Friday, April 29, 2011

PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2011

Makluman!!!

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras 2011 pada Hari Sabtu, 07 Mei 2011 bersamaan 07 Jamidul Akhir 1432 Hijrah.

Tarikh : 07 Mei 2011 / 07 Jamidul Akhir 1432
Hari : Sabtu

Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras
Jalan Peel , Kuala Lumpur

Perasmian Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan dirasmikan oleh:-
YANG BERHORMAT DATUK SERI DR. AZALINA OTHMAN SAID
Ahli Parlimen Pe
ngerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang / Mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia











Datuk Wira Syed Ali Alhabshee
Ketua UMNO Bahagian Cheras


Kepada semua ketua-ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan, sila pastikan kehadiran perwakilan yang akan hadir pada hari tersebut dan juga kepada ahli-ahli Puteri cawangan juga digalakkan untuk menghadirkan diri bersama - sama memeriahkan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Pakaian Perwakilan / Pemerhati: Baju Seragam Puteri UMNO

*Ahli Puteri UMNO yang tidak ada baju seragam Puteri UMNO, sila pakai baju kurung/kebaya yang berwarna pink.

SELAMAT BERSIDANG.

Friday, April 22, 2011

ORANG MELAYU USAH MUDAH LUPA SEJARAH

Isu - isu seperti hak istimewa Melayu, Ketuanan Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu serta kontrak sosial telah dicungkil kembali dan ada pihak tertentu menggunakan isu ini untuk mencapai objektif yang kita tidak pasti apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Wahai kaum Melayu semua, berhentilah kita mencanang isu-isu sebegini untuk kepentingan tertentu. Jangan kita lupa peranan dan kedudukan kita pada hari ini. Sudah sekian lama orang Melayu dijajah oleh kuasa asing. Kini, sudah tiba masanya untuk kita bangun memajukan dan pada masa yang sama, mempertahankan tanah air kita daripada diceroboh anasir luar. Orang Melayu patut bersatu dan menunjukkan kita bukanlah bangsa yang suka berpecah belah.

Orang Melayu pada hari ini jangan sekali- kali melupakan sejarah apatah lagi meninggalkan sejarah dalam usaha menuju kemajuan dan kemodenan. Orang Melayu patut menjadikan sejarah lalu menjadi lebih baik pada hari ini dan masa akan datang.

Mengapa? Dalam sejarah masyarakat Melayu zaman dahulu, orang Melayu merupakan pelaut yang terkenal kerana mereka boleh meramalkan pergerakan musuh dan kapal-kapal di lautan serta mengetahui arah angin. Kerana kebijaksanaan ini beberapa buah negeri di Tanah Melayu menjadi pusat persinggahan kapal-kapal dagangan dari beberapa negara luar.

Tetapi di manakah Melayu dalam bidang ini sekarang ini? Begitu juga dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang telah diserang Portugis dan Belanda. Mengapa mereka hendak menawan Melaka dan apa yang lebih penting adalah mengapa mereka dengan senang dapat menawan kota Melaka? Sebabnya kerana salah seorang pembesar Melaka pada waktu itu telah belot dengan membuka rahsia kota Melaka kepada musuh.

Peristiwa itu cukup memberikan pengajaran, bahawa orang Melayu jangan sekali-kali menjadi pengkhianat bangsa dan negara. Jangan ada antara kita kerana kepentingan tertentu menjaja masalah negara kepada negara lain dan meminta negara lain membantu menyelesaikan masalah kita.

Ingat! Budaya dan adat resam masyarakat Melayu Malaysia tidak sama dengan budaya negara lain.

Semasa negara ini dijajah oleh British, segala pahit maung telah ditelan oleh datuk nenek kita. Tetapi apa yang British sudah buat pada orang Melayu dan apa yang British pernah kata kepada orang Melayu?

Di zaman penjajahan, apabila disebut sahaja sekolah Melayu, sudah pasti kita dapat bayangkan tentang struktur, keadaan persekitaran dan bangunan sekolahnya.

Keadaan ini merupakan satu faktor mengapa pendidikan Melayu tidak maju dan terkebelakang jika dibandingkan dengan sekolah Inggeris yang didirikan kerajaan British. Selain daripada masalah bangunan, sebahagian sekolah Melayu yang ada pada waktu itu tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang sepatutnya di mana sebahagian besar tidak mempunyai kelas yang sistematik, bahan bacaan yang dibekalkan juga sangat sedikit yang mana sebuah buku terpaksa dikongsi oleh tiga atau empat pelajar.

