Thursday, September 29, 2011

"MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA" ANJURAN UMNO BAHAGIAN CHERAS DAN YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir memeriahkan majlis sambutan ‘Rumah Terbuka Aidil Fitri Rakyat 1 Malaysia’ anjuran UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), malam semalam.

Majlis yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras telah bermula pada jam 7.40 malam dan berakhir pukul 12.00 tengahmalam itu telah dikunjungi kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai golongan rakyat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan menteri, pemimpin masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin-pemimpin UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta Ketua-Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan juga turut hadir. Katanya, sambutan ini dibuat bertepatan dengan hari terakhir bulan Syawal (30 Syawal 1432H) menandakan berakhirnya suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun ini.


Bagi memeriahkan majlis tersebut, beberapa pertunjukan kebudayaan termasuk persembahan istimewa daripada pelawak terkenal tanahair, iaitu Mydin, Farouk Husin, Salwa Abdul Rahman, Kumpulan Balle- Balle serta persembahan nyanyian oleh pelajar berbakat daripada sekolah angkat YPC.

Lebih 22 menu makanan termasuk minuman telah disediakan oleh UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras bagi memberi kepuasan kepada orang ramai yang telah hadir.

Juadah yang dihidangkan pada malam semalam ialah kambing panggang sebanyak 20 ekor, 2 ekor lembu untuk masakan gulai kawah, Satay, Bakso, Laksa, Roti Canai, Mee Rebus, Kuey Teow Goreng, Mee Sup, Keropok Lekor, Ayam Goreng serta Ayam Golek, popia, rojak, cendol,nasi lemak , Burger OTAI dan pelbagai jenis minuman termasuk teh tarik.
Selain itu, sebanyak 2 ribu keping tiket THEME PARK BERJAYA TIMES SQUARE’ yang setiap satunya bernilai RM22.00 diagihkan kepada kanak-kanak yang hadir.


Menurut Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, selain meneruskan tradisi sambutan rumah terbuka yang setiap tahun diadakan oleh UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras, majlis itu juga bertujuan merapatkan lagi hubungan sesama anggota masyarakat.

“Apa yang penting, rakyat pelbagai golongan dan peringkat berpeluang bertemu mata dengan pemimpin mereka, “ ujarnya.

Acara kemuncak Majlis Sambutan Rumah Terbuka 1 Malaysia adalah acara pemotongan kek oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan pertunjukan Bunga Api.

Thursday, September 22, 2011

"SAMBUTAN MERDEKA RAYA" ANJURAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA


Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah menganjurkan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Majlis tersebut dihadiri Perdana Menteri, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, barisan menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).



Sambutan kali ini lebih istimewa kerana 25 waris pejuang peristiwa Bukit Kepong hadir untuk menerima penghargaan berupa replika, sijil serta sumbangan wang tunai sebagai menghargai jasa mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan.



Lebih 10,000 pengunjung akan memeriahkan majlis yang dipenuhi dengan pelbagai acara menarik.

"RUMAH TERBUKA 1 MALAYSIA" ANJURAN UMNO BAHAGIAN CHERAS

UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan ‘RUMAH TERBUKA 1MALAYSIA’ pada 28 September 2011 (Rabu) bertempat di Dewan Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Majlis yang akan diadakan bermula pada pukul 7.45 malam dan dijangka berakhir pada pukul 11.30 malam itu akan dihadiri oleh Menteri-Menteri kabinet, Ketua-Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan, pemimpin serta ahli-ahli UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN), pemimpin masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mewakili bagi pihak Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, ingin menjemput semua penduduk dan masyarakat setempat khususnya di kawasan Parlimen Cheras hadir di majlis tersebut. Selain jamuan beranika juadah, majlis terebut akan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.

Thursday, September 15, 2011

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Hari Kemerdekaan (31 Ogos 1957) dan Hari Malaysia (16 September 1963) merupakan dua tarikh yang bersejarah dan merupakan detik pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Hari Malaysia telah diiktirafkan sebagai hari cuti umum kebangsaan oleh kerajaan dengan hasrat semua rakyat Malaysiadapat menunujukkan semangat nasionalisme dan sentimen positif pada tarikh 31 Ogos dan 16 September setiap tahun.


Pada tahun ini, sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mulai jam 8.00 pagi hari Jumaat dan tema sambutan Hari Malaysia 2011 adalah 1 Malaysia : "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera".

Sambutan Hari Malaysia sebenarnya secara tidak langsung menyampaikan mesej yang jelas kepada setiap rakyat negara ini yang kedudukan semua negeri di Malaysia adalah sama. Sabah, Sarawak mahupun negeri -negeri di Semenanjung Malaysia sama - sama membentuk Malaysia. Kekuatan dan kelemahan negara Malaysia terletak pada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan di mana sedang bermastautin. Sikap toleransi yang telah lama terjalin haruslah di kekalkan dan kata - kata penghinaan yang boleh menganggu sensitiviti rakyat perlulah di elakkan dan semangat 1 Malaysia sentiasa terpelihara.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dan selamat bercuti. Jangan lupa mengibarkan Jalur Gemilang Malaysia.


Thursday, September 8, 2011

ALFATIHAH KEPADA IBU TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS

AL FATIHAH

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Yang Berbahagia Datuk Mahadi Abdul Shukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras diatas pemergian ibu tercinta ke rahmatullah awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah dijangka dibawa dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat sekitar jam 10.30 pagi. Jenazah akan dikebumikan selepas solat zohor hari ini. Turut hadir mengiringi jenazah Allahyarhamah ketika di bawa ke Masjid Al - Ansar adalah Datuk Wira Syed Ali AlHabshee - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mohd Nasir - Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Tuan Haji Syed Mehdhar - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif - Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Setiausaha Bahagian UMNO Bahagian Cheras merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras - Hajjah Zurainah Musa.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-Fatihah. Amin...