Friday, January 9, 2015

MISI BANTUAN PASCA BANJIR -WILAYAH PRIHATIN


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan Misi Konvoi Sukarelawan Wilayah Prihatin
bertempat Menara Dato' Onn Aras 4 PWTC Kuala Lumpur
Puteri Cheras 9 Januari 2015-Pelepasan Konvoi  Misi Bantuan  Kemanusian Banjir Biro Kebajikan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPWUP) seramai 250 orang Sukarelawan dari 13 UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan Sukarelawan UMNO Bahagian Cheras telah menghantar wakil  seramai 10 orang.

Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Kelantan telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  bertempat di  Menara Dato’ Onn  Aras 4,Bangunan PWTC turut hadir Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wialyah Persekutuan (BPWUP)

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,
Menteri Wilayah Persekutuan 
Konvoi Sukarelawan ditugaskan akan bergotong royong membersihkan dikawasan Sekolah-sekolah  di Tanah Merah Kelantan,Misi Konvoi  akan membawa barangan kelengkapan persekolahan barangan keperluan harian untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang dilanda banjir. Antara penempatan pengagihan barang-barang mangsa banjir seperti di Kampung Chat Rimau, Kampung Banggol Kamunting, Kampung Jenerih, Kampung Padang Che Minah.

Sukarelawan akan berkampung selama 3 hari 2 malam bermula 8hb hingga 11hb Januari 2015,Semoga perjalanan Misi Bantuan Kemanusian Pasca Banjir ini dipermudahkan dan selamat sampai pergi dan balik ke destinasi yang dituju.

Ustaz Azmi Md Yatim Pengerusi Biro Kebajikan membacakan doa selamat untuk
Misi Bantuan Kemanusian Wilayah Prihatin

Lori muatan barangan mangsa banjir ke Kelantan















Tuesday, January 6, 2015

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR #OPSDAPUR KE GUA MUSANG DAN KUALA KRAI - SPIRIT PUTERI UMNO MALAYSIA



Sukarelawan SPIRIT memasak menggunakan
kayu api untuk penduduk mangsa banjir
Puteri Cheras 6 Januari 2015 - Seramai 120 sukarelawan Misi Bantuan Banjir Puteri Prihatin  Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dihantar ke Gua Musang dan Kuala Krai pada 2hb -4hb Januari 2015.

Sukarelawan yang terdiri daripada  ahli-ahli Puteri UMNO mewakili  di seluruh Malaysia, ini adalah adalah konvoi fasa kedua manakala kumpulan seterusnya akan dihantar secara berperingkat ke negeri-negeri yang dilanda bencana banjir.

Para Exco  dan Biro Sukarelawan yang terlibat dikira sebagai menjalankan tugas rasmi sepanjang tempoh misi itu dan memang menggalakkan mereka yang berkenaan untuk turut serta membantu dalam Misi Bantuan Banjir Puteri Prihatin Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Menurut Pengerusi Biro Sukarelawan dan Kebajikan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,Puan Farhana Alam beliau berkata tugasan Sukarelawan untuk fasa ke dua ini mereka akan memasak untuk 1000 orang kepada penduduk setempat yang dilanda banjir, Mereka memasak dan mengedar makanan tengahari untuk penduduk di sekitar kawasan Kelantan yang dilanda banjir.

Selain memasak kepada penduduk setempat Sukarelawan (SPIRIT) turut membantu membersihkan kawasan sekitar kampung juga  rumah-rumah penduduk setempat yang telah dilanda banjir.Misi ini  diteruskan sehingga bulan Februari tetapi jika masih lagi dapat diteruskan mereka akan meneruskan sehingga bencana banjir ini pulih sedia kala.


Suasana Sukarelawan SPIRIT bergotong royong memasak masakan tengahari kepada penduduk setempat

Makanan yang siap di susun dan dibungkus untuk diedarkan kepada masyarakat setempat

\




Warga Tua meluahkan perasaan dan berkongsi cerita detik bagaimana air setinggi tiang elektrik
datang melanda kawasan penempatan mereka
Sukarelawan dari Puteri Cheras bergambar bersama Ketua Puteri UMNO Negeri WP Sharifah Aminah Alhabshee
Turut hadir memberi sokongan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras Puan Nazatul Shima Shamsuddin bersama Naib Ketua Puteri Puan Nurul Fadzilah Ab Hadi
Sukarelawan SPIRIT dari Puteri UMNO Negeri Wilayah Persekutuan (Pu3WP) turut menghantar  seramai 44 orang Sukarelawan, setiba mereka  di kampung Kusial BaruTanah Merah Kelantan  hari pertama tiba dikampung tersebut mereka telah ditugaskan memasak untuk mangsa banjir, antara menu yang di masak nasi putih, kobis masak lemak , ikan masin, ikan bilis bersama kentang goreng bercili.


Penduduk setempat sedang menunggu makanan yang siap dimasak untuk diberikan kepada mereka


Exco Puteri UMNO Malaysia Natasya Roslan bermesra bersama bayi berusia 3 bulan, ibu bayi tersebut meluahkan bagaimana perasaan banjir melanda rumah mereka kepada Natasya.

Skuad Sukarelawan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berasa sangat bertuah dapat bersama-sama menghulurkan bantuan dari segi tenaga kerja  dan  sedikit sebanyak dapat berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Walau hanya mendengar luahan hati mereka sambil menikmati juadah masakan bersama penduduk kampung tersebut.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang telah sudi menjadi penyumbang serta memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Kepada Sukarelawan SPIRIT juga tahniah diucapkan kerana sanggup mengorbankan masa bersama keluarga  dan rakan-rakan demi menghulurkan bantuan dengan gerak kerja yang teratur kepada masyarakat yang ditimpa musibah bencana banjir dan sebagainya.


Sebahagian Sukarelawan SPIRIT membantu membawa barang-barang keperluan masakan
Gembira antara penduduk yang mendapat bekalan makanan makan tengahari



Lensa sepanjang perjalanan Skuad Sukarelawan Puteri Prihatin SPIRIT Misi Bantuan Puteri Prihati Pergerakan Puteri UMNO Malaysia - #opsdapur #puteripeduli