Tuesday, December 1, 2009

KURSUS BELA NUSA, UMNO BAHAGIAN CHERAS



UMNO Bahagian Cheras telah diwajibkan untuk menghadiri Kursus Bela Nusa anjuran Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Biro Tatanegara (BTN) pada 19 - 22 November 2009 bertempat di Ulu Sepri (B), Rembau Negeri Sembilan.


Penyertaan dari Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat UMNO Bahagian Cheras amat menggalakan iaitu sebanyak 3 buah bas digunakan untuk membawa peserta kursus seramai 108 orang. Dengan jumlah peserta yang tinggi ini, UMNO Bahagian Cheras (UBC) telah mendapat pujian dari Fasilitator BTN kerana UBC adalah satu-satunya Bahagian yang telah berjaya menghantar peserta paling ramai sejak bermulanya kursus ini untuk Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh Malaysia. Peserta kursus dari UBC telah menunjukan sikap sayangkan parti yang amat tinggi walaupun tanpa kehadiran Datuk Ketua Bahagian iaitu Y. Bhg. Datuk Syed Ali Al-Habshee diatas urusan yang tidak dapat dielakkan tetapi jumlah kehadiran tetap meningkat.


Kepada mereka yang telah beberapa kali menyertai kursus seperti ini ada yang menyuarakan beberapa pandangan dimana kursus BTN ini kadang kala membosankan dan tidak mencapai objektif. Tetapi pada kali ini boleh dikatakan keseluruhan perserta kursus dari UBC amat teruja dengan modul kursus yang telah diadakan malah memohon untuk mengganjurkan KURSUS BELA NUSA 2. Ini kerana impak dari kursus ini benar-benar membawa perubahan kepada semua peserta kursus.

Dengan sikap perjuangan yang amat membanggakan yang telah ditonjolkan sepanjang kursus ini. Y. Bhg. Datuk Syed Ali Al Habshee telah berbesar hati menggadakan majlis meraikan Peserta Kursus yang telah diadakan di Dewan UMNO Bahagian Cheras, Jalan Peel pada 30/11/2009 (Jumaat). Objektif utama majlis ini adalah untuk mendengar luahan hati, maklum balas dari setiap wakil kumpulan berkenaan kursus ini. Tidak kurang juga pujian kepada Ketua Pemimpin Kursus iaitu Tuan Faizal yang telah mengendalikan kursus ini dengan baik dan jayanya dan juga tidak lupa pujian demi pujian kepada Ustaz Hairul Amin yang hebat mengendalikan aktiviti-aktiviti dan juga tazkirah yang amat menarik minat kepada peserta kursus. Sehinggakan Y. Bhg. Datuk Ketua Bahagian ingin menjemput mereka ini untuk datang ke UMNO Bahagian Cheras.


Kami dari pihak Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang sabar dengan kerenah kami sepanjang kursus ini dan kami juga mendoakan kepada semua dengan menghadiri kursus ini UMNO akan lebih matang dan hubungan silaturahim diantara ahlli-ahli UMNO lebih kuat untuk sama-sama mempertahankan Parti keramat UMNO.

No comments: