Wednesday, July 15, 2015

PERUTUSAN AIDILFITRI KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2015 / 1436H



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Di Penghujung bulan Ramadhan ini, maka 1 Syawal 1436H akan tiba.Alhamdulilah dan syukur kepada hadrat Allah S.W.T dengan Limpah Kurnianya kita sebagai umat islam dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini, dengan menepikan rutin seharian kita.


Sebagai umat islam dugaan merentasi Ramadhan dengan penuh kesabaran dengan pengisisan amal ibadah memberi kekuatan kepada jati diri individu adalah satu kejayaan kerana kita berlumba-lumba mendapatkan pahala pada bulan Ramadhan.

Sebagai satu keluarga besar dalam UMNO , adalah menjadi harapan saya kepada  ahli Puteri UMNO dapat memberi komitmen yang lebih tinggi, telus dan ikhlas kepada perjuangan parti dan menanamkan niat sifat prinsip bekerja sebagai suatu sebuah keluarga dan platform ibadah.

Saya Nazatul Shima Shamsuddin serta keseluruhan warga Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua ahli seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam, perayaan Aidilfitri pada tahun ini memberi erti kepada kita semua sambutlah lebaran ini dengan penuh kesederhanaan dengan suasana gembira dan meriah.

Penuhilah aktiviti sambutan Hari Raya dengan mengunjungi sanak saudara yang jauh dan dekat, sahabat handai sebagai tanda penghormatan kepada hubungan uhkwah yang berkekalan.

Akhir kata, saya  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
-Berhati-hati dijalan raya- 


Saturday, June 27, 2015

SHOPPING RAYA 2015 - WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN KURANG MAMPU


27 Jun 2015 Kuala Lumpur- Sempena di bulan Ramadhan, Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah mengadakan program Shopping Raya 2015 Wilayah Persekutuan bersama golongan anak-anak yatim dan fakir miskin , bertempat Aeon Au2 Setiawangsa Kuala Lumpur anjuran YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN




Seramai 520 orang penerima sumbangan daripada 13 Bahagian di Parlimen Wilayah  persekutuan bersama tetamu kehormat Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan hadir bersama isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki, turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YB. Datuk Dr. Loga Bala Mohan A/L JaganathanPengarah Eksekutif Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Roslan Hassan,Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Hj. Md Ikshan dan Ahli Parlimen Setiawangsa ,YB.Dato' Ahmad Fauzi Zahari

Program ini merupakan program tahunan bagi Yayasan Wilayah Persekutuan yang tertumpu kepada golongan anak-anak yatim dan fakir miskin bagi meringankan beban mereka meraikan persediaan aidilfitri menjelang tiba.

Yayasan Wilayah memberi  peruntukan sebanyak RM 130,000.00 berbentuk kewangan dan pakaian kepada golongan anak-anak yatim dan fakir miskin seramai 520 orang.Yayasan Wilayah merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan pendapatan rendah dari segi aspek pendidikan, ekonomi sosial agama dan teknologi (PESAT).



Monday, March 16, 2015

RETREAT PUTERI UMNO CAWANGAN JALAN BAIDURI 2015


Ketua Puteri Bahagian, Nazatul Shima menerima cenderahati daripada Zaleha Dullah
Ketua Puteri Cawangan  Jalan Baiduri

Puteri Cheras 10 Mac 2015 - Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri telah mengadakan program yang dinamakan Retreat Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri pada 8 Mac 2015 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam bertempat di Hotel Bangi – Putrajaya, Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor.

Dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Nazatul Shima binti Shamsuddin.
  
Seramai 18 orang ahli Puteri Jalan Baiduri yang hadir, tujuan matlamat Retreat ini diadakan adalah untuk memperkukuh  ikatan silaturahim dan bersuai kenal antara ahli Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri sama ada ahli yang lama mahupun yang baru. Selain itu, ianya bertujuan untuk memperkasakan ahli puteri dalam menghadapi realiti politik masa kini. Ianya juga merupakan satu orentasi kepada ahli baru dalam memahami peranan Pergerakan Puteri UMNO dan segala perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan UMNO.


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah ‘ice-breaking’ di kalangan ahli yang hadir. Disamping memperkenalkan diri, setiap ahli dikehendaki mengutarakan pandangan dan harapan mereka terhap peregerakan Puteri UMNO dan UMNO. Selain itu, penerangan mengenai Perlembagaan UMNO dan peranan tugas pergerakan puteri telah disampaikan oleh Puan Zaleha Binti Dullah selaku Ketua Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri. Beberapa penstrukturan semula organisasi dan perancangan program sepanjang tahun telah dilakukan.

Setelah itu, beberapa suntikan semangat telah diberi kepada ahli yang hadir melalui ucapan yang diberikan oleh Puan Nazatul Shima Binti Shamsuddin selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Turut hadir Program Retreat tersebut Ketua UMNO Cawangan Jalan Baiduri, Tuan Syed Abdullah Bin Syed Abdul Rahman Alhabshee bersama Timbalan Ketua Cawangan Encik Mohd Ismail Bin Hj Mohd Nor. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada tetamu dan ahli puteri yang hadir juga diadakan majlis sambutan hari jadi ahli pada bulan Januari, Februari dan Mac.



