Tuesday, February 2, 2010
NASIB ORANG MELAYU PULAU PINANG - KOMEN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri Pulau Pinang. Sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Lupakan lakunan dan kegilaan komentar para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang, sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya. DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’atau menyusun atur zon dan membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan yang didalangi DAP ini ialah untuk menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi sekecil-kecilnya dan tidak ada suara majoriti di semua tempat di kawasan DUN ataupun Parlimen di Pulau Pinang.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ditengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan ke kawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan Pakatan Rakyat akan menang mudah pada PRU 13 nanti.Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu. Rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew.
Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang. Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya, Lee Kuan Yew berkata kepadanya..”You don’t worry I’ll teach you step by step”....Jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah(bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang.
DAP juga sedang menjalankan gerak kerja untuk menghapuskan kuasa orang melayu di Pulau Pinang sebelum PRU13 semata mata untuk tidak rela kalah.Pemimpin Melayu Pakatan Haprak yang ada hanyalah sekadar boneka. Banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sedang dirancang pembinaan disebelah tanah besar. Puteri UMNO Bahagian Cheras mencadangkan kerajaan pusat seperti SPNB supaya membina banyak rumah mampu milik di sebelah pulau dan pastikan 80% adalah milik melayu dan dikenakan syarat tidak boleh dijual.Jika tidak melayu hanya tinggal nama di Pulau Pinang.
Kerajaan pusat harus campur tangan dalam program perumahan yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ini adalah kerana Pejabat Perumahan Negeri akan ditukar kepada Syarikat Perumahan Negeri dimana pengerusinya adalah berbangsa cina.Maka selepas ini permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan rumah kos rendah sederhana perlu mendapatkan sokongan dari Ahli - Ahli Yang Berhormat dari DAP. Implikasinya mereka akan mengawal segala permohonan, jadi Orang Melayu akhirnya tidak akan mendapat apa - apa. Pegawai Kerajaan Negeri tidak mampu berbuat apa - apa, kerana mereka hanya mampu menurut perintah. Segala polisi dan arahan untuk Pejabat Perumahan Negeri adalah datang dari kerajaan negeri yang kita sedia maklum dibawah kawalan sepenuhnya Khalifah Cina Melaka iaitu Lim Guan Eng.
Perkara ini memang benar - benar sedang berlaku. Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan masyarakat Melayu dan rakyat Pulau Pinang harus bangkit dan sudah tiba masanya untuk Bangsa Melayu mengukuhkan hak - hak isitmewa Orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hanya Orang Melayu sahaja yang mampu memperjuangkan orang melayu.
kak Dg. Maimumah,
Betul, apa yg di perkatakan oleh akak bahawa hanya org melayu saja yg mampu mempertahankan hak2 org melayu. tapi pada masa kini kita boleh lihat kebodohan si pembangkang yg telah memperkotak katik bangsa sendiri yg boleh kita panggil mereka sebagai pengkhianat bangsa dan agama.
Mana mereka yg ,konon yer bersatu dgn DAP utk perjuangkn rakyat??? di Penang mana suara mereka (PAS) utk membantu kaum sebangsa & seagama mereka yg telah ditindas oleh bangsa lain?
Itu baru satu negeri telah bermacam2 masalah yg telah timbul....bayangkan MALAYSIA ini milik mereka pasti anda semua akan tahu nasib orang MELAYU pasti akan sama dengan nasib orang melayu di SINGAPORE. kesian kan
so dengan ini jom lah kita sama2 bantu BN agar PRU kali ini ttp akan menjadi milik BN dimana org nasib org melayu ttp akan terbela.
Post a Comment