Tuesday, December 31, 2013

PERUTUSAN TAHUN BARU 2014 DARIPADA KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

                                                              

Assalamualakum wbt. ALHAMDULILLAH. Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Pencipta dan Maha Mengetahui segala-galanya.Saya bagi pihak Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan, menjelang ketibaan tahun baru 2014, untuk mengucapkan Salam Perjuangan kepada seluruh warga sayap parti. semoga tahun baru ini memberi lebih semangat dan iltizam untuk memperkasakan perjuangan parti

Sepanjang tahun 2013, sudah tentu banyak menyimpan pelbagai kenangan manis dan pahit dalam kita memperjuangkan inspirasi parti untuk kepentingan rakyat terutama bagi golongan remaja disekitar Cheras, pengalaman tersebut boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana keupayaan dan keberkesanan kita meyakinkan akar umbi bahawa umno itu merupakan parti yang sentiasa relevan dengan orang melayu.

Sehubungan itu, Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menjadikan 2014 sebagai tahun yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan pendekatan bagi memastikan penglibatan golongan remaja zaman UMNO dapat dipertingkatkan seperti mana yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan UMNO Bahagian Cheras.

Saya Juga berharap  kepada Ahli Jawatankuasa Puteri dan Seluruh ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras akan terus aktif memainkan peranan serta menjadi jurubicara, golongan sasaran supaya segala rintihan dan saranan diperingkat bawah dapat disalurkan pada pucuk pimpinan parti.Langkah itu penting bagi memastikan teraju kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa aktif dan berjuang untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepimpinan UMNO Bahagian Cheras 4 peringkat yang diketuai Y.Bhg. Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga Puteri UMNO Bahagian Cheras, yang selama ini telah memberi sokongan kepada saya.





Tuesday, December 24, 2013

PROGRAM SUKANEKA MUHIBAH HANG TUAH 2013


Program Sukaneka Muhibah

21 Disember 2013, Program Sukaneka Muhibah anjuran Persatuan Penduduk Hang Tuah dengan kerjasama UMNO Cawangan Hang Tuah serta  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dirasmikan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Y.Bhg. Puan Nazatulshima Shamsuddin, bertempat Taman Permainan Blok B, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
                                                                                     
Ucapan Perasmian & Penutup oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Y.Bhg. Puan Nazatul Shima Shamsuddin


Acara Sukaneka ini bermula jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 1.30 pagi, pelbagai hadiah menarik disediakan oleh pihak penganjur serta Ahli Jawatankuasa Sukaneka yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Sukaneka Muhibah ini, antara kategori acara sukaneka yang dipertandingan dalam Program ini adalah seperti berikut :-


                        1.)  Kanak-kanak berumur 6 tahun - 9 tahun,
                        2.)  Kanak-kanak kategori 10 tahun - 15 tahun, 
                        3.)  Acara anak bersama ibu/bapa
                        4.)  Acara Terbuka Lelaki
                        5.)  Acara Suami Isteri
                        6.)  Acara Keluarga
                        7.) Acara Wanita Terbuka
                        8.) Acara Khas
                        9.) Acara VVIP



Ucapan dari Ketua UMNO Cawangan Hang Tuah Saudara En. Saiful Bahrin Bin Othman


Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Y.Bhg. Puan Nazatul Shima bersama barisan Ahli Jawatankuasa Sukaneka yang terlibat



Ketua Puteri  bersama Ahli Jawatankuasa mengambil bahagian dalam acara VVIP
 




Naib Ketua Puteri Bahagian & Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras



Salah seorang peserta menerima hadiah daripada Ketua Puteri Bahagian




Ketua Puteri Bahagian menerima Saguhari daripada Ketua UMNO Cawangan Hang Tuah





LENSA PHOTO SEKITAR PROGRAM SUKANEKA MUHIBAH HANG TUAH 2013





































































MESYUARAT EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN KALI PERTAMA BAGI SESI 2013-2016


Mesyuarat Exco Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Bil /01, bagi sesi 2013-2016 telah diadakan  pada 19 Disember 2013 (Khamis) bertempat Kopasa Maju, Medan Tunku, yang dipengerusikan oleh Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Y.Bhg. Puan Sharifah Aminah Binti Syed  Mohssain.

Pada mesyuarat tersebut Pengerusi (Ketua Puteri Wilayah) memaklumkan dan mengumumkan perlantikan Para Pegawai serta perlantikan Biro-biro secara keseluruhanya menampilkan wajah-wajah baru.

