIONAL PILIHAN ANAK MUDA

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Pilihanraya Umum ke12, Barisan Nasional (BN) telah menghadapi ujian yang cukup getir, malah di beberapa kawasan penting telah dikuasai pakatan pembangkang.

“Kini selepas hampir tiga tahun berlalu, usaha yang telah dibuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, semangat rakyat telah kembali untuk memberikan sokongan yang cukup padu kepada kerajaan BN.
“Hari ini, kita mengajak semua anak muda, sebagai pemimpin-pemimpin muda di akar umbi, tampil ke depan untuk memberikan satu kesedaran baru, komitmen tinggi kita untuk menyedarkan anak-anak muda sama ada mereka sudah bersama BN atau mereka masih di luar BN kerana peranan kita adalah untuk menentukan mereka yakin bahawa BN, parti yang terbaik, parti yang membela nasib rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya ketika merasmikan Program BN Pilihan Anak Muda peringkat negeri Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.

Tambahnya, golongan muda di negara ini diajak untuk bersama-sama kerajaan menentang ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnya berkaitan keberanian mempertikai perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai cuba “menjahanamkan kerajaan”, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan mempertikai apa yang dilakukan kerajaan dalam perkara yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidak adil kepada rakyat oleh pembangkang merupakan satu tohmahan yang sengaja diputar belit untuk mengelirukan rakyat.

 “Puak pembangkang ini telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkan banyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besar peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlaku adil kepada semua kaum dalam negara. Itu semua tohmahan.

“Sebab itu, saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka ini yang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan Negara. Kita semua anak muda BN supaya meneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada parti itu dengan turun padang bertemu setiap pengundi muda bagi menyedarkan kepentingan menyokong BN,” tambahnya yang mengajak anak muda BN turun ke seluruh pelosok di Wilayah Persekutuan untuk bertemu pengundi dan memujuk mereka untuk bersama berjuang dalam BN.

Hadir sama Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut hadir memberikan sokongan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan mahu golongan muda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankan negara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantang kebelakangan ini.

“Saya mahu anak-anak muda BN, Pemuda BN mahupun Puteri supaya meneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada BN hari ini. Kita turun padang bertemu setiap pengundi muda, lelaki mahupun perempuan bagi menyedarkan kepentingan menyokong BN.
“Janjikan kepada mereka bahawa BN akan membela nasib mereka. Jumpa mereka dengan cara kita yang baik, sopan, dengan perkataan yang sesuai, pujuk supaya mereka yakin BN akan membela nasib mereka sekarang dan juga di masa depan,” ujarnya lagi. 

Sumber Berita -MediaUMNO

Tuesday, April 17, 2012

PROGRAM JUARA RAKYAT BARISAN NASIONAL CHERAS - "CUCI 4 CHARITY" BERSAMA PUTERI UMNO

Pada 14hb April 2012 yang lalu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah turut sama memeriahkan Program Juara Rakyat Barisan Nasional Cheras anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras.
Tetamu kehormat yang telah hadir merasmikan program tersebut adalah Senator Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam ucapan di majlis perasmian tersebut , berkata inilah julung-julung kalinya Presiden MIC hadir ke kawasan Parlimen Cheras.

“Saya amat berbangga kerana Presiden MIC sanggup hadir bersama kita pada hari ini, inilah contoh pemimpin yang sentiasa bersedia menemui rakyat,” katanya. Datuk Wira Syed Ali, memberitahu, pada majlis tersebut seramai 150 orang daripada pelbagai kaum sekitar Parlimen Cheras menerima sumbangan RM150 setiap seorang. Bantuan itu katanya, merupakan komitmen UMNO dan BN Cheras membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin menyampaikan sekalung ucapan terimakasih kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang telah memberi sokongan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dalam menjayakan program "Cuci 4 Charity".

Friday, April 13, 2012

PROGRAM JUARA RAKYAT PARLIMEN BARISAN NASIONAL

Senator Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan merasmikan program "JUARA RAKYAT BARISAN NASIONAL CHERAS" - Karnival Jualan Amal & Bual Bicara Personaliti TV Bersama Warga Pendidik pada 14hb. April 2012 bersamaan Hari Sabtu, jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Utama UMNO Bahagian Cheras.

Di kesempatan itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan turut terlibat dalam program "JUARA RAKYAT BARISAN NASIONAL CHERAS" , di mana Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan turun padang dalam acara "CUCI 4 CHARITY" - iaitu program cuci kereta sambil beramal yang akan di ketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras , Saudari Sarina Sharif.

Semua ahli - ahli Puteri Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah di jemput untuk bersama - sama menjayakan program amal tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.