Begitu juga dengan perpustakaan yang keadaannya sangat mendukacitakan. Ini mungkin disebabkan kurangnya sambutan pelajar Melayu itu sendiri dan ada kaitannya dengan kurangnya buku-buku rujukan dalam bahasa Melayu. Apa yang nyata pada waktu itu sekolah Melayu tidak diberikan kemudahan dan infrastruktur yang teratur sebagaimana sekolah Inggeris.

Itu dari segi pendidikan Melayu. Jadi, orang Melayu yang hidup pada zaman serba moden ini jangan lupa akan kerendahan pendidikan Melayu zaman dahulu. Tetapi sedarkah kita ada orang Melayu tidak menghargai kemudahan pendidikan yang ada pada hari ini. Kita lihat saja walaupun kemudahan pendidikan hari ini tidak ada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain, masih ada anak-anak Melayu ponteng sekolah, ditendang keluar universiti dan malas belajar.

Di zaman penjajahan British juga, mereka menganggap orang Melayu apa? Orang Melayu dikatakan sebagai bangsa yang malas, tidak suka bekerja di bawah orang lain, tidak produktif, tidak mahu bekerja lebih kuat, cukup sekadar untuk menampung makan dan pakai sekeluarga.

Justeru, mereka tidak memberikan peluang kepada orang Melayu untuk terlibat sama dalam sistem pemerintahan dan juga ekonomi kapitalis mereka.

Adakah bangsa Melayu hari ini masih mahu dilabel sebegitu oleh orang luar?. Cuba kita lihat apa yang berlaku hari ini? Masih ada segelintir orang Melayu yang walaupun telah diberi pelbagai kemudahan, bantuan, subsidi, dan biasiswa masih lagi menongkat dagu? Rasanya sudah sampai masanya untuk kita membuang sindrom ‘subsidi’ dan usahakanlah untuk membantu diri sendiri dengan bekerja lebih kuat dan gigih.

Tunjukkanlah kepada negara luar yang orang Melayu hari ini tidak lagi malas dan mampu bekerja sendiri. Dahulu kerajaan memberikan tanah kepada orang Melayu untuk diusahakan. Ini kerana orang Melayu tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam dan hanya mampu menyewa dari orang lain dan mereka sentiasa menjadi mangsa orang tengah. Atas keprihatinan ini, pihak kerajaan memberikan tanah kepada mereka melalui rancangan Felda.

Sebagai penduduk pribumi dan penduduk asal Tanah Melayu, orang Melayu diberi kuasa untuk mentadbir negara. Parti-parti yang menang akan memegang tampuk pemerintahan. Bukan itu sahaja ‘pertuanan Melayu’ akan tetap kekal dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial. Selepas itu muncul pula ‘kontrak sosial’ yang mengikat hubungan antara bangsa Melayu, Cina dan India. Kuasa-kuasa ini diperturunkan lagi ke peringkat bawah apabila wakil-wakil yang dipilih rakyat akan duduk di kerusi Parlimen. Begitu tinggi kuasa yang diberikan oleh rakyat. Tetapi apa yang berlaku?

Ada segelintir masyarakat Melayu yang telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik masing-masing sehingga melupakan tanggungjawab utama membantu rakyat yang telah memberikan mereka kuasa sebelum ini.

Itu adalah segelintir isu yang telah menampakkan senario-senario kealpaan masyarakat Melayu terhadap sejarah. Ingatlah perpecahan adalah bibit-bibit ke arah kemusnahan sesuatu tamadun manusia. Barangkali kita kena selidik balik faktor-faktor kejatuhan sesuatu tamadun dunia sebelum ini.

Itulah pentingnya Sejarah!


Petikan tulisan Hasnah Hussin
PENULIS ialah Pensyarah Kanan
Pusat Bahasa Moden & Sains KemanusiaanUniversiti Malaysia Pahang.

NOTA KAKI : Melayu Mudah Lupa. Semoga penulisan di atas dapat menyedarkan Bangsa Melayu agar tidak terus lupa.

Sunday, April 17, 2011

PERTANDINGAN PEMIDATO WANITA MUDA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Satu pertandingan pidato dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pertandingan terbuka kepada ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO negeri-negeri di Malaysia. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 2 orang peserta sahaja yang dipilih berdasarkan pertandingan yang dijalankan diperingkat negeri.

Menurut maklumat terkini, 5 Pemidato terbaik iaitu peserta dari Negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Perlis dan Sabah telah dipilih untuk bersaing di Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 17 haribulan April 2011 bertempat di Dewan Tun Hussien Onn (A) PWTC.

Wakil Puteri UMNO Wilayah Persekutuan adalah merupakan ahli Puteri Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras iaitu Cik Zaleha yang menjadi Juara Pertandingan Pidato Puteri UMNO Wilayah Persekutuan pada 23hb Januari 2011 yang lalu.

NOTA KAKI : Ketua Puteri dan seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras amat berbangga atas semangat dan kejayaan Cik Zaleha yang telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Pemidato Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Iringan doa dari semua semoga wakil Puteri UMNO Cheras akan meraih kejayaan.






KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE 10

Keputusan keseluruhannya Barisan Nasional memenangi 55 kerusi, DAP 12 kerusi , PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Keputusan itu menunjukkan Barisan Nasional kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di kawasan Bandar Kuching.



N1: OPAR
1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)

4. Ranum Mina (BN)

N2: TASIK BIRU
1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)


N3: TANJONG DATU
1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)


N04: PANTAI DAMAI
1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

N5 DEMAK LAUT
1. Dr. Hazland Abang Hipni (BN)
2. Ali Hossen Abang (PKR)

N06: TUPONG
1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

N7 SAMARIANG
1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

N08: SATOK
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

N9 PADUNGAN
1. Sim Kiang Chiok (BN)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)


N10 PENDING
1. Prof. Dr. Sim Kui Hian (BN)
2. Violet Yong Wui Wui (DAP)


N11 BATU LINTANG
1. Sih Hua Tong (BN)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)


N012: KOTA SENTOSA
1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)


N13 BATU KAWAH
1. Christina Chiew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN)


N14 ASAJAYA
1. Abd. Karim Rahman Hamzah (BN)
2. Arip Ameran (PKR)

N015: MUARA TUANG
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

N016: BENGOH
1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)


N017: TARAT
1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

N018: TEBEDU
1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)


N019: KEDUP
1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)


N020: SADONG JAYA
1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)


N021: SIMUNJAN
1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le’ (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)


N022: SEBUYAU
1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)

3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745
1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)

3. Simoi Peri (BN-PBB)

N024: BETING MARO
1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

N025: BALAI RINGIN
1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)


N026: BUKIT BEGUNAN
1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)


N027: SIMANGGANG
1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)


N028: ENGKELILI
1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)


N029: BATANG AI
1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

N030: SARIBAS
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

N031: LAYAR
1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)

4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

N032: BUKIT SABAN
1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)

3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

N33 KALAKA
1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN)
3. Mohd. Yahya Abdullah (PKR)

034: KRIAN
1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Bebas)
4. Ali ak Biju (PKR)

N035: BELAWAI
1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)

3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

N036: SEMOP
1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)


N037: DARO
1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)


N038: JEMORENG
1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)


N039: REPOK
1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)


N040: MERADONG
1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)


N041: PAKAN
1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

N042: MELUAN
1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

N43 NGEMAH
1. Alexander Vincent (BN)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh Denong (PCM)
4. Michael Lias (Snap)
5. Aris Alap (PKR)
Penyandang: Gabriel Adit Demong (PCM)


N044: MACHAN
1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)


N045: BUKIT ASSEK
1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)


N046: DUDONG
1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)


N047: BAWANG ASSAN
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)


N48 PELAWAN
1. Vincent Goh Chung Siong (BN)
2. David Wong Kee Woan (DAP)


N049: NANGKA
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)


N50 DALAT
1. Datin Fatimah Abdullah(BN)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)


N051: BALINGIAN
1. Suriati Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

N052: TAMIN
1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)

N053: KAKUS
1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)

3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (Bebas)

N54 PELAGUS
1. Stanley Nyitar @ Unja Malang (BN)
2. Edward Sumbang Asun (PKR)

3. George Lagong (Bebas)

N055: KATIBAS
1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
2. Toh Heng San (SNAP)
3. Munan ak Laja (PKR)


N056: BALEH
1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

N057: BELAGA
1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)


N058: JEPAK
1. Ramli Malaka (SNAP)
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)
3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB)
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas)
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)

N059: KIDURONG
1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)


N060: KEMENA
1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)

3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

N61 BEKENU
1. Rosey Yunus (BN)
2. Dayang Juliana Awang Tambi (PCM)
3. Thony Badak (Snap)
4. Ishak Mahwi (PKR)


N62 LAMBIR
1. Ripin Lamat (BN)
2. Zolhaidah Suboh (PKR)
3. Johari Bujang (Snap)


N063: PIASAU
1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)


N64: PUJUT
1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
2. Fong Pau Teck (DAP)


N065: SENADIN:
1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)


N066: MARUDI
1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
2. Michael Ding Tuah (Bebas)
3. Gerang ak Dagom (PKR)
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

N67 TELANG USAN
1. Harrison Ngau Laing (PKR)
2. Kebing Wan (Snap)
3. Jok Ding (Bebas)

