Tuesday, June 29, 2010

KEBAKARAN DI KAMPUNG SUNGAI KERAYONG

Pada jam 2. 30 petang semalam , 28hb Jun 2010, di Perkampungan Setinggan Sungai Kerayong,Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur, satu kebakaran telah berlaku dengan pantas yang dipercayai berpunca dari litar pintas dari salah sebuah rumah setinggan di situ. Api kemudian telah merebak dan membakar 10 buah unit rumah. Kira-kira 60 buah rumah, yang dibina rapat-rapat, telah berjaya diselamatkan anggota bomba.


Untuk makluman semua Ahli UMNO , Puteri UMNO , Wanita UMNO dan Pemuda UMNO Bahagian Cheras, satu majlis penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Sungai Kerayong akan di adakan pada hari ini , 29hb Jun 2010 di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Kerayong pada jam 1.30 petang. Sumbangan akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.


PERTANDINGAN BOLAJARING PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2010

Biro Sukan Pergerakan Puteri UMNO telah menganjurkan Pertandingan Bolajaring bersempena dengan bulan Karnival Sukan Juara Rakyat . Pertandingan Bolajaring tersebut telah di adakan di Pusat Rekreasi Cheras pada 26hb Jun 2010. Sebanyak 12 pasukan yang telah mendaftar untuk bertanding di mana pasukan yang menyertai terdiri daripada ahli - ahli Cawangan Puteri UMNO Bahagian Cheras , Persatuan Belia 4B Cheras , Pelajar - Pelajar IPT dan rakan - rakan Komponen Barisan Nasional.

Aturcara bermula sejak awal pagi, di mana semua peserta Pertandingan Bolajaring dan penduduk setempat telah memanaskan badan dengan acara Senamrobik Gaya Hidup Sihat. Pelbagai aktiviti lain turut di aturkan sempena Karnival Sukan Juara Rakyat, termasuk acara mewarna bagi kanak - kanak dan pemeriksaan kesihatan bagi penduduk setempat.

Pertandingan Bola Jaring Puteri UMNO Bahagian Cheras telah di juarai oleh Puteri UMNO Cawangan Jalan Peel, di ikuti Puteri MIC sebagai Naib juara dan tempat ketiga telah di menangi oleh Persatuan Belia NC 7.

Sepanjang bulan Jun iaitu bulan Karnival Sukan Juara Rakyat, pelbagai acara - acara sukan Rakyat seperti pertandingan Sepak raga Bulatan, Dam Aji ,Batu Semban dan catur telah di anjurkan bersama oleh Biro Sukan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras. Acara kemuncak dan penyampaian hadiah telah di adakan di Pusat Rekreasi Taman Pudu Ulu pada 27hb Jun 2010 bersamaan hari Ahad yang lepas. Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Cheras iaitu Datuk Haji Md Nasir Ghani telah menyempurnakan acara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang - pemenang acara Sukan Karnival Juara Rakyat. Turut hadir pada acara kemuncak tersebut adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Tuan Syed Mehdar Syed Abdullah dan Pengerusi Penganjur Karnival Sukan Juara Rakyat, Saudara Tun Mustafa Hamizudin.

Kepada pasukan - pasukan yang telah berjaya, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan ucapan syabas dan sekalung tahniah. Semoga semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang diterapkan sepanjang pertandingan akan berterusan dan berkekalan.

Thursday, June 24, 2010

PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2010

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras 2010, pada 19 Jun 2010. Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Perasmian serentak Persidangan Perwakilan Puteri , Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras telah dirasmikan oleh YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM , Ketua Menteri Melaka.

Pada ucapan perasmian Persidangan Serentak Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan Pas dan terbaru DAP meletakkan syarat atau aku janji untuk setiap ahlinya menunjukkan kedua-dua parti itu hanya berselindung di sebalik prinsip demokrasi di negara ini. Tindakan sedemikian dilihat sebagai satu penindasan kerana kedua-dua parti itu tidak memberi kebebasan kepada ahlinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Pemuda UMNO , Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina binti Sharif.

