Thursday, February 25, 2010
JANGAN PERTIKAI KEMAMPUAN WANITA
Sinar Harian Rabu, 24 Februari 2010
Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, menyelar kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) yang menyatakan kebimbangan penguasaan penjawat wanita dalam sektor awam. Ketuanya, Sarina Sharif berkata, penjawat awam wanita mampu melaksanakan tugas dengan baik walaupun perlu memikul pelbagai tanggungjawab lain sebagai ibu dalam keluarga masing - masing.
"Bagi saya peningkatan jumlah kakitangan di sektor perkhidmatan awam merupakan satu perkembangan yang baik. "Walaupun ada antaranya perlu mengambil cuti yang panjang bagi tempoh bersalin serta perlu menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu, ini tidak bermakna wanita tidak menjalankan tugas dengan baik," katanya ketika di hubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Ceupacs, Ahmad Shah Mohd Zin yang mendakwa semakin ramai wanita dilantik sebagai pembuat keputusan akan memberi implikasi kepada pertumbuhan negara.
Sarina berkata, golongan wanita yang berkelayakan seharusnya diberikan peluang yang adil untuk bersaing dan memajukan diri masing - masing dalam mana-mana sektor pekerjaan. "Saya tidak setuju dengan kenyataan itu kerana golongan wanita juga mampu berjaya melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka. "Peningkatan kakitangan wanita dalam sektor awam menunjukkan wanita amat komited dalam melaksanakan tugas dan mampu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga dengan bijak," katanya.
Dalam pada itu , Sarina turut menasihatkan golongan wanita agar mempertingkatkan produktiviti kerja dan menjaga maruah diri bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat terhadap kemampuan wanita dalam melaksanakan tugas."Bagi golongan wanita yang sudah bekeluarga, saya nasihatkan supaya sentiasa menjaga maruah dan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
"Golongan muda pula disrankan sentiasa mempertingkatkan mutu kerja dan menerapkan nilai - nilai murni agar wanita tidak dianggap sebagai golongan yang tidak mampu melaksanaknm tugas dengan baik,"katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment