Thursday, February 24, 2011

BANGSA MELAYU USAH TAKUT PERTAHANKAN HAK

Rais Yatim melihat komputer riba yang diterima oleh sebahagian ketua cawangan sambil diperhatikan oleh Syed Ali Alhabshee (kanan) pada majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur,


Orang Melayu perlu berani mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, untuk itu, orang Melayu seharusnya memperkukuhkan perpaduan agar menjadi bangsa yang kuat untuk menangkis sebarang cubaan melemahkan jati diri mereka.

‘‘Sekarang ini, kalau kita lihat, orang Melayu agak ‘segan’ atau tidak berani untuk menyuarakan dan mempertahankan hak sendiri.

‘‘Kita perlu berani pertahankan agama, raja, keadilan sosial, budaya, bahasa dan segala keistimewaan kita.

‘‘Jangan rasa takut. Meski kaum- kaum lain turut diberikan jaminan, tetapi kita ada hak-hak keistimewaan. Ini perlu dijaga dengan baik,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, dekat sini malam ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Mengulas lanjut, Rais memberitahu, apa yang dikecapi orang Melayu ketika ini tidak akan mampu dipertahankan jika mereka sendiri berada di dalam situasi lemah.

‘‘Kalau kita lemah, bagaimana hendak pertahankan hak? Untuk itu, kita di dalam UMNO perlu perkukuhkan juga parti yang menjadi pendokong kepada bangsa,” tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak memburuk-burukkan nama negara termasuk keaslian batik tempatan di luar negara.

‘‘Kalau Anwar hendakkan kuasa sangat, carilah cara lain. Bukannya dengan cara memburuk-burukkan negara. Pergi ke Indonesia, kutuk batik kita dan perlekeh kerajaan.

‘‘Beliau tak ubah seperti ‘cicak’ yang mampu mengubah warna kulitnya mengikut keadaan. Beginikah hendak jadi pemimpin?,” soalnya.

Sumber berita - Utusan Malaysia


NOTA KAKI : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan sudah tiba masanya, Bangsa Melayu harus bersatu dan mengenepikan ideologi kepartian. Sesungguhnya, Tak kan Melayu Hilang Di Dunia.....sekiranya kita bersatu hati dan tiada mempunyai perasaan hasad dengki sesama kita.... Bangsa Melayu...

CALON BARISAN NASIONAL DI PILIHANRAYA KECIL N27 DUN MERLIMAU

Biodata Calon

Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad

Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka


Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967

Taraf perkahwinan : Berkahwin


Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar


Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )


Pendidikan


Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul
Razak ( ITTAR )

Swansea Inst. Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom

Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management )

DBM
Tahun : 1994-1996


Latar belakang Pekerjaan ( Terkini ) :
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS (PMH) Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)

Jawatan terkini : Pengurus Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi


Wednesday, February 23, 2011

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN SERENTAK CAWANGAN - CAWANGAN UMNO BAHAGIAN CHERAS

















Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim akan merasmikan Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 23 Februari 2011 bersamaan hari Rabu. Majlis tersebut akan di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras bermula jam 8 malam.

Selain Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang akan menyampaikan ucapan penting, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim juga difahamkan dalam ucapannya akan mengupas pelbagai isu politik semasa termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka akan turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

NOTA KAKI : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim ke UMNO Bahagian Cheras. Di seru ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras dapat bersama - sama menyambut kehadiran YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada malam ini.

CALON BARISAN NASIONAL N28 DUN KERDAU


BIODATA CALON

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad

Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.


Tarikh Lahir : 18 Januari 1967


Umur : 44 tahun


Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.


Status : Berkahwin


Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad


Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan



Pendidikan


(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh


(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh


(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang


(iv) Universiti Al azhar



Pengalaman Kerjaya


(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)


(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)


(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)


(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)



Pengalaman Politik


(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.


(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang


(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang


(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.


(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh


Saturday, February 19, 2011

PILIHANRAYA KECIL DUN MERLIMAU DAN DUN KERDAU SERENTAK


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan 26 Feb.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR dapat menjimatkan banyak wang dan masa dengan mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil itu secara serentak.

Katanya bagi mengadakan pilihan raya kecil DUN Kerdau yang diadakan berikutan kematian anggota Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung pada 12 Februari lepas, SPR akan memerlukan belanja kira-kira RM915,000.

Bercakap pada persidangan media selepas mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil Kerdau di sini Jumaat malam, beliau berkata kawasan DUN Kerdau mempunyai 8,999 pemilih berdaftar, termasuk 8,984 pemilih biasa dan 15 pemilih pos.

Pilihan Raya Umum pada 2008 menyaksikan Zaharuddin dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Kerusi DUN Merlimau pula kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

SPR sebelum ini sudahpun menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi PRK Merlimau pada tarikh tersebut.

Abdul Aziz berkata selain melantik 242 petugas untuk mengendalikan proses PRK Kerdau, SPR juga akan menggunakan 10 buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 saluran tempat mengundi.

Beliau berkata daftar pemilih bagi pilihan raya itu akan mula dijual pada 22 Februari dan pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman web SPR di www.spr.gov.my dan melalui SMS.

Menurutnya pengundi juga boleh menghubungi ibu pejabat SPR di Putrajaya dengan menelefon 03-8885 6500 dan pejabat pilihan raya negeri Pahang di nombor 09-5165025 untuk membuat semakan.

Sumber Berita - BERNAMA

Friday, February 18, 2011

SIAPA YANG "RACIST"?

Adalah teramat pelik dan tidak munasabah apabila ada puak tertentu di negara ini menuduh orang Umno atau orang Melayu "racist". Mereka tidak faham sejarah atau sengaja mahu menimbulkan kekacauan melalui isu "racist" ?

Bukankah negara ini asalnya di duduki oleh hanya orang Melayu. Sebab itu namanya Semenanjung Tanah Melayu. Orang putih panggil Malaya setelah mereka menjajah Tanah Melayu.
Ketika orang Melayu menuntut kemerdekaan daripada bangsa penjajah British, pihak penjajah telah mensyaratkan supaya rakyat negara China dan India yang diangkutnya ke negara ini sebagai buruh lombong dan estet sebelumnya, diberikan kerakyatan tanpa saringan.

Orang Melayu atau Umno di bawah pimpinan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya terima syarat British itu dengan syarat warga China dan India yang diberi kerakyatan itu taat setia kepada negara, Raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu.


Pada zaman itu, semuanya berjalan lancar dan baik. Kaum Cina dan India hidup aman damai dan bebas mengamalkan agama, budaya serta bahasa mereka. Mereka dalam keadaan aman boleh ‘cari makan’ dan anak-anak mereka boleh belajar di mana sahaja tanpa sekatan.
Masalah mula timbul apabila kaum Cina pimpinan Lee Kuan Yew yang berfahaman sosialis dan mungkin komunis mula mahu merampas negara ini dari segi politik setelah menyedari kaum mereka telah menguasai ekonomi. Akhirnya Lee Kuan Yew berjaya merampas Singapura yang asalnya juga negeri Melayu milik Johor menjadi sebuah negara republik yang berteraskan kekuasaan kaum Cina.

Daripada PAP – parti politik Lee Kuan Yew yang menguasai Singapura, dilahirkan DAP untuk mengembeling tenaga politik kaum Cina di Semenanjung Tanah Melayu sebagai kesinambungan kepada politik Lee Kuan Yew.

Sejak itulah negara ini tidak pernah sunyi daripada isu atau tuduhan bahawa orang Melayu "racist".
Kalau orang Melayu bersikap perkauman ("racist") sudah tentu tidak seorang pun kaum itu berada di negara ini dan boleh hidup aman dan meraih kekayaan sebebas-bebasnya.

