Friday, August 31, 2012

55 TAHUN KEMERDEKAAN

Setelah 55 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.

Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia akan kekal berterusan di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PULAU PINANG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hadir meraikan majlis perkahwinan anak lelaki Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ketibaan Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Datuk Seri Zainal Abidin dan isterinya Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin. 

Datuk Seri Najib dan isteri turut merenjis air mawar dan menepung tawar kedua mempelai Nadhir Ashafiq Zainal Abidin dan Shazwani Mohd Sharif.

Beliau meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan pengantin dan keluarga serta menikmati hidangan pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang tetamu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, serta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan beberapa menteri kabinet.

Nadhir Ashafiq, 24, merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bekerja di syarikat agen kargo udara manakala isterinya Shazwani, 24, anak bongsu daripada enam beradik mengusahakan butik tudungdi Putrajaya.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah terlibat secara langsung dalam Majlis Perkahwinan tersebut sebagai urus setia sambutan tetamu.

Di kesempatan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai.

Monday, August 27, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433 HIJRAH




PERUTUSAN DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE

Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Salam Aidil Fitri kepada seluruh kaum muslimim dan muslimat khususnya warga UMNO Bahagian Cheras dan Wilayah Persekutuan amnya, dengan doa semoga Allah S.W.T. akan memberkati perjalanan hidup kita dan semoga amalan sepanjang Ramadhan memperolehi rahmat-Nya.Insyaallah.

Saya mengambil kesempatan ini, menjelang Syawal, untuk memohon kemaafan di atas segala kesilapan, kecuaian dan kealpaan yang telah dilakukan sama ada secara zahir mahupun batin, kerana sudah menjadi fitrah manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya daripada saya dan yang baik itu milik Allah S.W.T.

Marilah kita bersyukur di atas segala rahmat dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita sekeluarga, kepada negara kita, kepada bangsa kita dan kepada perjuangan agama kita, Islam, yang kita dokong dan tegakkan selama ini.

Sesungguhnya rahmat dam nikmat Allah S.W.T. itu terlalu besar dan tidak terhitung oleh kita, justeru kita dituntut untuk mensyukuri segala limpahan rahmat-Nya agar kita menjadi umat yang terlindung daripada segala bala dan musibah.

Oleh sebab itu, saya berharap seluruh umat Islam di negara ini agar kembali bersatu di atas satu jemaah yang kukuh dengan semangat perpaduan dan permuafakatan untuk mengharungi cabaran masa kini, yang sesunguhnya amat mencabar dan menggugat kredibiliti umat Islam di negara ini.

Akhir kata, bersempena dengan kedatangan 1 Syawal, saya dan keluarga sekali lagi memohon ribuan maaf di atas segala salah silap, semoga Aidil Fitri kali ini akan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin.
 
 PERUTUSAN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Assalamu’alaikum W.B.T

Pejam celik, pejam celik,  kita umat Islam di Malaysia dan beberapa negara yang sewaktu dengannya akan menyambut kedatangan Syawal 1433H, pada 19 Ogos 2012 (Ahad). 

Saya, Sarina Sharif mewakili Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada  pembaca dan pengikut blog Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras dan kepada semua yang pernah membaca entri-entri dalam blog  Puteri UMNO Bahagian Cheras ni. 

Satu pesanan dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras kepada mereka yang balik ke kampung halaman tu lebih-lebih lagi yang memandu kenderaan sendiri, pandulah  elok-elok.

Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya dan paling penting, banyak-banyakkan bersabar. Ingat orang tersayang. 

Semoga selamat sampai ke kampung dan selamat kembali juga nanti. InsyaAllah.

Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira.
 

Wednesday, August 15, 2012

MAJLIS IFTAR BERSAMA KETUA PUTERI UMNO

Satu Majlis Iftar bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif , telah di adakan di Restoran Istana Bambu, Kuala Lumpur semalam.

Majlis Iftar tersebut adalah khusus untuk meraikan Ahli - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras yang telah bertungkus lumus melaksanakan program Rahmat Ramadhan Siri ke 3 yang bertempat di Pusat Rekreasi Cheras.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan  jutaan terimakasih kepada Puan Sarina Sharif yang telah hadir bersama keluarga di Majlis Iftar dan memberi duit raya kepada ahli - ahli Puteri UMNO yang hadir.
Di kesempatan ini juga, penulis Blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah kepada Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Syukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Md Nasir Ghani, Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras yang di sayangi, Puan Sarina Sharif. Tidak dilupakan juga Hajjah Zurainah Musa, Setiausaha UMNO Bahagian Cheras bersama Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras 4 peringkat.
Pantun Hari Raya kepada semua pembaca dan pengikut Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras.
Sungguh cantik kain pelekat,
Dipakai orang pergi ke pekan.
Hari raya semakin dekat,

Silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
memohon maaf menyusun jari .

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, August 12, 2012

MAJLIS IHSAN RAMADHAN DI RASMIKAN OLEH DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Haji Talib menyeru semua pihak memberi perhatian terhadap golongan kurang bernasib baik terutama ketika menyambut musim perayaan.
Katanya,. menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya adalah dituntut oleh ajaran Islam apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
"Saya bangga kerana hari ini banyak pertubuhan dan badan-badan tertentu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan perhatian," ujarnya.


Datuk Ahmad Phesal dan Datuk Syed Ali bertanya
khabar kepada ibu anak istimewa yang menerima bantuan











Bantuan tersebut kata beliau, sekurang-kurang dapat memberi keceriaan kepada penerima sumbangan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ihsan Ramadhan anjuran Yayasan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dengan kerjasama UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras, di Pusat Rekreasi Cheras, pada hari jumaat yang lalu.
Hadir sama pada Majlis Ihsan Ramadhan, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee merangkap Pengerusi YPC, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mahadi Abdul Shukor, Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif dan Hajjah Zurainah Musa , Setiausaha UMNO Bahagian Cheras merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras.
Datuk Ahmad Phesal turut menghargai peranan dan komitmen yang telah dijayakan oleh UMNO Bahagian Chears dan Yayasan Pendidikan Cheras dalam membantu anggota masyarakat terutama di sekitar kawasan Parlimen Cheras.

Seramai 566 orang penerima terdiri daripada anak yatim, anak istimewa dan pelajar miskin menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 berserta makanan harian.

Sebelum itu, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dalam ucapannya memberitahu program seumpama itu adalah kali ketiga diadakan sepanjang ramadhan ini dalam usaha untuk meringan beban mereka yang kurang berkemampuan menyambut kedatangan  1 Syawal.
Beliau bangga kerana banyak pihak seperti 1MDB telah menyalurkan bantuan untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukannya.
 
"UMNO Bahagian Cheras dan YPC akan terus melaksanakan kerja-kerja amal dan bantuan kepada yang memerlukannya," katanya.

Tuesday, August 7, 2012

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN 2012 - SIRI KE 3

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan program Rahmat Ramadhan 2012 siri ke 3 pada 4hb Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433, bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala Lumpur.


Program Rahmat Ramadhan siri ke 3 ini adalah merupakan kesinambungan Program Rahmat ramadhan tyang terdahulu dari cetusan idea, Ketua Pregerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif.

Siri pertama pada tahun 2010, program Rahmat Ramadhan yang di anjurkan bersama - sama ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kehadiran penceramah khas yang di undang iaitu Ustaz Akil Hayy.

Pada siri ke 2 pada tahun 2011, Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras telah bersama - sama ahli Pergerakan Puteri UMNO melaksanakan program gotong royong , membersih , mengecat dan membaik pulih Rumah Anak Yatim Baitul Ihsan, Taman Maluri, Cheras Kuala Lumpur.

Untuk tahuin 2012 bagi siri ke 3 ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda telah mengambil inisiatif mengadakan program Rahmat Ramadhan dengan pendekatan mencegah Gejala Sosial dan "Cautious 4 Crime" (C4C).



Seramai 300 orang pelajar IPTS yang terdiri dari pelajar - pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskills, Kolej Segi, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Akademi Binaan Malaysia telah hadir untuk mendengar tazkirah yang dikhususkan untuk golongan remaja dengan menerapkan ilmu pengetahuan dari sudut agama di samping memberi kesedaran tentang masalah gejala sosial yang sering berlaku pada hari ini.

Penceramah jemputan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu Ustaz Hairul Amin Haji Madun Al Hafiz, telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menangani gejala sosial pada sessi tazkirah petang itu.


Dalam majlis yang sama , seramai 30 orang terdiri dari anak - anak yatim , pelajar tahfiz Al Yamani dan pelajar - pelajar Kolej yang berkelayakan telah menerima bantuan yang tealah di sampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Turut hadir untuk majlis berbuka puasa pada Progaram Rahmat Ramadhan petang itu adalah Datuk Mahadi Abdul Syukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Hajjah Zurainah Musa, Setiausaha UMNO Bahagian dan Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras.




Pegerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimakasih kepada Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang telah memberi sumbangan dan duit hari raya kepada pelajar - pelajar Kolej yang telah hadir pada Program Rahmat Ramadhan siri ke 3.

Semoga dengan sumbangan yang di beri dapat membantu mereka yang memerlukan di dalam persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang