Monday, November 18, 2013

Majlis Kenduri Doa Selamat

Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras telah mengadakan ,Majlis Kenduri Doa Selamat pada 15 November 2013 (Jumaat) bersamaan 11 muharam 1435H, bertempat Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel 55100 Kuala Lumpur.





Program julung kali kepimpinan baru Puteri UMNO Bahagian turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian  Datuk Seri Syed Ali Alhabshee ,barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian 4 peringkat dan jemaah dari surau Alhabshee, 



 

Ketua Bahagian Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut memberi sokongan pada Majlis tersebut

Penceramah khas yang diundang  Ustaz Azmi Bin Md Yatim, yang juga Pengerusi Biro Agama UBC  menjadi iman solat magrib &  isyak berjemaah  dan diakhiri dengan selawat ke atas Nabi junjungan iaitu  Muhamad S.A.W.


Ketua Puteri Bahagian Puan Nazatul Shima (tengah) bersama barisan  Pegawai Puteri Bahagian memberi sumbangan  kepada mantan exco Puteri Bahagian


Menurut Ketua Puteri  BahagianPuan Nazatul Shima tujuan Majlis Doa Selamat ini diadakan bertujuan merapatkan lagi semangat  ukhwah dan saling kenal mengenali antara ahli baru dan lama. serta memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. 








No comments: