Thursday, September 27, 2012

BAJET 2013 FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT

Secara keseluruhannya, peruntukan kepada hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet Belanjawan 2013 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen, 28 September 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bajet Belanjawan 2013

Datuk Seri Ahmad Husni berkata Kabinet telah meluluskan draf Bajet Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuaratnya Rabu lepas dan pihaknya telah meneliti satu persatu perbelanjaan kesemua kementerian.

 Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini?
 “Kita telah meminta bantuan Bank Dunia dan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kita telah meneliti perbelanjaan (kementerian) satu persatu. Jadi, asasnya, kesemua kementerian akan mendapat peruntukan dan hanya satu atau dua akan berkurangan berikutan inisiatif rasionalisasi,” kata Datuk Seri Ahmad Husni

Beliau berkata peningkatan peruntukan kepada kementerian akan dibantu oleh peningkatan jumlah hasil kerajaan.
“Seperti yang saya kata, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kami telah melakukan kajian indeks perolehan, khususnya mengenai cukai pendapatan di mana kita mengkaji kelemahan dan kita percaya, ia akan terus menyumbang kepada pendapatan tinggi bagi negara ini,” katanya.

3 Parameter Asas Bajet Belanjawan 2013

  1. kerajaan perlu memastikan adanya lebihan kos operasi yang bermakna hasil perlu melebihi perbelanjaan
  2. keduanya pertimbangan terhadap dasar fiskal iaitu pengurangan defisit
  3. ketiga nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) perlu dikekalkan di bawah 55 peratus.
Pembentangan Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini?Datuk Seri Ahmad Husni
Berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sejak tahun lepas, antaranya mengenai cukai, cukai pendapatan dan cukai korporat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu, katanya.

Kerajaan terus menyasarkan pengurangan defisit dalam Bajet Belanjawan 2013 berbanding tahun-tahun sebelum ini. Mengenai nisbah hutang berbanding KDNK, 55 peratus adalah merupakan paras berhemah tetapi kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar balik hutang berkenaan, katanya.

Defisit fiskal negara bagi 2011 menurun kepada 5.0 peratus daripada KDNK, berbanding jangkaan 5.4 peratus semasa pembentangan Bajet Belanjawan 2013 itu.

Defisit kerajaan Persekutuan bagi 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNK.

Monday, September 24, 2012

LUAHAN HATI TUN DR MAHATHIR KEPADA BANGSA MELAYU

Luahan Hati Tun Mahathir - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. 
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam. Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British. Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.

Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka. Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
 
 
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan. Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957. Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah. Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
 
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia. Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
 
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini. Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma.

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapa yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut. Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka. Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

"Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri."
 

 

Friday, September 21, 2012

PERSIDANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012 akan berlangsung selama lima hari bermula pada 27 November hingga 1 Disember hadapan.
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak memberitahu persidangan kali ini akan dimulakan sebagaimana lazimnya dengan Taklimat Presiden pada 27 November dan perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Persidangan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berjalan pada 28 November dan pada hari berikutnya iaitu 29 November hinggalah 1 Disember, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabatnya, Menara Dato Onn, petang ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat Bahagian UMNO yang telah bersidang adalah 176 dengan 15 Bahagian lagi akan disempurnakan hujung minggu ini.

“Majlis Tertinggi juga mengambil maklum syor Jawatankuasa Pengurusan berhubung cadangan tatacara penerimaan bagi borang permohonan keahlian ahli baru dan penukaran Cawangan yang enggan diterima oleh pihak Bahagian dan Cawangan.

Katanya, syor tersebut ialah, bagi mana-mana borang permohonan yang diterima oleh Ibu Pejabat yang tidak ditandatangani oleh Jawatankuasa Cawangan akan diserahkan kepada Bahagian untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Cawangan dan diselesaikan dalam tempoh dua bulan daripada tarikh surat yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat selaras Fasal 5.4 Perlembagaan UMNO
“Sekiranya pihak Bahagian dan Cawangan gagal mematuhi arahan tersebut, maka selaras Fasal 5.7 Perlembagaan UMNO, permohonan akan diterima masuk secara aotomatik dan ianya adalah muktamad, manakala bagi mana-mana penjawat jawatan yang didapati telah menyalahgunakan kuasa beliau dengan sengaja untuk tidak menerima mana-mana permohonan keahlian, boleh dikenakan hukuman di bawah Perkara 8, Tataetika Ahli,” tegasnya

Sumber Berita – Media UMNO

Wednesday, September 19, 2012

PEMIMPIN DAP TIDAK PEKA PERASAAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA


 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Saudari Sarina Sharif  menganggap perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongan pemimpin DAP itu terhadap filem tersebut selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.


"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.
 
Ketika umat Islam Malaysia menyertai jutaan umat Islam di dunia mengutuk filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhamad S.A.W, pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham mencetuskan provokasi dan kemarahan umat Islam di Malaysia dengan melabelkan bantahan rakyat Malaysia terhadap filem itu hanyalah membuang masa.

Walaupun kenyataan itu bertujuan untuk membalas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin yang mengutuk sekeras-kerasnya penghasilan dan penayangan filem Innocence of Muslims yang disifatkan keterlaluan dan mempunyai agenda jahat terhadap umat Islam di dunia namun ianya juga ditujukan kepada seluruh umat Islam termasuk PAS yang menentang filem "Innocence of Muslims". UMNO sebagai parti tunjang yang mewakili majoriti umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penayangan filem itu di Malaysia dan di laman YouTube.

Selain UMNO, Gerakan menerusi Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Khoon juga membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam di dunia.

Sehingga kini, DAP dan PKR langsung tidak membuat sebarang kenyataan dalam membantah penayangan filem "Innocence of Muslims" kecuali PAS.

Manakala, PAS rakan seperjuangan DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang juga mengutuk tindakan penayangan filem "Innocence of Muslims" yang benar-benar melampau dan tidak dapat diterima umat Islam di Malaysia terutama ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, DAP rakan karib PAS dalam Pakatan Pembangkang bersifat sebaliknya.

Perbuatan Ngeh Koo Ham itu benar-benar melukakan hati umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia sebelum ini menyertai umat Islam di dunia mengadakan bantahan secara aman dalam penayangan filem itu.

Sebelum ini, Karpal Singh lantang menyuarakan pendapatnya yang menentang pelaksanaan hukum hudud dan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam jika Pakatan Pembangkang menang pada PRU-13.

Di manakah sensitiviti pemimpin DAP terhadap agama Islam? DAP memang anti Islam.

Tuesday, September 18, 2012

"INNOCENCE OF MUSLIM" - SATU PENGHINAAN TERHADAP ISLAM, AL QURAN DAN NABI MUHAMMAD SAW

Isu penghinaan terhadap Islam, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW ini sebenarnya telah berlarutan sejak dahulu lagi. Sebelum filem "Innocence Of Muslim", dunia hangat membicarakan tentang sebuah akhbar arus perdana Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW. Penerbitan karikatur tersebut menyebabkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia membantah tindakan itu.

Filem Innocence Of Muslims atau nama lainnya Life of Muhammad yang terang-terang mengejek dan menghina Nabi Muhammad S.A.W telah menyebabkan demonstrasi besar-besaran menyerang kedutaan US di Libya dan mengorbankan duta Amerika, Christopher Stevens dan tiga kakitangan beliau.


Bantahan dibuat kepada pengarah filem, Sam Bacile tersebut yang warganegara Israel-America yang juga pemaju hartanah yang lebih menyifatkan politik untuk memberi perhatian kepada penghinaan Islam. Beliau disokong paderi Terry Jones yang sebelum ini terang-terang membakar Al-Quran yang menimbulkan rusuhan seluruh dunia.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyeru agar seluruh Umat Islam di Malaysia  mengadakankan solat hajat, membaca Yasin dan berzikir pada Khamis ini di semua masjid dan surau bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia berikutan penerbitan filem 'Innocence of Muslims'.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif  berkata "Sebagai umat Islam, seharusnya kita menunjukan kekuatan dan perpaduan umat Islam dalam menghadapi isu ini bersama, melalui doa yang disifatkan sebagai 'senjata mukmin' dan mengenepikan segala fahaman politik dalam menangani serangan dan propanganda jahat pihak tidak bertangungjawab terhadap Islam". 

Filem itu yang disiar dalam laman Youtube pada 11 Sept lepas mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia menghina Islam khususnya Nabi Muhammad SAW. Filem itu turut dikutuk Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai "sebuah filem yang bersifat menghasut" manakala Majlis Gereja-gereja Sedunia berkata filem itu "satu penghinaan kepada agama Islam"


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong pandangan Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO bahagian Cheras dalam kenyataan beliau di Blog UMNO Bahagian Cheras, "Perpecahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia memberi peluang pihak tertentu terutama Zionis dan Yahudi menghina dan mengaibkan kesusian agama Islam.

Monday, September 17, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA

Kehadiran kira-kira 15,000 tetamu ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rakyat 1 Malaysia anjuran Pergerakan UMNO Bahagian Cheras yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 12hb September 2012 membuktikan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kehadiran masyarakat berbilang kaum itu juga adalah bukti BN dan UMNO merupakan parti yang boleh diharapkan dan kerajaan yang boleh dipercayai.

 
"Saya cukup terharu dengan sambutan orang ramai malam ini. Ia merupakan bukti rakyat berbilang kaum masih setia serta bersama-sama dengan UMNO dan BN.

"Sokongan sebegini akan menaikkan semangat saya dan wakil rakyat BN lain untuk terus berkhidmat kepada rakyat," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
 
Tambah Datuk Wira Syed Ali, beliau gembira dengan kehadiran ribuan tetamu pada majlis itu, yang jauh lebih ramai dan memeriah berbanding tahun lalu.
 
 
Pada masa sama, beliau berharap setiap tetamu yang hadir tidak berdepan sebarang masalah dan dapat meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama-sama dalam sebuah keluarga yang besar.
 
 
"Saya juga bersyukur kerana sasaran kami iaitu 15,000 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri majlis ini tercapai," katanya. 

Friday, September 14, 2012

PILIHANRAYA UMUM KE 13 - PM SUDAH DAPAT TARIKH ?

Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 masih lagi menjadi teka teki dan spekulasi di kalangan orang - orang politik. Ada cakap-cakap yang sudah mula kedengaran pada Mac tahun hadapan Datuk Seri Najib akan membubarkan parlimen. 

Namun begitu, tarikh Pilihanraya Umum ke 13 tidak semua orang akan dapat mengetahuinya, kecuali Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras cuma boleh menjangkakan pada satu tempoh yang munasabah berdasarkan beberapa perkembangan dan petunjuk keadaan politik yang berlaku sekarang ini.

Terbaru tinjauan dan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) meletakkan hampir separuh rakyat Malaysia yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak “lebih gemar dan selesa” memilih parti Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat

Walaubagaimanapun, angka bagi pengundi atas pagar dijangka bakal menjadi penentu pada Pilihanraya Umum Ke 13.

Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat (Pilihanraya Umum Ke 13)

Hasil tinjauan tersebut menghasilkan keputusan seperti berikut : 

Barisan Nasional : 49 peratus 

Pakatan Rakyat : 21 peratus 

Pengundi atas pagar : 30 peratus


Barisan Nasional Pilihanraya Umum Ke 13 Rakyat Malaysia Sejumlah 49% Mahu Barisan Nasional Terus Jadi Kerajaan Selepas Pilihanraya Umum Ke 13!!


Parlimen Malaysia Bubar Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?
Jikalau diikutkan perkiraan pada bulan Jun 2013 bermakna 9 bulan daripada sekarang Datuk Seri Najib mempunyai masa dan peluang untuk menyiapkan kerajaan baru sebelum bulan Jun 2013, Datuk Seri Najib mesti membubarkan Parlimen sebelum daripada tempoh tersebut. Mandat Kerajaan Barisan Nasional hanyalah sehingga April 2013.

Akhirnya sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi terus berteka-teki dan menimbulkan pelbagai persoalan, bilakah akan diadakan Pilihanraya Umum ke 13 sehingga mengajak rakyat dan ahli - ahli politik serta pemerhati menjadi “ahli nujum negara” terlalu lama.

Ada cakap-cakap orang politik “kuat” dan “begitu yakin” mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?


Tarikh PRU ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?

Antara fakta utama ialah Pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2012). Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. Jadual peperiksaan SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
  
Ketiganya, dalam masa sama, Musim Haji adalah antara pertengahan bulan September hingga bulan November, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. 

Berdasarkan fakta - fakta tersebut, Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13  kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair. 

Keeempatnya, jika Pilihanraya Umum ke 13 di adakan pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik. 

Fakta kelimanya berkenaan Ekonomi dunia yang tidak menentu. Tahun 2013 tidak terjamin lagi ekonomi dunia akan stabil. Ia pasti akan menjejaskan juga ekonomi Negara Malaysia dan memberi kesan dari segi sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akan menimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.

Pilihanraya Malaysia ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?  

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjangkakan kemungkinan besar pembubaran Parlimen adalah pada November 2012 dan Pilihanraya Umum ke 13 akan didakan pada bulan Disember 2012.

Mungkin dengan kajian terbaru bakal memberikan keyakinan yang tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat seterusnya mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 yang dinantikan sekian lama oleh semua rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 bersama - sama berjuang dengan kepimpinaan Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee bagi merampaskan kembali Kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dari pihak Pembangkang., 


Apa Pilihan Anda?

Wednesday, September 12, 2012

SIAPA DALANG YANG MENUNJANGI SUARAM?


Sebuah organisasi yang digelar SUARAM telah kerap dipaparkan di dalam media Malaysia dan antarabangsa kebelakangan ini. Organisasi tersebut sering diterangkan sebagai “kumpulan hak asasi manusia bebas”. Maka, siapakah mereka? 

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah membuat kaji selidik ketika kumpulan tersebut menyerang Perdana Menteri Najib Razak secara umum, mereka adalah amat berahsia terhadap hal ehwal sendiri. Laman web mereka tidak memberikan apa-apa maklumat tentang siapa di belakang kumpulan tersebut.

Selepas membuat sedikit penyelidikan, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dapat mengumpul dan menyusun biografi-biografi di bawah. Seperti mana yang  dapat di ketahui, kumpulan tersebut dikuasai oleh gabungan-gabungan PKR, pegawai-pegawai dan ahli-ahli politiknya.  Gambar gambar yang didedahkan semua nya mempunyai hubungan yang telah lama wujud antara ahli-ahli SUARAM dengan Anwar Ibrahim dan kepentingan-kepentingannya.

Kenapakah maklumat ini penting? Pertama sekali, isu dana yang di terima oleh  SUARAM dan gambaran sebenar perjuangan mereka yang licik berdasarkan kepada perkataan-perkataan oleh satu kumpulan yang jelas bermotifkan politik tanpa soalan.


BIOGRAFI DALANG SUARAM

Nalini Elumalai

Nalini Elumalai adalah Pengarah Eksekutif SUARAM yang telah dilantik pada awal tahun 2012. Sejak 2006, Nalini telah terlibat secara aktif dalam kempen – kempen anjuran SUARAM seperti kempen untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya.




K. Arumugam
 
K. Arumugam adalah Pengerusi SUARAM. Beliau juga merupakan penulis buku berjudul ‘Mac 8′ yang telah diharamkan pada tahun 2006. Beliau telah pun menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkenaan pengharaman buku tersebut. Arumugam juga merupakan penasihat kepada Yayasan Tamil Malaysia.
 

Cynthia Gabriel, Pengarah

Cynthia Gabriel ialah ahli Majlis Bandaraya yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Dia juga ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, yang bekerja dengan PKR, PAS dan DAP.




Sivarasa Rasiah, Pengasas Bersama

Sivarasa Rasiah ialah ahli politik dan peguam Malaysia. Dia memegang jawatan di Majlis Eksekutif Pusat untuk Parti Keadilan Rakyat dan juga merupakan Ahli Parlimen Subang.




Tian Chua

Tian Chua ialah Naib Presiden, Ketua informasi dan Ketua strategi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dia sekarang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu dan merupakan salah satu daripada rakan-rakan seperjuangan politik kanan Anwar Ibrahim.




Dr Syed Husin Ali

Dr Syed Hussein Ali ialah Senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. Dia ialah ahli utama Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai naib presiden selepas penggabungan parti dengan Parti Rakyat Malaysia (Parti PRM)




Premesh Chandran

Pramesh Chandran ialah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif portal berita Malaysiakini yang pro-Pakatan Rakyat. Dia ialah kawan rapat Tian Chua; mereka pernah menjadi ahli Network of Overseas Students Collective of Australia (NOSCA) bersama dengan Elizabeth Wong.




Elizabeth Wong

Elizabeth Wong ialah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Lanjan dan juga EXCO Negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna, dan Alam Sekitar. Dia juga ialah Ketua Informasi untuk Wanita Parti Keadilan Rakyat dan juga di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara.




Irene Fernandez

Irene Fernandez ialah Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan Pengarah dan pengasas bersama organisasi hak asasi manusia Tenaganita yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan.




Dr Kua Kia Soong

Dr Kua Kia Soong pernah menjadi Ahli Parlimen (1990-1995) untuk Petaling Jaya di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat. 




Irene Xavier

Irene Xavier ialah aktivis hak wanita dan jurucakap untuk pertubuhan bukan kerajaan Inisiatif Manifesto Rakyat (PMI), sebuah gabungan oleh 50 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk sebuah jawatankuasa pemerhati parlimen. Dia ialah Presiden Sahabat Wanita.




Dr. Nasir Hashim

Dr. Nasir Hashim ialah Pengerusi untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kota Damansara, jawatan yang sebelum ini dimenangi di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat.





S. Arutchelvan

S. Arutchelvan ialah ahli pengasas dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).




Julian Jayaseela, 1st Coordinator

Julian Jayaseela pernah menjadi Pengarah Eksekutif organisasi HIV/AIDS Pink Triangle sebelum ini. Dia juga menerbit filem, dan merupakan pengarah syarikat produksi Nuansa Films.




Charles Hector Fernandez, 2nd Coordinator

Charles Hector ialah peguam, dan bekas ahli Majlis Peguam Malaysia. Dia ialah seorang aktivis dan menulis blog tentang isu-isu hak asasi manusia secara konsisten.




Lee Siew Hwa, 3rd Coordinator

Lee Siew Hwa ialah aktivis yang bekerja untuk Jawatankuasa untuk Wanita Asia (CAW). Dia adalah amat lantang tentang sentimen anti-kerajaannya.




Bruno Gentil Pereira

Bruno Gentil Pereira ialah ahli jawatankuasa eksekutif untuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)