Tuesday, July 26, 2011

SIRI "ROAD TOUR" KEAHLIAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Bertempat di PPR Pudu Hulu, Jalan Cheras pada hari Ahad bersamaan 24 Julai 2011, Biro Keahlian dan Biro Sukarelawan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menganjurkan program siri "Road Tour" Penambahan Keahlian Puteri UMNO bagi siri Minggu ke 4.

Program tersebut mendapat kerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Pudu Hulu, adalah program turun padang ke Perumahan Rakyat di sekitar Parlimen Cheras di samping menjalinkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat dan ahli - ahli UMNO khususnya.


Pelbagai aktiviti telah di laksanakan bersama - sama Jawatankuasa Komuniti penduduk PPR Pudu Hulu, Jalan Cheras serta mendapat kerjasama agensi Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Cheras Baru, wakil Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan sokongan dari Ahli-Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dengan di mulakan aktiviti Senamrobik bersama penduduk - penduduk PPR Pudu Hulu. Aktiviti mewarna lukisan, Sukaneka Kanak - Kanak dan program mengunting rambut secara percuma telah di lakukan khusus untuk anak - anak dan penduduk setempat diPPR Pudu Hulu.


Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter pendaftaran Pemilih dan kaunter pendaftaran ahli baru Puteri UMNO telah di buka untu
k kemudahan penduduk di sekitar PPR Pudu Hulu, Jalan Cheras. Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif turut meluangkan masa untuk bersama - sama dengan penduduk PPR Pudu Hulu dalam menjayakan program kemasyarakatan bersama Persatuan Penduduk PPR di Parlimen Cheras.

Program "Road Tour" ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk PPR Pudu Hulu yang berbilang bangsa dan program ini akan di teruskan ke lokasi PPR di sekitar Parlimen Cheras dalam usaha Puteri UMNO Bahagian Cheras bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Wednesday, July 6, 2011

PEMIMPIN - PEMIMPIN MELAYU PERLU MUAFAKAT PERTAHANKAN HAK MELAYU



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin memberi saranan kepada semua Pemimpin - Pemimpin Melayu, tidak kira apa parti sekali pun, perlu bersatu untuk mempertahankan hak Bangsa Melayu.

Adakah saranan ini dangkal? Adakah sebenarnya ini perlu dilakukan demi bangsa kita? Ketuanan Melayu adalah hak yang perlu dipertahankan. Menolak garis penghalang seperti politik adalah penting untuk kita Bangsa Melayu. Kestabilan sosiopolitik negara ini juga pasti terjamin sekiranya hak kita terpelihara dan hak kaum-kaum lain tidak di diskriminasi. Apa pendapat anda?


Sesungguhnya Pemimpin-pemimpin dari Parti UMNO dan PAS digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini. Permuafakatan kedua - dua parti yang mempunyai ahli yang terdiri dari yang beragama islam perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan mengenai agama islam tidak dipolitikkan.

Tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan Bangsa Melayu di negara ini ialah membabitkan Agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan. Sudah tiba masanya pemimpin Melayu yang beragama Islam daripada kedua - dua parti politik berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

Jika terdapat pihak atau anasir - anasir yang cuba mengganggu tiga perkara tersebut, pemimpin-pemimpin kedua - dua parti harus mempertahankan ketiga-tiga perkara itu sebagai hak bangsa Melayu dengan mengetepikan perbezaan parti politik.


Sebagai contoh, jika bangsa Cina mengetepikan soal perbezaan parti politik dalam menangani dan memperjuangkan isu sekolah Cina maka sepatutnya orang Melayu juga bersikap dan bertindak demikian. Dalam perkara ini , Bangsa Melayu tidak boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, kerana sekiranya itu terjadi, maka perubahan akan berjalan dengan lebih perlahan.



Pada waktu ini adalah lebih tepat untuk merawat hati-hati yang sudah luka dan melihat Bangsa Melayu membuat perubahan dan menjadi satu Parti Melayu yang tetap disanjung dari dahulu sehingga sekarang. Sepatutnya Pemimpin - pemimpin Bangsa Melayu sekarang harus keluar daripada permainan tuduh-menuduh sebaliknya turun ke padang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Ketuanan Melayu.