4. Dennis Ngau (BN)

N68 BUKIT KOTA
1. Leong Kwang Yew (DAP)
2. Usop Jidin (Bebas)

3. Dr. Abdul Rahman Ismail (BN)
4. Ladis Pandin (Bebas)

N69 BATU DANAU
1. Dr.Lau Liak Koi (PKR)
2. Lawrence Cosmas Sunang Simpang (Snap)

3. Palu @ Paulus Gumbang (BN)

N70 BA'KELALAN
1. Willie Lau (BN)
2. Baru Bian (PKR)


N71 BUKIT SARI
1. Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan (BN)
2. Japar Suyut (PKR)

Thursday, April 7, 2011

213 CALON BERTANDING DI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Seramai 213 calon melibatkan 71 kerusi disahkan bertanding pada pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10, jumlah pencalonan tertinggi diterima berbanding sebelum ini.Pilihan raya kali ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila tiada mana-mana calon menang tanpa bertanding sejak kali terakhir pada 1979.

Malah, pencalonan yang diterima daripada calon bebas turut mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 41 calon melibatkan 40 lelaki dan seorang wanita.

Sejumlah 71 calon daripada Barisan Nasional, 15 Parti Tindakan Demokratik (DAP), 26 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), 49 Parti Keadilan Rakyat (PKR), lima Parti Islam SeMalaysia (Pas), enam Parti Cinta Malaysia (PCM) dan 41 Bebas akan bertanding pada pilihan raya yang akan diadakan pada 16 April ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di pejabat SPR di sini petang Rabu.

Menurutnya, sebanyak 32 bantahan diterima bagi kesemua 71 kerusi pada proses penamaan calon yang berlangsung pagi tadi.

Bagaimanapun, hanya satu bantahan diterima melibatkan calon SNAP di DUN Kakus (N.53).

“Bantahan berkenaan ialah calon, pencadang dan penyokong tidak menandatangani borang pencalonan,” katanya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, daripada 71 kerusi terdapat dua kawasan DUN menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu di DUN Balai Ringin (N.25) dan DUN Belaga (N.57).

“Terdapat juga pertandingan lima penjuru melibatkan dua bahagian pilihan raya, 17 (empat penjuru), 23 (tiga penjuru) dan 27 (dua penjuru),” ujarnya.

Jelas beliau, seramai 197 calon lelaki manakala 16 wanita akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

Tuesday, April 5, 2011

KEJOHANAN FUTSAL WANITA TERBUKA 1 MALAYSIA

Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia, Piala Perdana 2011 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Borang & syarat syarat pertandingan boleh didapati di blog futsal Puteri dan tarikh tutup penyetaan pada 21 April 2011.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 30 April, 1 dan 2 Mei akan datang ini bakal diadakan di Kompleks Futsal Putrajaya, Presint 18, Putrajaya. Ianya terbuka kepada seluruh wanita warganegara Malaysia berusia 15 hingga 35 tahun.

Setiap pasukan boleh diwakili seramai 10 orang termasuk jurulatih dan pengurus.


Hadiah hadiah lumayan menanti pasukan yang berjaya adalah :-

Tempat 1 - RM 8,000.00
Tempat 2 - RM 5,000.00
Tempat 3 - RM 3,000.00
Tempat 4 - RM 1,000.00
Tempat 5 - 8 - RM 500.00
Tempat 9 - 16 - RM 300.00

Bagi sebarang pertanyaan sila berhubung dengan URUSETIA KEJOHANAN FUTSAL WANITA TERBUKA :

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Suite 2, Aras 5, Menara Dato' Onn
PWTC, Kuala Lumpur
Tel : 03 40413900 Fax l 03 40413779

Monday, April 4, 2011

CALON - CALON BARISAN NASIONAL DI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mempertahan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 kali ini. Beliau yang genap tiga dekad menerajui kerajaan negeri Sarawak 26 Mac lalu juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).


Tiga pemimpin komponen BN Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam akan mempertahankan kerusi Piasau manakala Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom akan bertanding di Pakan.Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing pula akan mempertahankan kerusi Baleh. Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di kerusi Bukit Sari dan bekas menteri persekutuan, Tan Sri Adenan Satem di Tanjung Datu.

Daripada calon BN yang diumumkan hari ini, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (tujuh), PRS (dua) dan SPDP satu. Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu ini manakala hari pengundian 16 April. Bagaimanapun laporan media menyebut calon bagi kerusi Ba’kelalan tidak diumumkan lagi.Berdasarkan pengumuman hari ini, PBB akan bertanding di 45 kerusi manakakala SUPP di 19 kawasan, PRS (sembilan) dan SPDP pula lapan kerusi.

Berikut adalah calon - calon Barisan Nasional untuk Pilihanraya Negeri Sarawak :

N.01 OPAR - Ranum Ak Mina
N.02 TASIK BIRU Datuk - Peter Nansian Ngusie
N.03 TANJUNG DATU - Tan Sri Adenan Satem
N.04 PANTAI DAMAI - Dr Abdul Rahman Junaidi
N.05 DEMAK LAUT - Dr Hazland Hipni

N.06 TUPONG - Datuk Daud Bin Abdul Rahman

N.07 SAMARIANG - Sharifah Hasidah S.A Ghazali

N.08 SATOK - Datuk Amar Abg Abd Rahman Zohari
Tun Abang Openg
N.09 PADUNGAN - Sim Kiang Shiok

N.10 PENDING - Dr Sim Kui Hian

N.11 BATU LINTANG - Sih Hua Tong

N.12 KOTA SENTOSA - Datuk Alfred Yap

N.13 BATU KAWAH - Tan Joo Phoi

N.14 ASA JAYA - Dr Abdul Karim Rahman Hamzah

N.15 MUARA TUANG - Datuk Seri Mohd Ali Mahmud

N.16 BENGOH - Dr Jerip @ Belek Susil

N.17 TARAT - Roland Sagah Wee Inn
N.18 TEBEDU - Datuk Seri Michael Manyin Jawon
N.19 KEDUP - Maclaine Ben @ Martin Ben Anak Michael
N.20 SADONG JAYA - Aidil Lariwoo
N.21 SIMUNJAN - Naroden Majais

N.22 SEBUYAU - Julaihi Nerawi

N.23 LINGGA - Simoi Peri

N.24 BETING MARO - Razaili B.Hj.Gapor

N.25 BALAI RINGIN - Snowdan Lawan

N.26 BUKIT BENGUNAN - Mong Dagang
N.27 SIMANGGANG - Datuk Francis Harden
N.28 ENGKILILI - Dr Johnical Rayong
N.29 BATANG AI - Malcom Mussen
N.30 SARIBAS - Ricky@Mohammad Razi Sitam
N.31 LAYAR - Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Ak Numpang

N.32 BUKIT SABAN - Robert Lawson Chuat Ak Vincent Entering
N.33 KALAKA - Abdul Wahab Bin Aziz
N.34 KRIAN - Datuk Peter Nyarok Ak Entrie
N35. BELAWAI - Datuk Len Talif Salleh
N.36 SEMOP - Abdullah Saidol
N.37 DARO - Dr Murni Suhaili

N.38 JEMORENG - Abu Seman Jahwie

N.39 REPOK - Datuk David Teng
N.40 MERADONG - Ling Lie King
N.41 PAKAN - Datuk Seri William Mawan Ikom
N.42 MELUAN - Wong Ak Judat
N.43 NGEMAH - Alexander Vincent
N.44 MACHAN - Datuk Gramong Juna
N.45 BUKIT ASSEK - Chieng Buong Toon

N.46 DUDONG - Datuk Tiong Thai King

N.47 BAWANG ASSAN - Datuk Seri Wong Soon Koh

N.48 PELAWAN - Vincent Goh Chung Siong
N.49 NANGKA - Dr Anuar Rapiee
N.50 DALAT - Datin Fatimah Abdullah

N.51 BALINGIAN - Tan Sri Abdul Taib Mahmud

N.52 TAMIN - Joseph Mauh Ikeh
N.53 KAKUS - John Sikie Ak Tayai
N.54 PELAGUS - Stanley Unja
N.55 KATIBAS - Datuk Ambrose Blikau Ak Enturan

N.56 BALEH - Datuk Seri Dr James Jemut Masing

N.57 BELAGA - Liwan Lagang

N.58 JEPAK - Datuk Talip Zulpilip

N.59 KIDURONG - Henry Ling Kuong Meng
N.60 KEMENA - Dr Stephen Rundi Utom
N.61 BEKENU - Rosey Yunus

N.62 LAMBIR - Ripin Lamat

N.63 PIASAU - Tan Sri George Chan Hong Nam

N.64 PUJUT - Andy Chia Chu Fatt

N.65 SENADIN - Datuk Lee Kim Shin

N.66 MARUDI - Sylvester Entri Ak Muran

N.67 TELANG USAN - Dennis Ngau

N.68 BUKIT KOTA - Dr Abdul Rahman Bin Ismail

N.69 BATU DANAU - Paulus@Palu Gumbang
N.70 BA'KELALAN - ??

N.71 BUKIT SARI - Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan