Wednesday, October 26, 2011

AL FATIHAH KEPADA AYAHANDA SITI SALINDA

AL FATIHAH


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Saudari Siti Salinda Hassan, Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras, diatas pemergian Ayahanda tercinta ke rahmatullah petang semalam.

Jenazah Allahyarham telah di bawa ke Surau Abbas Al Habshee, PPR Laksamana untuk di mandikan serta di kafankan dan solat jenazah telah disempurnakan selepas solat maghrib. Jenazah Allahyarham ayahanda Siti Salinda telah di kebumikan di kampung Allahyarham di Melaka.

Turut hadir mengiringi jenazah Allahyarham ketika di bawa van jenazah ke Melaka adalah Datuk Mahadi - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Nasir Ghani - Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras, Tuan Haji Syed Mehdhar - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif - Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras dan Setiausaha Bahagian UMNO Bahagian Cheras merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras - Hajjah Zurainah Musa.

Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras,
turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Siti Salinda, melalui pesanan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras. Datuk Wira Syed Ali sedang mempunyai urusan kerja di dalam negeri ketika berita pemergian Allahyarham ayahanda Siti Salinda di maklumkan.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-Fatihah. Amin...

Monday, October 24, 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS "DAY OUT"

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan satu program khusus untuk ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras di Nur Lembah Pangsun Eco - Resort, Hulu Langat, Selangor.





Program Sehari bersama dengan Ahli - Ahli Puteri UMNO , Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif telah di adakan pada Hari Ahad , 23hb Oktober 2011. Seramai lebih kurang 60 ahli - ahli Puteri UMNO Cawangan - Cawangan telah memberi kerjasama yang amat baik dalam program "Puteri Day Out".



Tujuan utama program ini di anjurkan adalah untuk memperkukuhkan hubungan ukhwah di antara ahli - ahli Puteri UMNO yang baru dan yang lama di samping mempersiapkan jentera Puteri UMNO bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


Pelbagai acara telah di aturkan pada program Sehari Bersama di Nur Lembah Pangsun Eco Resort. Di mulai dengan acara Senaman Aerobik , Sukaneka dan aktiviti riadah berpasukan telah dapat membentuk semangat bekerjasama yang lebih padu.



Pada sebelah petang, satu dialog bersama wakil dari Biro Tata Negara, Ustaz Hairul telah memberi taklimat dan maklumat kepada ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Program "PUTERI DAY OUT" ini juga telah mendapat maklum balas yang positif dari kalangan ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO yang inginkan program tersebut di teruskan sebagai aktiviti wajib bagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.


Saturday, October 22, 2011

PESANAN BUAT AHLI UMNO


Cerita Politik Kedai Kopi berkemundang : Senario politik Orang Melayu di Malaysia semakin mencabar. Ada yang mengatakan, senario politik orang Melayu semakin nampak memberi tentangan kepada UMNO dan Barisan Nasional amnya.

Bagaimana barisan Kepimpinan tertinggi mahu mengambil hati ra
kyat kembali untuk menyokong Barisan Nasional dan UMNO khusunya. Orang Melayu kini berdepan dengan peningkatan peratus yang memberi sokongan bukan kepada UMNO. Masyarakat Cina sudah nampak menjauhkan diri dari Barisan Nasional kerana hari ini terbentuk satu persepsi bahawa Barisan Nasional sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Melayu moderat dan Melayu liberalisme sudah menolak UMNO dengan alasan bahawa UMNO lebih merugikan orang Melayu dari membantu. Persepsi budaya korup sudah sekian lama disinonimkan dengan kepimpinan UMNO.

UMNO dikatakan tua dan tidak mampu melawan
arus kuat berbudayakan budaya songsang – tidak progresif dan berbentuk feudalisme. UMNO kekal sebagai parti yang gagal menarik minat anak UMNO kerana birokrasi dalam UMNO amat memualkan. UMNO tidak ada kekuatan jiwa untuk melakukan perubahan kepimpinan dan melakukan transformasi yang benar-benar menjayakan rakyat.


Pesan ini kepada semua AHLI UMNO bahawa Petubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kini telah di label sebagai tongkat tua yang semakin uzur tetapi digagahkan juga untuk berjalan sungguhpun kalanya lambat bertindak. Pesan pada ada isu yang besar tetapi berjaya dikecilkan pembangkang bukan kerana kita jahil tetapi kerana kita mempunyai agenda peribadi yang lebih besar yang perlu disegerakan untuk kepentingan diri s
endiri.

ISU CALON PILIHANRAYA:

Heboh 1 MALAYSIA bila Perdana Menteri kata akan pilih calon-calon yang boleh menang saja untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan parti-parti komponen Barisan Nasional pula kena korbankan kerusi mereka jika nak pastikan Barisna Nasional menang dengan majoriti dua pertiga dan merampas kembali negeri negeri yang tewas sebelum ini.

Bila Perdana Menteri cakap macam itu, ramailah yang jad
i tukang bubuh nasi tambah termasuk di kalangan Pemimpin tertinggi dan AHLI UMNO. Cuma Pergerakan Puteri UMNO Cheras tertanya-tanya juga kalau dah mereka yang jadi tukang jadi nasi tambah ini dah jadi calon "unwinnable", Adakah mereka sendiri sanggup lepaskan kerusi mereka tak?


Walau pun dalam parti ada yang dipilih untuk menduduki kerusi tertinggi tetapi di peringkat kawasan yang diwakilinya mungkin ramai yang tak suka dan menolak beliau untuk dicalonkan. Contohnya di Parlimen atau ADUN misalnya. Apakah para penyandangnya sanggup melepaskan kerusi yang dimenangi untuk memastikan Barisan Nasional menang selesa pada Pilihan Raya Umum ke13 nanti?

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras cuma ingin menyampai pesan kepada AHLI UMNO. Jangan hanya suruh rakan Parti Komponen sahaja mengorbankan kerusi tapi ada di kalangan Menteri dan para wakil rakyat UMNO yang sudah ditolak oleh pengundi, pun elok jugalah berkorban. Kalau sudah rasa tidak boleh berkhidmat, elok lepaskan kepada calon baru yang lebih diterima pengundi.

Persoalannya : BERSEDIA ? BERANI ? BERKORBAN?

Pesan pada AHLI UMNO: "Kalau memilih tempat mandi – pertama selut kemudian pantai, Kalau memilih kepimpinan – pertama elok kemudian pandai.

Friday, October 21, 2011

PROGRAM SEHARI PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan satu program khusus untuk ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras di Nur Lembah Pangsun Eco - Resort, Hulu Langat, Selangor.



Program Sehari bersama - sama Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif akan di adakan pada Hari Ahad , 23hb Oktober 2011 bersamaan 25 Zulkaedah 1432.


Tujuan utama program ini di anjurkan adalah untuk memperkukuhkan hubungan ukhwah anatara ahli - ahli Puteri UMNO di samping mempersiapkan jentera Puteri UMNO bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


Pelbagai acara telah di aturkan di samping menjemput wakil dari Biro Tata Negara untuk memberi taklimat dan maklumat kepada ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Program "PUTERI DAY OUT" ini juga akan melibatkan ahli - ahli baru Pergerakan Puteri UMNO yang telah berdaftar ketika Program Road Tour Keahlian Puteri UMNO Cheras.


Kepada ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras yang telah mendaftarkan diri, di harap dapat hadir di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel pada hari dan waktu yang telah di maklumkan. Jika terdapat ahli - ahli Puteri menaiki kenderaan sendiri di maklumkan alamat tempat program akan di lakukan:-


NUR LEMBAH PANGSUN Training Camp & Eco Resort

Batu 19 UluPerdik,

41300 Hulu Langat, Selangor



Tuesday, October 11, 2011

POLITIK DENDAM DI MALAYSIA ?


Pergolakan politik sebenarnya tidak seberapa dahsyat di negara ini. Namun kehangatannya menjadi-jadi bila serangan-serangan politik berlaku bukan atas dasar dan kepentingan rakyat. Pergolakan dalam politik tidak akan menyulitkan tetapi pertempuran dalam politik mampu meranapkan negara ini. Pergolakan berasaskan kematangan dalam melunaskan tuntutan demokrasi dapat memberi kebaikan kepada rakyat tetapi sekiranya mula apa yang dikatakan pertempuran maka negara mampu berhadapan dengan risiko yang amat berbahaya. Pergolakan yang akhirnya menjadi satu pertempuran dalam politik berlaku kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Sifat politik dendam akan merosakkan demokrasi dan rakyat akhirnya terserap masuk tanpa di sedari dalam politik dendam ini. Dendam tidak akan berkesudahan sekiranya ia melibatkan pertempuran hangat – senantiasa dendam akan timbul dan ini akan berlarutan dari generasi ke generasi.

Hari ini amat jelas politik dendam wujud dalam negara kita ini. Dendaman ini menyebabkan perkara-perkara yang baik mahu dilakukan menjadi buruk. Ambil contoh pembentangan bajet baru-baru ini. Banyak yang bersifat memakmurkan rakyat, mahu menuju ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia – namun ia masih diragukan. Persoalan bagaimana kononnya kerajaan mahu mencari wang untuk menampung rakyat agenda-agenda yang boleh memakmurkan rakyat Malaysia dibuat. Bajet yang baru-baru ini dikatakan tidak realistik timbul – seolah-olah memberi air percuma itu sesuatu yang realistik tetapi tidak untuk perbelanjaan yang mahu dilakukan untuk memberi kemudahan kepada rakyat.

Kita perlu tolak politik dendam kerana politik dendam sebenarnya akan hanya menghancurkan diri dan negara ini. Rakyat harus sedar dan menjauhi diri dari terperangkap dalam kancah politik dendam individu tertentu yang berdendam khususnya pada UMNO. Ini tidak seharusnya berlaku – UMNO bukan masalah – kalau ada mungkin kepimpinan UMNO tertentu yang masih daif dan alpa dalam menerajui serta menjuarai rakyat. Adakah Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan politik dendam? Dendam macam mana dan apa yang harus kita lakukan untuk mengadakan budaya politik yang matang?


CATATAN ANUAR MOHD NOR - 10hb Oktober 2011