Kehadiran kira-kira 15,000 tetamu ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rakyat 1 
Malaysia anjuran Pergerakan UMNO Bahagian Cheras yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 12hb September 2012 membuktikan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kehadiran masyarakat berbilang kaum itu juga adalah bukti BN dan UMNO merupakan parti yang boleh diharapkan dan kerajaan yang boleh dipercayai.
"Saya cukup terharu dengan 
sambutan orang ramai malam ini. Ia merupakan bukti rakyat berbilang kaum masih 
setia serta bersama-sama dengan UMNO dan BN.
"Sokongan sebegini akan 
menaikkan semangat saya dan wakil rakyat BN lain untuk terus berkhidmat kepada 
rakyat," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Tambah Datuk Wira Syed Ali, beliau 
gembira dengan kehadiran ribuan tetamu pada majlis itu, yang jauh lebih ramai 
dan memeriah berbanding tahun lalu.
Pada masa sama, beliau 
berharap setiap tetamu yang hadir tidak berdepan sebarang masalah dan dapat 
meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama-sama dalam sebuah keluarga yang 
besar.
 
"Saya juga bersyukur kerana 
sasaran kami iaitu 15,000 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama 
menghadiri majlis ini tercapai," katanya. 
 




 
 
No comments:
Post a Comment