SUMBER:
NOR AZIZAH BINTI ABDULLAH
Setiausaha Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri


Monday, February 16, 2015

LAWATAN ZIARAH SANA SINI - PUTERI CHERAS PRIHATIN


Ketua Puteri Bahagian, Nazatul Shima melawat Sdri Hafizah Md. Nadzar Bendahari Puteri Bhgn Cheras

Bismillahirahmanirahim...
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin berkongsi secara ringkas program lawatan ziarah Puteri Cheras Prihatin bulan Februari 2015

1)  Program Sana Sini  dimulakan dengan menziarahi Ahli Jawatankuasa Puteri Cheras , Saudari Suhaida Sadiman yang telah selamat melahirkan bayi lelaki di kediaman Ibu beliau di Desa Taman Baiduri Cheras.

2) Lawatan Ziarah seterusnya Puteri Cheras melawat Naib Ketua Puteri Cawangan Sri Indah yang juga selamat melahirkan bayi perempuan di kediaman rumah Ibu Mertua beliau di PPR Laksamana Jalan Peel Kuala Lumpur

3) Program Ziarah ke Hospital kami dimaklumkan bahawa Ustaz Azmi AJK UBC juga Ketua Cawangan Sri Indah telah dimasukan wad (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Sahabat -sahabat  Puteri yang datang melawat  beliau dikhabarkan beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri atau koma separuh sedar. sebagai umat islam marilah kita bersama-sama mendoakan agar ustaz Azmi pulih kesihatan semoga beliau sihat seperti biasa Amin.

4) Lawatan Ziarah ke rumah Bendahari Puteri Bahagian Pn. Hafizah Md Nadzar yang selamat melahirkan Bayi perempuan di kediaman rumah beliau Wangsa Maju Kuala Lumpur.

5) Lawatan Ziarah seterusnya menziarahi Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras yang selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Ampang Selangor.

Islam  menggalakkan  umatnya  (sunat)  supaya  menziarahi  orang  sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."                                                                                        
(Riwayat Bukhari)  














Friday, February 13, 2015

AL -FATIHAH BELANGSUNGKAWA NIK AZIZ NIK MAT 1931- 2015






Tanggal 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436H, perginya seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh Musyidul Am  PAS Datuk Nik Aziz Abdul Nik Mat beliau meninggal dunia pada usia 84 tahun,pada jam 9.45 malam semalam di kediaman rumahnya Pulau Melaka.

Beliau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Nik Aziz  mengidap  kanser prostat  dan dimasukan ke Hospital  Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian  (HUSM) pada 19 Januari lalu.

DikatakanTuan Guru Nik Aziz keluar dari wad HUSM kira-kira 8.40 malam.

Salah seorang daripada anak Allahyarham Nik Abduh telah menjdai ahli politik PAS dan kini menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan.

Allahyarham mendapat pendidikan dalam bahasa Arab dan perundangan di Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan seorang ulama yang disegani dikalangan masyarakat islam.

Admin bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagain Cheras serta  seluruhan warga UMNO Bahagian Cheras mendoakan semoga roh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Syurga Al-Jannah - Al -Fatihah 










Tuesday, February 10, 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 /1426H - PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN


Ketua Puteri WP Sharifah Aminah Syed Mohsain  bersama Isteri Menteri WP Datin Seri Utama Aggraini
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Puteri Cheras - Sambutan Majlis Maulidur Rasul telah diadakan 08 Februari 2015 bersamaan 18 Rabiulakhir 1436, bertempat Masjid Al Hidayah Sentul Pasar Parlimen Batu, anjuran Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan  Sempena sambutan ini, kehadiran masyarakat setempat,para peserta, ceramah jemputan  Maulidur Rasul turut dihadiri oleh Ustazah Sharifah Khasif dan telah dirasmikan oleh Isteri Menteri Wilayah Persekutuan,Datin Seri Utama Anggaraini Sentiyaki.

Peserta dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras turut mengambil Bahagian
 acara Perarakan Sambutan Maulidur Rasul

Juara Pertandingan Puteri UMNO Bahagian Kepong bergambar bersama Datin Seri Utama Anggraini

Sambutan itu turut melibatkan acara perarakan peserta daripada 12 Bahagian terdiri daripada Puteri UMNO Wilayah Persekutuan seramai 300 orang.Perakan bermula 8.30 pagi mengelilingi sekitar kawasan Masjid. Pertandingan Maulidur Rasul tempat ke-3 dimenangi Puteri UMNO Bahagian Seputih tempat ke-2 Puteri UMNO Bahagian Wangsa Maju, Puteri UMNO Bahagian Putrajaya telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama.

                                                  Hadiah Pertandingan :

                              Tempat Pertama : RM500 beserta Hamper
                                            Kedua   : RM300 berserta Hamper
                                            Ketiga   : RM200 berserta Hamper



#Perarakan ini akan diadili kumpulan yang paling Kreatif.

Penglibatan dan kehadiran semua pihak mendapat rahmat dari pada Allah S.W.T