Sunday, October 18, 2009

UCAPAN PENANGUHAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN MERANGKAP KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin memberi penghargaan dan ucapan setinggi TAHNIAH kepada Puan Sarina Sharif, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang juga merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras yang penuh bersemangat menyampaikan pendapat dan hasrat Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2009 di PWTC.

Pada ucapan pembuka kata, beliau telah menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang telah turun padang dan bertungkus lumus dalam membantu kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil di Bagan Pinang tempoh hari.
Memetik kata - kata ucapan pada Persidangan Puteri UMNO, Puan Sarina Sharif telah menyeru agar semua pemimpin Pergerakan Puteri haruslah lebih kerap memandang ke hadapan dan mendengar segala masalah rakyat dan jangan berpuas hati dengan publisiti dan hanya menonjolkan diri.

Beliau menambah lagi dengan mengingati kepada semua para Perwakilan dimana UMNO adalah satu parti warisan untuk mempertahankan masa depan anak bangsa. Kerana jika kita leka waktu ini maka tiada lagi mana-mana parti yang akan sanggup membela nasib anak-anak bangsa pada masa hadapan.

Arus politik pada masa kini telah berubah dimana semua pemimpin yang diatas perlu mendekatkan diri dengan rakyat dan Puteri harus keluar dari kepompong yang selesa.
Menyentuh soal Perlembagaan UMNO ,beliau amat bersetuju dengan perubahan dasar perlembagaan, dimana Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan secara automatik menjadi perwakilan. Ianya sebagai memperakui peranan Puteri UMNO di peringkat cawangan mahupun di peringkat bahagian.

Beliau juga mencadangkan agar keahlian setiap wanita muda yang berumur kurang 35 tahun, keahliannya adalah secara automatik menjadi ahli Pergerakan Puteri UMNO.

No comments: