Monday, May 5, 2014

SANTAI BOWLING PUTERI UMNO CAWANGAN SRI SARAWAK

Ketua Puteri Cawangan Saudari Azizah Ariffin (kanan)
bersama Exco Puteri Bahagian
4 Mei 2014 Puteri UMNO Cawangan Sri Sarawak telah mengadakan satu program Santai Bowling bertempat Ampang Superbowl Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Tujuan Santai Program ini diadakan bagi mengerartkan ukhwah dan aktiviti suaikenal bersama ahli Puteri Cawangan tersebut dan selepas selsesai persidangan UMNO Cawangan Sri Sarawak baru-baru ini.

Seramai 20 orang ahli Puteri yang hadir pada program tersebut, turut hadir Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian yang turut serta memberi sokongan.



Barisan Exco Puteri Bahagian yang turut hadir bagi memberi sokongan















Friday, May 2, 2014

KETUA PUTERI WILAYAH TERUJA SAMBUTAN DARI PUTERI CHERAS


Cheras 30 April 2014. Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Agama Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Tahlil keluarga Puteri Wilayah & Solat Hajat untuk MH370 bertempat Surau Abbbas Alhabshee Jalan Peel Kuala Lumpur, turut hadir pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPWUP) Datuk Seri Seri Syed Ali Alhabshee juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, serta Ketua-ketua Puteri Bahagian Wilayah Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras 4 peringkat.

Sharifah Aminah Alhabshee Ketua Puteri UMNO Wilayah
Menurut Ketua Puteri Wilayah Sharifah Aminah atau dikenali sebagai Sha Habshee beliau berkata ini merupakan program kali ke dua diadakan di Cheras selepas program Ziarah Prihatin diadakan di Labuan. Beliau memilih Cheras sebagi tuan rumah bertujuan  mengadakan tahlil kepada arwah bapa kepada Ketua Puteri Bahagain Puan Nazatulshima dan tahlil kepada Ketua Penerangan Cheras Allahyarham, Saudara Baharuddin bin Musatafa disamping memberi pendekatan suaikenal bersama Ahli-ahli Puteri dari akar umbi serta menjalinkan ukhwah dari pucuk pimpinan.

Menurutnya lagi tujuan program ini diadakan bagi mendoakan kepada Pengerusi Badan Perhubungan (BPWUP) kepada Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor & Ketua Puteri Bahagian Seputih Puan Mariam Binti Rohidi, Puan Siti Mariam binti Abd Malik yang telah menunaikan umrah baru-baru ini.

Beliau berkata program keagamaan ini akan dijadikan  program sepanjang tahun, dan Puteri Wilayah akan jelalah disetiap tiga belas (13) bahagian dalam Wilayah Persekutuan.


Ketua Puteri Wilayah Sharifah Aminah  & Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Pn. Nazatul Shima menjamu selera bersama Ketua-ketua Puteri Bahagian Wilayah Persekutuan


Ketua Puteri Wilayah (tengah) bergambar bersama Setiausaha Badan Perhubungan UMNO WP. Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (barisan hadapan tiga dari kiri) serta Ustza Azmi Bin Md Yatim Pengerusi Surau Abbas Alhabshee dan Barisan Exco Puteri Wilayah Persekutuan 

LENSA SEPANJANG MAJLIS TAHLIL KELUARGA PUTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MH370





















Thursday, April 17, 2014

AL- FATIHAH BAHARUDDIN BIN MUSTAFA


Al-Fatihah
Tinggal Kenangan
Saudara Baharuddin Bin Mustafa 1961-2014

Kita akan merasa kehilangan Arwah, Kita juga merasa kehilanganan Saudara Baharuddin Bin Mustapha yang memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Cheras dan Ketua Cawanagan PPR Sri Alam Fasa II, telah meninggal dunia pada jam 6.45petang 16 April 2014, Selama mengenali beliau dan berjuang dlm UMNO beliau seorang yang cukup tabah, memberi galakan dan semangat , Beliau juga Mentor dan Ayah yang banyak memberi galakan dan nasihat. Maka sesiapa yang mengenali Allahyarham.. sedekahkanlah Al- Fatihah kepada rohnya dan bersama mendoakan rohnya dirahmati Allah ke dalam syurga jannah. Puteri UMNO Bahagian Cheras ikut sama berdukacita dan ucap takziah kepada keluarganya dan juga UMNO Bahagian Cheras. Al fatihah.

Tuesday, April 15, 2014

SELAMAT BERSIDANG PUTERI UMNO CAWANGAN-CAWANGAN BAGI TAHUN 2014






Assalamualaukim WBT

Saya Nazatul Shima Shamsuddin Ketua Puteri UMNO Bahagian ingin mengucapkan selamat bersidang kepada Puteri UMNO Cawangan-cawangan tahun 2014 bagi sesi2013-2016
Penggal 2013 -2016 adalah penggal dimana kebanyakan Ketua Puteri UMNO Cawangan adalah terdiri daripada muka-muka baru.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dengan rahmat dan keizinan dari-Nya, kita dapat bersama lagi pada tahun ini dalam menjayakan Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan-cawangn bagi tahun 2014 dalam suasana yang dijiwai semangat juang, serta setiakawan yang kental. Semangat ini yang menjalinkan ikatan teguh antara kita, sayap muda di bawah naungan parti induk kita UMNO untuk menghadapi dan menangani pelbagai cabaran demi Bangsa, Agama dan Negara tercinta.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Cheras  terutamanya Datuk Ketua Bahagian  yang banyak memberi dorongan dan semangat serta mengingatkan kita tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang selama ini telah memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada saya di dalam menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan. Sekalung penghargaan buat Ketua Bahagian Cheras beserta Ahli Jawatankuasa yang banyak memberi sokongan dan galakan di atas keprihatinan tanpa sempadan kepada saya dan juga ahli Puteri UMNO Cawangan.

Harapan saya agar kita semua akan terus bersatu di dalam melaksanakan tanggungjawab kita didalam parti UMNO dengan semangat, kesedaran serta keikhlasan di dalam perjuangan memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara tercinta. Barisan kepimpinan Puteri perlu memelihara dan meningkatkan perpaduan sesame sendiri, saling menyokong dan membantu dan bekerja sebagai satu pasukan tak kira di peringkat cawangan mahupun bahagian demi UMNO dan Barisan Nasional.

Akhirkata, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan atas kerjasama, sumbangan dan khidmat bakti yang ikhlas daripada Puteri Cawangan selama ini.



Salam Hormat dan Selamat Bersidang.

Tuesday, April 1, 2014

TAKZIAH BUAT KELUARGA PN. NAZATUL SHIMA BAPA KEMBALI KE RAHMATULLAH



AL-FATIHAH ALLAHYARHAM SHAMSUDDIN BIN SALAM




Kuala Lumpur  29 Mac 2014 bersamaan 27 Jamadilawal 1435, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras bersama dengan seluruh ahli UMNO sahabat-sahabat handai, mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara  takziah kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Nazatul Shima Shamsuddin atas kembalinya bapa beliau pada jam 5.45 pagi di Hospital Besar  Kuala Lumpur. 


Jenazah bapa beliau dikebumikan pada jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Taman Batu Muda Sentul Kuala Lumpur.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Pn. Nazatul Shima  pada hari yang sama telah menerima kunjungan Ketua Puteri UMNO Malaysia YB Mas Ermieyati Shamsuddin merangkap ahli parlimen Masjid Tanah, Melaka

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham Shamsuddin Bin Salam dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang berima -Al-Fatihah.