Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI





ANDAI JARI JEMARI TIDAK SEMPAT BERJABAT,
ANDAI RAGA TIDAK KUASA BERTATAP,
SETIDAKNYA TEMALI BATIN MASIH BERSAHUT....
ADAKALA NYA MATA SILAP MEMANDANG,
TELINGA SALAH MENDENGAR,
LIDAH TERLANJUR BERKATA - KATA,
AKAL FIKIRAN SALAH MENTAFSIR,
HATI TERSILAP MENDUGA....

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MEMOHON AMPUN DAN MAAF.
ZAHIR DAN BATIN.

SALAM AIDILFITRI.

IKHLAS DARIPADA
SARINA SHARIF
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Friday, September 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalamualaikum W.B.T

Kepada Semua Seluruh Umat Islam dan terutama kepada Pergerakan Puteri UMNO di seluruh Malaysia.

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan

“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin”.

Semoga Aidilfitri kali ini menjanjikan kita seribu satu kemenangan yang amat bermakna. Disamping itu jangan sesekali kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. Semoga Keperihatinan kita ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik daripada semalam Insyallah.

Pesanan dari kami, berhati-hati di Jalan Raya jika mengantuk berehat seketika di tempat yang telah di sediakan dan ingatlah orang yang tersayang.

Monday, September 14, 2009

PENYERAHAN SUMBANGAN KE RUMAH-RUMAH KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Tarikh : 12 September 2009
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Sekitar Parlimen Cheras

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengambil satu pendekatan yang mulia dengan mendekati keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik di sekitar Parlimen Cheras.



Sebanyak 10 buah keluarga telah di lawati oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras yang di ketuai oleh Puan Sarina Sharif dan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian. Masalah yang di hadapi oleh keluarga-keluarga ini amatlah menyayat hati dan dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir terutama kepada ahli-ahli Puteri.


Keluarga - keluarga yang kurang berkemampuan ini telah di kenal pasti oleh ketua-ketua Puteri UMNO Cawangan. Melalui pendekatan ini, ianya dapat memupuk nilai-nilai murni serta rasa prihatin pada kejiranan setempat dan pada ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO yang memerlukan bantuan.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah memperuntukkan bantuan sumbangan yang berbentuk makanan asas, kuih raya dan wang tunai.



Banyak iktibar dan pengalaman keluarga - keluarga yang kurang berkemampuan tersebut dapat dijadikan panduan.Bertepatan dengan slogan 1 Malaysia iaitu "Rakyat di dahulukan , Pencapaian di utamakan", maka itu Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan sentiasa menyusur ke akar umbi dan sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat yang memerlukan bantuan.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 HIJRAH

Friday, September 11, 2009

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KE RUMAH-RUMAH KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua.

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, sekali lagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan ke Rumah-Rumah Keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Cheras.

Butiran Program adalah seperti berikut:-
Tarikh : 12 September 2009
Masa : 10.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur

Kepada semua ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah dijemput hadir dan bersama - sama dalam majlis tersebut.

Untuk makluman, kepada Ahli- Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Ketua Puteri UMNO Cawangan-Cawangan, anda diwajibkan hadir pada Jam 9.00 pagi di Pejabat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras untuk Mesyuarat Khas dan Taklimat Program.

JUMPA ESOK
DAN
SELAMAT BERPUASA

Monday, September 7, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN HARI RAYA ANAK - ANAK YATIM BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tarikh : 06 September 2009
Masa : 06.00 Petang
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur

Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya Anak - Anak Yatim bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur pada 06 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430.














Pada majlis tersebut, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah menyerahkan sumbangan kepada 200 orang anak-anak yatim dari Darul Kifayah, Anak Yatim Titiwangsa, Anak Yatim Wangsa Maju dan Anak Yatim Pertubuhan Silat Gayong Fatani . Turut hadir bersama adalah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Al Habshee di samping para pemimpin UMNO Bahagian empat peringkat.


Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin serta isteri kemudian menunaikan solat maghrib, bertahlil, menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih bersama tetamu jemputan. Pada Majlis tersebut semua tetamu juga berpeluang duduk semeja bersama anak - anak Yatim berbuka puasa disamping mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.

Sunday, September 6, 2009

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA EMAS RUMAH SEJAHTERA, CHERAS.

Tarikh : 05 September 2009
Masa : 06:00 petang
Tempat : Rumah Sejahtera, Lot 3716 Jalan 17, Off Jalan Kuari, Cheras Baru,Kuala Lumpur


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama Warga Emas Rumah Sejahtera Cheras, pada hari Sabtu 05 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430. Majlis ini bertambah serinya dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Mahadi Hj Abdul Shukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras bersama isteri beliau, Datin Misliza. Majlis tersebut turut di hadiri oleh Setiausaha UMNO Bahagian Encik Baharuddin Mustafa bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras serta Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Ketua - Ketua Puteri UMNO Cawangan.















Penganjuran Program ini adalah bertujuan untuk menerapkan rasa prihatin dan memupuk rasa kasih sayang dalam diri golongan muda, terutama di kalangan ahli Puteri UMNO, terhadap warga emas selain daripada menghulurkan bantuan kepada mereka yang akan menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000.00 kepada pihak Rumah Sejahtera. Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh Puan Sarina Sharif, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras kepada Yang Berbahagia Datuk Nordin, Pengerusi Rumah Sejahtera, berserta sumbangan kuih raya, kain batik dan kain pelekat kepada semua warga emas yang berada di Rumah Sejahtera. Ketua Pergerakan Puteri UMNO dan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO telah berpeluang beramah mesra bersama Warga Emas Rumah Sejahtera dan melihat sekitar kawasan Rumah Sejahtera sebelum majlis berbuka puasa.







Friday, September 4, 2009

PERINGATAN UNTUK PROGRAM ESOK....



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua.

Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama Warga Emas Rumah Sejahtera.

Butiran Program adalah seperti dibawah :-

Tarikh : 5 September 2009
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Rumah Sejahtera, Lot 3716, Jalan 17, Off Jalan Kuari, Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur

Kepada semua ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah dijemput hadir. Kepada Exco dan Ketua Puteri UMNO Cawangan-Cawangan anda diwajibkan hadir pada Jam 4.00 petang di Pejabat Puteri UMNO Bahagian Cheras untuk Mesyuarat Khas dan Taklimat Program yang akan datang.

JUMPA ESOK

DAN

SELAMAT BERBUKA