Malang bagi orang Melayu, kerana seorang dua pemimpin yang gilakan kuasa dan gilakan Putrajaya, maka ramai juga orang Melayu sendiri terikut-ikut dibuai isu perkauman tajaan DAP dan sanggup memecah-belahkan perpaduan dan penyatuan Bangsa Melayu itu sendiri.
Kalau di zaman Rasulullah, mereka ini dianggap menderhaka dan hukumannya adalah pancung kepala....
Tak tahulah di mana silapnya hinggakan mereka begitu berani dan lantang menuduh orang Melayu atau Umno "racist", sedangkan di masa sama mereka bebas menguasai politik kaum mereka melalui DAP dan meraih kekayaan waima dengan pelbagai kegiatan yang diharamkan oleh undang-undang negara.

Apakah kerana orang Melayu kini lemah atau kerana sikap pemimpin Melayu yang terlalu bertolak ansur hinggakan umat Melayu sendiri beransur-ansur ketepi dan terpinggir?


Wallahualam....

NOTA KAKI : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan, sudah tiba masanya Bangsa Melayu harus sedar dari lamunan dan bangun bersatu demi perpaduan umat Melayu yang beragama Islam. Jangan sampai nanti "Menang sorak, Kampung tergadai"

Thursday, February 17, 2011

STATISTIK PILIHANRAYA KECIL 2008 - 2011

Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin merujuk kepada Statistik Pilihanraya kecil di PARLIMEN / DUN yang telah di adakan sejak dari tahun 2008 hingga 2011.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, ingin menyeru Pemimpin - Pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus bersama - sama akar umbi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.



NOTA KAKI : PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS SENTIASA BERDOA BARISAN NASIONAL AKAN MENANG KEDUA-DUA PILIHANRAYA KECIL UNTUK MENYAMAI KEDUDUKAN PAKATAN 8 - 8. KINI BARISAN NASIONAL KETINGGALAN 6 - 8. BARISAN NASIONAL MESTI BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN SEBELUM PILIHANRAYA UMUM KE 13.

Monday, February 14, 2011

MAULIDUL RASUL 1432 HIJRAH

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Selasa ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Asiah AlKharib Shah berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan tersebut.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan dari luar negara juga dijadual menghadiri majlis tersebut.

"Majlis ini merupakan salah satu acara rasmi negara dan ia merupakan usaha kerajaan bagi menegakkan syiar Islam.

"Tema yang dipilih pada tahun ini adalah '1Malaysia, 1Ummah' iaitu umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 10,135 peserta daripada 112 kontinjen akan menyertai perarakan dan perhimpunan pada majlis sambutan tersebut.

''Ia terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.

''Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan selawat beramai-ramai serta pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul," ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan bermula pukul 7.30 pagi dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul Tahun 1432 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat di mana saja berada.



AL FATIHAH : ADUN KERDAU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Allahyarham Datuk Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini. Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.

Jumlah pengundi di DUN Kerdau adalah sejumlah 8,451 orang (Melayu 89.04%, Cina 5.62%, India 3.59%, Lain-lain 1.75%). Pilihan raya kecil yang ke-16 sejak PRU12 dan pertama kali diadakan di negeri Pahang. Pilihan raya kecil yang ke-8 sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri iaitu Hulu Selangor, Sibu, Bagan Pinang, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Lima menang dan satu tewas di Sibu. Barisan Nasional hanya menang dengan majoriti 1,615 undi di Kerdau pada 2008 berbanding 2,565 pada 2004. Alfatihah untuk Datuk Zaharuddin, moga Allah SWT merahmatinya, amin.

Wednesday, February 2, 2011

JOM FUTSAL!!!


Anda semua adalah dijemput untuk menyertai pertandingan FUTSAL bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011. Pertandingan Futsal ini terbuka kepada berkumpulan lelaki dan wanita.

Keterangan lanjut bagi pertandingan FUTSAL ini adalah seperti dibawah:-

Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.00pg - 7.00ptg
Tempat: (tbc)


Hadiah kepada untuk para pemenang adalah seperti :-
Juara - RM1,000.00 + Medal
Kedua - RM750.00 + Medal
Ketiga - RM 500.00 + Medal
keempat - RM 500.00 + Medal

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Futsal ini, anda boleh menghubungi pejabat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras di talian 03-92827923 (waktu bekerja) atau 019-2677923 ( zuraidah).

JANGAN LEPAS PELUANG!!! JOM FUTSAL !!!