Beliau mengulas tindakan DAP yang mahu menguatkuasakan perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu. Selain DAP, Pas juga telah meletakkan syarat di mana wakil rakyatnya perlu mengikrarkan baiah atau sumpah taat setia yang mana sekiranya keluar parti akan jatuh talak tiga terhadap isteri mereka.

Dato Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan DAP menguatkuasakan syarat ganti rugi RM5 juta itu menunjukkan parti tersebut merupakan sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

"Syarat ini amat menghairankan saya kerana setiap individu telah diberi kebebasan untuk memilih mana-mana parti yang ingin mereka sertai. Jadi, mereka bebas untuk masuk atau keluar," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh keluar DAP membuktikan parti itu merupakan sebuah parti yang autokratik.

"DAP jelas tidak memberi peluang kepada wakil rakyatnya untuk bersuara dan menyatakan kebenaran. Sehubungan itu, ramai ahlinya bertindak keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

Friday, June 18, 2010

PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2010

Makluman!!!

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras 2010 yang akan dilangsungkan pada 19 Jun 2010. Keterangan lanjut adalah seperti dibawah:-

Tarikh : 19 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Hussien Onn, PWTC

Perasmian serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan dirasmikan oleh:-
YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Ketua Menteri Melaka

Kepada semua ketua-ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan, sila pastikan kehadiran perwakilan yang akan datang pada hari tersebut dan juga kepada ahli-ahli Puteri cawangan juga digalakkan untuk menghadirkan diri.


Pakaian
Perwakilan : Baju Seragan Puteri (Baru)
Pemerhati : Baju Seragam Puteri tahun lepas

*Ahli Puteri UMNO yang tidak ada baju seragam Puteri UMNO, sila pakai baju kurung/kebaya yang berwarna pink.

SELAMAT BERSIDANG.

Friday, June 11, 2010

PROVOKASI PEMBANGKANG DI PARLIMEN


Setiap kali sidang parlimen, wakil-wakil rakyat pembangkang dan penyokong-penyokong mereka tidak habis-habis merancang dan melakukan provokasi melampau sehingga sanggup mencemar imej dewan yang mulia itu.
Sekali lagi di Parlimen kekecohan dicetuskan apabila mereka mengadakan “ceramah umum”, satu-satunya perbuatan biadap, tidak beretika yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen.

Bagaimanapun, mereka berjaya memperdayakan urusetia parlimen dengan berselindung kononnya mahu berbincang mengenai isu meritokrasi dan pemberian biasiswa kepada bukan Melayu.Buat pertama kalinya, bilik rehat VIP Dewan Negara bertukar menjadi tempat ceramah politik pembangkang. Tuduhan, makian dan fitnah dilempar kepada kerajaan dengan disaksikan beberapa penyokong impot!. YB-YB pembangkang dan penyokong mereka menyalahgunakan kebenaran yang diberi oleh urusetia parlimen. Mereka tanpa rasa malu dan bersalah menukar ruang rehat sebagai tempat “berpesta’ dengan sesuka hati melanggar peraturan- ibarat kempen pilihan raya lagaknya!

Benar, mereka mendapat kebenaran urusetia parlimen tetapi ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu mengadakan perbincangan secara tertib dan bertamadun, bukan melempiaskan kemarahan nafsu serakah kepada kerajaan BN. Pihak urusetia parlimen sepatutnya lebih tegas. Jika jelas melanggar syarat-syarat, tindakan segera perlu diambil. Jangan jadi macam boneka!

Tindakan itu sebenarnya memang sudah dirancang. Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran membawa masuk kira-kira 50 orang ahli dikatakan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke bangunan Parlimen jam 12 tengahari. Pihak pengurusan Parlimen membenarkan Wakil Rakyat itu menggunakan bilik rehat tersebut kerana menyangka jemputan wakil rakyat terbabit adalah bagi tujuan perbincangan isu meritokrasi dan biasiswa membabitkan kaum India.

Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi gelanggang melepaskan kemarahan. Pakar provokasi ahli Parlimen Pas Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin yang berucap dalam majlis itu menghentam kerajaan serta BN. Seperti biasa, Nizar yang sepatutnya sudah lama ditangkap dan disumbat dalam ISA kerana sudah banyak kali menghasut, memfitnah dan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang bukan Melayu terus meniupkan perasaan benci ahli-ahli NGO yang hadir kepada kerajaan.Kebetulan, beberapa Ahli Parlimen dari Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berada di ruang tetamu luar bilik rehat itu sedang berbincang, terdengar Nizar Jamaluddin itu mengecam kerajaan.

Antara Ahli Parlimen yang berada di situ YB Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), YB Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), YB Datuk Ismail Kassim (BN-Arau), YB Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) serta Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

YB Datuk Idris berkata beliau mendengar dengan jelas pemimpin pembangkang itu mengecam kerajaan. “Nizar kata kerajaan tidak boleh dibenarkan terus memerintah kerana menzalimi rakyat. Dia turut mengecam UMNO. Nizar sebut perkataan celaka dan menyumpah seranah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya.

Sudah tentu sesiapa sahaja yang mendengar perkataan Nizar akan merasa panas telinga, apatah lagi ia dilemparkan dalam ruang rehat VIP Dewan Negara. Memang tepat sekali tindakan YB Datuk Idris masuk ke bilik rehat tersebut untuk menegur kenyataan Nizar dan YB Datuk Bung Mokhtar pula masuk ke Dewan yang masih bersidang untuk mencelah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat. Tapi apa hak Nizar dan Kulasegaran dan beberapa “samseng” upahaan menghalau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu keluar dari bilik tersebut dengan alasan perjumpaan itu tertutup dan pemimpin UMNO tidak diundang.“Tidak ada keizinan diberi untuk mengadakan ceramah politik. Jangan cuba kelirukan rakyat,” kata Idris kepada UMNO-online. Sepatutnya, pihak kawalan keselamatan Parlimen serta anggota polis bertindak pantas menamatkan majlis itu apabila mendapati kebenaran untuk perbincangan bertukar menjadi medan ceramah politik. Kata Idris, beliau bukan menganggu perjumpaan itu seperti didakwa oleh pemimpin pembangkang tetapi mahu menegur tindakan mengadakan ceramah politik di tempat yang tidak dibenarkan.

“Saya mahu mempertahankan kemuliaan dewan ini (Parlimen). Saya juga nak ingatkan pihak terbabit jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” katanya. “Kalau hendak mengadakan ceramah politik ada pentas dan gelanggangnya. Saya tidak ganggu. Ini di dewan yang mulia, melanggar peraturan. Jangan ingat boleh buat sesuka hati,” katanya. Katanya, ada perkataan berunsur rasis disebut dalam perjumpaan dan ketika kekecohan tersebut.

“Saya sudah mengemukakan usul kepada Speaker untuk menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat siapa punca kejadian tersebut dan mahu mereka yang terbabit dikenakan tindakan sama seperti insiden beberapa Pemuda UMNO yang didenda kerana dikatakan cuba menghalang wakil rakyat pembangkang,” katanya.
Antara pemimpin pembangkang yang berada dalam perjumpaan itu adalah Lim Kit Siang serta Gobind Singh Deo. Bekas Pengerusi BNBBC yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Seri Shahrir Samad turut kecewa melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang berbuat sesuka hati berceramah di dalam premis bangunan Parlimen.Beliau yang juga bekas menteri dan sudah lama menjadi Ahli Parlimen berkata pada masa lampau hal-hal ‘ luar biasa’ seperti ini tidak pernah berlaku.

“Jangankan di kawasan rehat Dewan Negara malah di kawasan letak kereta Parlimen sesiapapun tidak boleh berceramah baik dari pembangkang ataupun Barisan Nasional. Dalam pagar lawasan Parlimen ada peraturan dan mesti dihormati.”

“Ruang berceramah bagi Ahli Parlimen dalam kawasan ini ialah di dalam sidang Dewan Rakyat,” ujarnya.

Sumber UMNO Online

Tuesday, June 8, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT ANJURAN PUTERI UMNO


Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Dato' Haji Idris Shaari bin Mat Aris serta Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru yang telah sudi bekerjasama dalam menganjurkan Majlis solat hajat dan Doa Selamat khusus untuk Sukarelawan dan Umat Islam di Palestin.

Turut hadir pada majlis solat hajat tersebut adalah His Excellency Abdel Aziz Abu Ghoush,Duta Besar Palestin di kuala Lumpur


Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin menyeru ahli-ahlinya serta seluruh umat Islam agar sentiasa mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis. Solat hajat menunjukkan lambang keperihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin.

Friday, June 4, 2010

JEMPUTAN MAJLIS SOLAT HAJAT



Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Utusan Malaysia akan mengadakan Majlis Solat Hajat Bantuan Kemanusiaan ke Gaza dan turut mendoakan keselamatan dan kejayaan pada sukarelawan bagi menyelamatkan umat Islam dan Rakyat Palestin pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh / Hari : 07hb Jun 2010 / Isnin

Lokasi : Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur

Masa : 6.45 petang - 10.00 malam

Tetamu kehormat :
His Excellency Abdel Aziz Abu Ghoush
Duta Besar Palestine

Yang Berhormat Datuk Rosnah bt. Hj Abdul Rashid Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Merangkap Timbalan Menteri Kesihatan

Sehubungan dengan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menyeru ahli - ahli Puteri UMNO di Bahagian Cheras dan Wilayah Persekutuan dapat hadir ke Majlis Solat Hajat tersebut di samping memanjangkan jemputan kepada rakan - rakan seperjuangan.

SEMUA ADALAH DIJEMPUT HADIR...

Wednesday, June 2, 2010

SERANGAN GANAS TENTERA ISRAEL KE ATAS KONVOI KEMANUSIAAN UNTUK GAZA


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan tidak ada perkataan yang layak diberikan kepada rejim Zionis Israel selain daripada kejam, zalim, biadab dan tidak berperikemanusiaan. Malah, rejim Zionis itu selayaknya menerima gelaran sebagai negara pengganas kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Apa yang mendukacitakan aktivis pro-Palestin ini tidak bersenjata dan hanya mahu menghantar bantuan kepada penduduk Palestin yang hidup menderita kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.Flotila kebebasan itu yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Iran, Turki, Greece, Sweden, Ireland dan beberapa negara lagi, sebelum ini telah pun menghadapi rintangan setelah Israel mempengarahui negara-negara sekutunya dan ejen-ejen pro-Yahudi untuk menghalang pelayaran kapal-kapal tersebut.

Flotila tersebut yang bergerak dari pelbagai destinasi dijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza. Israel mungkin boleh menyekat pergerakan penduduk Palestin tetapi senjata rejim Zionis Israel tidak akan mampu menyekat kesedaran masyarakat dunia bagi membantu dan membela nasib penduduk Palestin yang terus ditindas.

Konvoi dan flotila keamanan ini tidak perlu sama sekali sekiranya Israel tidak menindas penduduk Palestin, melakukan keganasan, menafikan hak mereka dan melakukan serangan. Amaran Israel akan mengambil tindakan ke atas flotila ini kerana menceroboh perairan Gaza adalah mengarut semata-mata kerana konvoi ini hanya untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.
Israel perlu dikutuk! PBB perlu digesa untuk bersidang bagi mengutuk dan menyekat tindakan biadap, tidak berperikemanusiaan dan kurang ajar zionis ini!

PARLIMEN MALAYSIA yang bakal bersidang pada 7 hb Jun ini PERLU MEMBAWA USUL MENGUTUK dan MENDESAK PBB MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS ISRAEL!

Seluruh Ummah perlu terus memboikot barangan YAHUDI ini! Kempen Boikot Zionis adalah WAJIB! Heret Israel ke MAHKAMAH DUNIA!

OIC perlu mengeluarkan satu suara sepakat dan bersama mengutuk Israel! Kewujudan Tentera negara-negara Islam perlu difikirkan dengan mendalam dan direalisasikan!!!

Israel Adalah Musuh Islam!!!
Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat dan berdoa agar terpelihara keselamatan rombongan misi keamanan ke Palestin yang sedang diambang merbahaya diancam oleh Israel. Tindakan Israel tersebut merupakan tindakan pengganas yang sewajarnya segera disekat oleh kuasa dunia.