Pages

Tuesday, April 16, 2013

CALON AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN

Senarai calon Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi Wilayah Persekutuan yang telah diumumkan pada 16 April 2013.

1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
6. Rozman Isli (Labuan)
7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)
8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
12. Teoh Chee Hooi (Cheras)
13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)

Wednesday, April 3, 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN DAN PILIHANRAYA UMUM KE 13

Perdana Menteri Malaysia,  YAB Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.
 
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat PM Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.  Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.  Menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
 
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.
 
 
 

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
 
Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
 
Lapan elemen itu termasuk
  1. penggunaan dakwat kekal,
  2. pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera,
  3. membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan
  4. menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan,ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu 6 bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi
1. Permatang Pauh,
2. Kuala Terengganu,
3. Bukit Gantang,
4. Hulu Selangor,
5. Sibu dan
6. Batu Sapi

Manakala pilihan raya kecil DUN ialah di
1. Bukit Selambau,
2. Batang Ai,
3. Manek Urai,
4. Permatang Pasir,
5. Penanti,
6. Bagan Pinang,
7. Galas,
8. Batu Sapi,
9. Tenang,
10. Merlimau dan
11. Kerdau.

Friday, March 15, 2013

ISYARAT AWAL UNTUK BANGSA MELAYU

Isu Politik Pemimpin Melayu. Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan Altantuya. Isu Rasuah Pemimpin - Pemimpin Parti menjadi isu besar dalam perang ceramah, Isu Kalimah Allah dan pencerobohan Lahad Datu, Sabah.....  semua menjadi topik bicara hari ini. Lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah menjadi sandaran, fitnah memfitnah menjadi mainan dan saman menyaman menjadi alasan menghalalkan cara. Bukan itu sahaja semua kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina.



Apakah ini bukan tanda-tanda awal kemusnahan Bangsa Melayu itu sendiri? Bukan kah ini menunjukkan kedudukan Melayu itu, dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu. Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa satu perkara. Asasnya kita Bangsa Melayu, asas dan akar kita Bangsa Melayu yang beragama Islam dan perjuangan kita untuk memperjuangkan Agama Islam dan  Bangsa Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita iaitu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Najib atau Anwar Ibrahim, kenapa harus Ustaz Hadi,  kenapa harus UMNO atau PKR dan PAS.


Keadaan semakin meruncing. Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling rendah.


Masa sudah tiba bahawa Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri.

Kita mulakan semula. Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu lain, golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu, Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.

Masa sudah tiba untuk Melayu itu sedar bahawa krisis kita merugikan bangsa kita. Ini perlu untuk kita sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita. Kita perlu hari ini melakukan pengorbanan semula, Demi Melayu. Kita perlu mendesak agar mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu.

Masanya sudah tiba untuk Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan Melayu. Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini, mulakan menjadi Melayu yang akan menentukan nasib bangsa kita. Seruan semua dari apa lapangan untuk bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah Melayu diselesaikan dengan segera. Kita haru memulakan langkah agar apabila kita bangun keesokan hari Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi hamba akibat persengketaan kita.

Tuesday, February 26, 2013

RAMALAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 13?

Berdasarkan sumber maklumat daripada beberapa kajian pemerhati politik di Malaysia dan pemerhatian secara tidak langsung.  Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras melihatkan iklim politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini mengunjurkan jangkaan seperti berikut :- 
 
Pakatan Rakyat akan terus kekal di Pulau Pinang.

Kerajaan PAS akan terus memerintah di Negeri Kelantan
 
Manakala di Negeri Terengganu , Johor , Melaka , Sarawak dan Pahang, Barisan Nasional dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk memerintah dikelima - lima buah Negeri tersebut.
Pencapaian status quo parti politik sepertimana Pilihanraya Umum 2008 itu, sebahagian besarnya dijangka akan kekal status quonya dengan sedikit perubahan di sana-sini.
 
 
Apapun pengundi-pengundi Cina dilihat menunjukkan satu perubahan yang ketara sejak Pilihanraya Umum ke 13 termasuklah di Negeri Johor di mana ada beberapa "kerusi panas" yang sedang hangat di bincang di peringkat tertinggi pemimpin politik tanahair baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. 
 
6 kerusi parlimen di Negeri Johor sangat menarik untuk diperhatikan dan dikategorikan sebagai kawasan HITAM hasil kajian terkini di Negeri Johor adalah di Kulai, Kluang, Bakri, Gelang Patah, Segamat, Pulai.

Manakala 8 kerusi Parlimen , masing - masing di Negeri Sabah dan Sarawak juga bakal menarik perhatian untuk di nilaikan oleh pengundi - pengundi.

Manakala di Negeri Selangor dan Kedah, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan masih lagi kekal status quonya. Namun begitu di Negeri Kedah akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan kehilangan beberapa lagi kerusi Parlimen  kepada Barisan Nasional. Ini kerana dasar kepimpinan di Kedah tidak selari dengan masyarakat di Kedah kerana populasi di antara kaum yang agak ‘homogeneous’ berlainan dengan di Negeri Kelantan.
 

Negeri Perak adalah antara "Negeri Panas" yang dijangkakan bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Ada Pemerhati Politik mengatakan Barisan Nasional akan mentadbir terus Negeri Perak berdasarkan maklumat yang menyatakan UMNO akan bertanding di 36 kawasan ADUN.
 
Dewan parlimen akan mencapai tempoh matang dan terbubar secara otomotis menjelang 28 April 2013.  Mengikut peruntukan perundangan dan perlembagaan negara, pilihanraya hendaklah dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tidak kira pembubaran itu adalah awal mahu pun mengikut tempoh matangnya.
Jika Negeri Selangor membubarkan dewan undangannya terlebih dahulu, tiada peruntukan undang-undang yang MEWAJIBKAN pilihanraya dijalankan berasingan. Tempoh matang bagi Dewan Undangan Negeri Selangor adalah 22 April 2013. 

Lain-lain negeri turut akan terbubar secara otomatis mengikut tempoh masa seperti berikut :-  Johor (21 Mac) , Negeri Sembilan (26 Mac), Pahang (7 April), Perak (24 April) , Melaka (26 April) , Perlis dan Kelantan (28 April) , Sabah (29 April) , Penang dan Kedah (2 Mei) dan Terengganu (5 Mei) 
 
Walau apa pun, keputusan Pilihanraya Umum ke 13 nanti adalah terletak di tangan anda semua sebagai pengundi yang sah di hari mengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Apa pandangan balas anda sebagai pengundi pula?
 
Bagaimana anda melihat iklim politik di kawasan Parlimen anda sekarang?

Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Thursday, February 7, 2013

PERANG POLITIK - MENJELANG PRU KE 13

Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU) semakin hampir. Serangan serta pendedahan isu sudah dan akan masuk ke pusingan terakhir. BARISAN NASIONAL (BN) dikatakan akan berhadapan dengan PRU 13 paling getir pernah dilalui. Ini adalah andaian dan pendapat kepimpinan politik yang ada termasuk kepimpinan tertinggi UMNO sekali. Misi untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kedua-dua belah pihak berlaku dan semakin sengit. Namun apa yang Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras lihat ialah serangan pembangkang terus konsisten dan satu persatu isu dikeluarkan sedangkan BN masih tersangkut-sangkut dengan isu yang sama.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mendapat maklumat beberapa isu baru sedang dimasak oleh pembangkang dan ia pasti akan diletupkan pada saat yang tepat dan masa yang sesuai. Dalam pada itu adakah BN masih lagi tersangkut, menoleh dan mencari apa lagi yang boleh  dilakukan untuk meyakinkan rakyat bahawa BN dan UMNO adalah pilihan untuk kestabilan negara. Ini perlu dibuat sekarang di samping mula bertindak untuk menyerang pembangkang sebagaimana mereka menyerang kepimpinan BN dan UMNO dalam isu yang lebih cerdik dan lebih memberi persepsi menyeluruh.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin bertanya mengenai mereka yang menyeberang masuk ke UMNO dari PKR. Mereka dilihat suatu masa dahulu hebat dalam PKR, namun apa jadi dengan mereka semua? Apakah mereka berjaya dalam misi mereka? Kita lihat Ezam Mohd Noor dan gerombolan mereka, adakah mereka telah berjaya memecahkan benteng PKR ? Adakah mereka berjaya membawa orang untuk mengalih pandangan dari melihat ke Pakatan Rakyat kepada BN dan UMNO? Adakah mereka berjaya dalam menahan perkembangan Pakatan Rakyat dalam membentuk persepsi bahawa mereka sudah sedia untuk memerintah negara?

Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Apa yang jelas nampak ialah mereka setakat ini hanya fokus untuk menyerang keperibadian Datuk Seri Anwar Ibrahim, lantas terus mempopularkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjadi lebih besar dari sepatutnya. Langkah untuk mereka melakukan strategi menyerang keperibadian Anwar itu terus menerus diasosiasikan dengan UMNO lantas UMNO sendiri menerima bahana kesan dari kegagalan mereka.

BN dan UMNO masih lagi dalam persekitaran elitis. Itu mungkin satu kenyataan yang keras tetapi mereka tidak lagi berjaya membawa jiwa perjuangan dalam kancah perang politik yang ada. Mereka masih dalam kenangan kekuatan dan kekuasaan, lantas perang politik mereka masih terkandung dalam ilusi bahawa mereka kuat dan mereka mampu melakukan dengan cara bersahaja sahaja.

Hari ini menjelang pilihanraya, BN masih tercari-cari “punch line” untuk memukul politik pembangkang. BN masih lagi teraba-raba dalam menyalurkan kebaikan BN perlu berusaha lebih untuk menyalurkan bantuan keprihatinan kepada rakyat, melakukan yang terbaik untuk memulangkan kesejahteraan kepada rakyat tetapi masih terkedu dengan sambutan rakyat dengan pembangkang.

Mungkin dalam masa beberapa minggu ini, sesuatu yang lain dapat dilakukan untuk menarik kembali perhatian rakyat kepada BN dan UMNO. Andai kata,  kalau pun BN/UMNO menang dalam PRU 13 ini, keadaan Kerajaan yang memerintah tidak mungkin selesa dan negara akan sentiasa berada dalam pergolakan politik yang merugikan.