Parti pembangkang semakin memperbaiki kedudukan mereka kerana kelemahan Parti Bangsa Melayu yang mempunyai masalah dalaman yang didedahkan kepada pengetahuan orang luar. Pembangkang sedang belajar daripada kelemahan dan masalah dalaman Parti Bangsa Melayu untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Sekiranya Pemimpin - Pemimpin Melayu masih belum sedar, maka bersiap sedialah menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 dengan segala kemungkinan.

Persoalannya, adakah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" atau generasi muda akan datang akan menyatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia?"

Monday, July 4, 2011

RAKYAT MALAYSIA HARUS AKUR TITAH YANG DI PERTUAN AGONG

Langkah yang di buat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membatalkan Himpunan Patriot adalah merupakan langkah yang bijak. Langkah tersebut dibuat kerana menghormati dan menjunjung titah Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tuanku Mizan dalam titah khasnya antara lain mengingatkan, "Dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, kita hendaklah pastikan juga tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara".

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyeru kepada semua ahli - ahli UMNO
di seluruh negara, mengambil inisiatif mengadakan kempen "Sayangi UMNO Cintai ISLAM" - SUCI dalam memastikan rakyat terus mendokong UMNO sebagai Parti yang memelihara hak bangsa Melayu dan memartabatkan Islam.

Sesungguhnya kempen BERSIH yang di jaja oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar bertujuan meningkatkan populariti Pakatan Rakyat yang kian merudum dan tidak mendapat sokongan rakyat Malaysia.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras percaya kempen "Sayangi UMNO Cintai ISLAM" - SUCI akan menenggelamkan Kempen BERSIH yang melibatkan dikalangan ahli Parti DAP, PAS dan PKR.




TITAH KHAS YANG DI PERTUAN AGONG MENGENAI PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI

Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


Sumber Berita : UMNO Online.

NOTA KAKI : Sesungguhnya Perhimpunan Haram BERSIH hanyalah untuk Pemimpin - Pemimpin Parti pembangkang yang telah hilang populariti dan cuba meraih sokongan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan. Rakyat Malaysia telah jelas menolak Perhimpunan Haram tersebut.

Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil pendekatan Sayangi UMNO Cintai Islam (SUCI).


KONVENSYEN BARISAN NASIONAL LULUS USUL

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung BN,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Raja Nong Chik,
Datuk Wira Syed Ali Al Habshee (kanan sekali)
dan pemimpin lain melaungkan slogan ‘Hidup BN’
pada Konvensyen BN Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 3 Julai – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan hari ini meluluskan usul tergempar untuk menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram Bersih di ibu negara, Sabtu ini.

Usul yang dibacakan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendapat sokongan padu 1,180 perwakilan yang hadir pada konvensyen tersebut.

Antara lain, usul berkenaan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan langkah-langkah pencegahan di samping mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terbabit dalam perhimpunan itu.

Ia bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara dan rakyat yang cintakan keamanan serta ketenteraman terjamin.

Usul tergempar yang dibacakan Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan ketika sesi penggulungan konvensyen tersebut ialah:

  • Menyedari bahawa perhimpunan haram atas nama Bersih yang dijangka diadakan pada 9 Julai nanti boleh mendatangkan ancaman kepada negara, kemusnahan harta benda, keretakan perpaduan kaum, menjejaskan ketenteraman awam dan boleh memberikan imej yang tidak baik terhadap negara kita.
  • Menyesali perhimpunan haram Bersih yang dirancang ini boleh menimbulkan implikasi buruk kepada keseluruhan struktur negara. Lalu konvensyen percaya Bersih mempunyai niat kotor untuk mengheret rakyat terjebak dengan agenda jahat mereka, menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi demokrasi pilihan raya.
  • Menginsafi bahawa majoriti rakyat negara ini lebih mencintai keamanan dan kemakmuran dan menolak tindakan mereka menerusi demokrasi jalanan yang berbaur provokasi. Malah kita melihat tindakan jahat mereka penuh dengan agenda tersirat iaitu hendak mengalihkan isu yang sedang menghimpit salah seorang pemimpin pembangkang.

“Maka Konvensyen BN Wilayah Persekutuan yang diadakan pada hari ini, 3 Julai 2011 menolak sekeras-kerasnya pertubuhan haram Bersih untuk jalankan perhimpunan haram dan meminta pihak polis menjalankan langkah-langkah pencegahan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terbabit untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara kita,’’ kata Muhyiddin ketika membacakan usul tersebut.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannya, Muhyiddin mencadangkan agar BN Wilayah Persekutuan menubuhkan pasukan khas yang bertindak dalam membincangkan isu-isu berkaitan warga wilayah berkenaan.

Katanya, ia perlu ditubuhkan segera terutama dalam menyelesaikan masalah seperti isu berkaitan perumahan dan lesen penjaja.

“Berkaitan isu lesen (penjaja), mengapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susah sangat nak keluarkan lesen? Kalau ada kawasan yang sesuai, berilah lesen.

“Ada banyak kawasan lapang. Kalau Bandaraya (DBKL) tiada kawasan, biar mana-mana syarikat boleh pinjam tanah untuk buka pasar sementara dan tempatkan orang nak meniaga. Justeru, kita akan kenal pasti siapa yang bakal mengetuai pasukan itu tidak lama lagi,’’ jelasnya.


Sumber Berita Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED dan MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

Friday, July 1, 2011

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN RASMIKAN KONVENSYEN BARISAN NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN


TPM RASMI KONVENSYEN BN WILAYAH PERSEKUTUAN


Empat isu menjadi fokus utama pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada hari Ahad, 3 Julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432.


Empat isu tersebut ialah mengenai sena
rio politik semasa, perumahan, penjaja dan peniaga-peniaga kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Menurut Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, seramai 1,300 orang peserta mewakili parti-parti komponen akan menghadiri konvensyen tersebut yang bakal diadakan di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Katanya, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perhubungan BN / UMNO Wilayah Persekutuan dijangka menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan konvensyen tersebut kira-kira pada pukul 9.00 pagi.

Katanya, sebanyak lapan kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil-wakil komponen BN dan rumusannya akan dijadikan satu Resolusi BN Wilayah Persekutuan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku pengerusi BN Pusat.

PEJABAT UMNO BAHAGIAN CHERAS DI SIMBAH CAT "KUNING" DAN DI BALING EMPAT EKOR AYAM SEMBELIH















KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS, DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE AMAT KESAL DENGAN KEJADIAN MENYIMBAH CAT ‘KUNING’ KE BANGUNAN PEJABAT UMNO DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS, TERMASUK MEMBALING EMPAT EKOR AYAM YANG TELAH DISEMBELIH.
KEJADIAN TERSEBUT DISEDARI OLEH KAKITANGAN PEJABAT INI PADA PUKUL 8.00 PAGI.

BELIAU JUGA MEMAKLUMKAN BAHAWA DIFAHAMKAN KEJADIAN YANG SAMA JUGA TURUT BERLAKU DI PEJABAT UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK.INI KEJADIAN SERIUS DAN BELIAU MINTA PIHAK POLIS SEG
ERA MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP MEREKA YANG TERBABIT.


SYED ALI BERPENDAPAT,. PERBUATAN JAHAT INI ADALAH UNSUR PROVOKOSI MENJELANG PERHIMPUNAN HARAM BERSIH.2.0 PADA 9 JULAI INI.
BELIAU MELIHAT TUJUAN MEMBALING AYAM DAN MENYIMBAH CAT INI ADALAH BAGI MEMBANGKITKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU DAN SETERUSNYA AKAN BERLAKU PERTELINGKAHAN ANTARA KAUM TERUTAMA DI IBU KOTA KUALA LUMPUR.

BAGAIMANAPUN, SYED ALI MEMINTA AHLI - AHLI UMNO BAHAGIAN CHE
RAS SUPAYA TIDAK MELATAH KERANA SEDAR PERBUATAN JAHAT INI BERTUJUAN UNTUK MEROSAKKAN PERPADUAN KAUM DAN MENJEJASKAN KEAMANAN NEGARA.

BELIAU JUGA TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN PERBUATAN KHIANAT INI DIRANCANG PIHAK TERTENTU UNTUK MENCETUSKAN RASA SYAK WASANGKA DI ANTARA KAUM DAN AKHIRNYA AKAN BERLAKU PERGADUHAN.

SEHUBUNGAN ITU, DALAM KEJADIAN MENYIMBAH CAT DAN MEMBALING EMPAT EKOR AYAM DI BANGUNAN PEJABAT UMNO BAHAGIAN CHERAS PAGI INI, SEKALI LAGI SYED ALI MENDESAK POLIS SEGERA MENJALANKAN SIASATAN.