   Senarai  Perlantikan Para Pegawai Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan

              1.  Ketua Puteri 
                   Puan Sharifah Aminah Binti Syed Mohssain  - Bahagian Bandar Tun Razak

              2. Naib Ketua Puteri                                      
                  Noor Aini Binti Mustafar                              - Bahagian Putrajaya

              3. Penolong Setiausaha 
                  Siti Mariam Binti Rosidi                               - Bahagian Seputih

              4. Bendahari                                                  
                 Noraini Binti Zulkafli                                    - Bahagian Setiawangsa

             5. Ketua Penerangan
                Suzanna Binti Shahrom                                  - Bahagian Titiwangsa


Gambar sekitar Mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan


Barisan Exco Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan 


Ikrar Puteri- Upacara mengangkat sumpah









Thursday, December 12, 2013

SEJARAH PUTERI UMNO


Puteri UMNO dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah Azalina Othman , seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman.Peranan Puteri UMNO sangat bermakna kerana dapat menarik ramai golongan remaja untuk menyertai UMNO . Mereka dengan mudah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian. Kerja-kerja perkeranian , sukarela dan pengurusan balai raya serta aktiviti parti berjalan dengan lancar. Kehadiran mereka menghidupkan suasana UMNO.


Sehingga kini kerajaan menerima baik kehadiran pimpinan Puteri UMNO. Azalina Othman telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan. Dua penggal berturut-turut beliau menang tanpa bertanding di parlimen Pengerang,Johor
Pada Mac 2008 , Ketua Puteri UMNO sekarang Noraini Ahmad telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Bantahan Wanita UMNO
Pada peringkat awal, penubuhan Puteri UMNO mendapat bantahan daripada Wanita UMNO kerana akan bertindan peranan. Sebenarnya Puteri UMNO setaraf dengan Pemuda UMNO . Sebagai langkah seimbang, Putera UMNO telah ditubuhkan bagi meremajakan UMNO.
Apabila Datuk Sri Rafidah Aziz dan ramai wanita UMNO tidak dilantik sebagai menteri pada Mac 2008 , keahlian Azalina menjadi tandatanya.
Had Umur
Semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.Ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita. 

Penubuhan puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 10/7/2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16/10/2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana MKT bersetuju secara rasmi menubuhkan PUTERI UMNO sebagai satu gerakan penting dalam parti.

Justeru, pada 9/4/2001 (isnin), Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Pada 3/8/2001 tercatat 1 lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka,PWTC,KL. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk 'melahirkan' seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Cadangan pada awalnya adalah kepada wanita bumiputera yang berusia 18 - 40 tahun, tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 - 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara berstatus bumiputera berusia 18 - 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

Friday, December 6, 2013

NAZATUL SHIMA - KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN KEMANUSIAAN




06 Disember 2013 - Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Nazatul Shima Shamsuddin menyifatkan supaya Ketepikan Fahaman Politik Untuk menghulurkan Bantuan Kemanusiaan

Parti pembangkang sanggup mendoakan negara dilanda malapetaka sebagai balasan kepada kerajaan adalah kejam, dek kerana kenaikan cukai dan harga barangan.

Adakah tindakan itu bertepatan dengan ajaran agama islam yang selalu menekankan ukhuwah diantara kita sesama islam penekanan sifat bantu membantu diantara kita.

Menurut beliau adakah ini sifat yang diterapkan atau syarat untuk menjadi pembangkang?,sedarlah wahai saudara -saudara seagama dan sebangsa untuk bangkit dan berfikiran matang dalam perihal perikemanusian dan berpolitik biarlah dengan cara yang sihat.

Kami mencabar kepada blogger-blogger dari pakatan parti pembangkang untuk menunjukan dan buktikan seperti apa yang dikata.Bila diajak menjadi sukarelawan semua senyap! bagi saya ini adalah tebukti "Pembangkang lebih berminat untuk mencari kepentingan peribadi yang sempit disamping membuat janji kosong dan menabur fitnah," ujarnya Ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC .

                                             


Monday, December 2, 2013

MINI GRADUASI TASKA KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

30 November 2013 (sabtu)
Mini Graduasi Taska Kemas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2013,  dirasmikan oleh Y.Bhg. Pn.  Nazatul Shima Shamsuddin, Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras,  bertempat Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel Kuala Lumpur, seramai 200 orang pelajar dari 5 cawangan Taska Kemas Wilayah Persekutuan  menghadiri Program Mini Graduasi bagi pengambilan sijil kanak-kanak berumur 3 & 4 tahun.

Persembahan kanak-kanak Taska Kemas yang menghiburkan dan mengelikan hati tetamu yang hadir, antara persembahan mereka Fashion Show" Pakaian Tradisional Pelbagai Kaum" tarian Twist, Lagu Tanya Sama Pokok.













Saturday, November 30, 2013

MAJLIS MALAM MESRA JAWATANKUASA 4 PERINGKAT


29 November 2013 (Jumaat ) ,UMNO Bahagian Cheras mengadakan Majlis Malam Mesra Jawatankuasa 4 peringkat, bertempat Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel ,Majlis Malam Mesra perkenalkan barisan Jawatankuasa 4 peringkat UMNO Bahagian Cheras bagi sesi 2013-2016 , 



Sekitar Majlis Malam Mesra Jawatankuasa 4 peringkat