Tuesday, July 28, 2009

PROGRAM B2R MERIAH DI DATARAN MERDEKA




Tarikh : 25 Julai 2009
Masa : 6.30pagi
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Program B2R ini telah dirasmikan secara gilang gemilang oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur di Dataran Merdeka. Di dalam ucapan Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, telah memberi penekanan kepada wanita muda terutama kepada Puteri UMNO untuk "celik jenayah" di mana harus terhadap jenayah yang terjadi di sekeliling.




Acara kemuncak yang berlangsung pada Program B2R ini adalah acara "Walkabout" dan penyerahan risalah mengenai Ragut dan Rogol kepada orang ramai berhampiran di Dataran Merdeka oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, sambil di temani oleh Yang Berhormat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Ketua Puteri UMNO Malaysia bersama - sama Exco Puteri UMNO Malaysia, Ketua - Ketua Puteri UMNO Negeri dan ahli - ahli Puteri UMNO.



Bagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 orang Ahli Puteri UMNO Cheras. Di harap selepas ini Wanita Muda khususnya Puteri UMNO dapatlah sekiranya mempelajari teknik mempertahankan diri walaupun pada peringkat asas ataupun membawa Wisel atau sesuatu yang boleh dijadikan senjata untuk menyelamatkan diri ketika berlakunya kejadian jenayah seumpama ragut yang tidak kita duga.

SELAMAT PENGANTIN BARU !!!



Tarikh : 19 Julai 2009
Tempat : Kg. Pasir, Hulu Kelang

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Cik Aidah Zanan (Along) yang merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras bersama pasangannya Encik Sarazzin Zulkapli yang telah selamat di ijabkabulkan pada 19 Julai 2009 di kediaman beliau di Kampung Pasir, Ulu Kelang, Selangor.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif bersama Naib Ketua Pergerakan Puteri , Puan Norhana Abdul Abas dan Ahli - Ahli Jawatankuasa telah turut sama meraikan majlis perkahwinan tersebut. Ahli - Ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa mendoakan pasangan pengantin baru ini akan berbahagia hingga ke anak cucu, cicit, piut dan ....



P/s: Harap-harap Along akan lebih bersemangat untuk menyertai aktiviti yang akan berjalan selepas ini.

Wednesday, July 22, 2009

KURSUS PERHOTELAN ANJURAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PENGUMUMAN!!!
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan menganjurkan KURSUS PERHOTELAN selama tiga (3) bulan.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras amat mengalu-alukan penyertaan kepada mereka yang TIADA PEKERJAAN atau ingin menambahkan pendapatan dengan mencari PEKERJAAN SAMPINGAN untuk menampung perbelanjaan yang semakin meningkat pada masa kini.

Kursus ini akan diadakan di DEWAN PUSAT REKREASI CHERAS, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Etika Pakaian peserta ketika mengikuti Kursus hendaklah berpakaian Kemeja Putih dan Seluar hitam.

Syarat-Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
2. Umur 18 tahun ke atas.

Yuran Pendaftaran
Bayaran untuk Kursus selama tiga (3) bulan ini hanyalah RM55.00 sahaja.

Nota : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan berbesar hati akan MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN untuk AHLI PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS yang berminat mengikuti Kursus ini.
Hanya untuk 30 orang yang terawal sahaja. (siapa lambat bayar sendiri, baik cepat).

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 03-92827923 (Kak nor/Syura/Hana) atau email pu3.cheras@gmail.com

Tuesday, July 21, 2009

PELANCARAN PROGRAM DAN TABUNG BANTERAS RAGUT DAN ROGOL (B2R)


Oppss… kini semakin berleluasa mangsa Ragut dan Rogol sehingga mengakibatkan banyak kehilanga nyawa JOM!!! kita beramai-ramai untuk turun bersama-sama menjayakan kempen B2R ini yang akan diadakan. Butiran program adalah seperti dibawah :-

Tarikh : 25 Julai 2009
Masa : 7.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka Kuala Lumpur


Untuk pengetahuan semua modus operandi bagi program ini adalah, anda semua akan diberikan t’shirt lengan panjang dan sebiji Wisel dimana anda semua akan berjalan dengan meniup wisel.

Program ini di buka kepada semua ahli-ahli Puteri UMNO cawangan dimana anda semua boleh berkumpul di PRC pada jam 6.30 pagi, jangan risau kenderaaan disediakan.
Sila serahkan maklumkan nama anda kepada SYURA / KAK NO @ 03-92827923 (Pejabat Puteri) atau email kepada pu3.cheras@gmail.com

Monday, July 20, 2009

MAJLIS PELANCARAN BLOG PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS



Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras

Pada masa kini rakyat mudah untuk meluahkan pendapat ataupun pandangan yang secara terbuka menerusi laman web mahupun di laman blog. Pandangan yang positif ini amatlah perlu kepada setiap pergerakan untuk menjadi landasan dan untuk menerima maklumbalas kepada sesuatu tindakan yang diambil.

Laman Blog atau laman Web juga adalah merupakan satu platform untuk menyebarkan maklumat dengan pantas kepada masyarakat umumnya dan kepada ahli-ahli Puteri UMNO khususnya mengenai aktiviti dan maklumat yang dijalankan oleh UMNO Bahagian mahupun di peringkat UMNO Cawangan.

Dengan ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, telah melangkah setapak kehadapan dengan melancarkan Blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras pada 17 Julai 2009. Majlis Pelancaran Blog ini telah di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Shahanim Mohd Yusof, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pada Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras.



PERSIDANGAN TAHUNAN PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras

Hari yang penting dan bermakna bagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, di mana pada 17 Julai 2009 ini telah berlansungnya Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras bagi tahun 2009. Majlis Perasmian telah diadakan secara gilang gemilang di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel. Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan Koir dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Cheras dan persembahan nyanyian solo lagu Warisan oleh wakil Exco Puteri UMNO Bahagian Cheras.



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras amat berbangga kerana YB Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah sudi menerima undangan dari Puteri UMNO Bahagian untuk menghadiri dan merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Namun disebabkan kesihatan YB Datuk Rosnah yang tidak mengizinkan, maka Majlis Perasmian Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Puan Shahanim Mohd Yusof, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Di dalam ucapan perasmian beliau, Puan Shahanim telah menekankan beberapa garis panduan kepada ahli-ahli Puteri untuk sama-sama memahami dan cuba mengikuti prinsip 6S. Prinsip 6S yang dimaksudkan adalah; SAYANG, SETIA, SEMANGAT, SELALU BERSAMA GOLONGAN MUDA, SUNGGUH-SUNGGUH BUAT PROGRAM dan SENYUM SELALU.



Di majlis tersebut juga, Y. Bhg. Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Cheras telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian. Dalam ucapan Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali, beliau berharap sumbangan ini dapat memberi dorongan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras untuk lebih aktif dan menganjurkan lebih banyak program yang memanafaatkan kepada ahli - ahli Puteri UMNO di peringkat Cawangan khususnya.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS, INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA AHLI - AHLI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN DI SELURUH MALAYSIA YANG AKAN MENGADAKAN PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI UMNO.

Sunday, July 19, 2009

PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBANTU MENCEGAH H1N1



Tarikh : 26 Jun 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat : KL Sentral, Kuala Lumpur

Influenza A (H1N1) adalah penyakit global yang telah melanda dunia pada masa kini. Malaysia juga tidak terlepas daripada serangan virus ini. Menurut Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 19 Julai 2009 jam 8.00 pagi jumlah kes di Malaysia telah mencecah 874. Di mana 775 pesakit (89%) telah sembuh dan 8 orang (1%) sedang menerima rawatan di hospital, manakala 91 pesakit (10%) dirawat sebagai pesakit luar.

Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang di ketuai oleh Puan Sarina Sharif telah mengambil pendekatan untuk mengadakan kempen Mencegah H1N1 dan memberi maklumat dan kesedaran awam tentang penjagaan diri untuk mengurangkan risiko penyakit Influenza A (H1N1) ini.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah menghantar seramai 18 orang untuk bersama-sama Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan di dalam kempen tersebut. Kempen ini telah mendapat sambutan dari orang awam dan berlangsung secara besar-besaran di KL Sentral. Pengagihan “mask” dan risalah kesihatan kepada orang awam telah di lakukan oleh ahli - ahli puteri Pergerakan Puteri UMNO.


MAJLIS SEPETANG PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS BERSAMA AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN CHERAS



Tarikh : 23 Mei 2009
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Hotel De Palma, Ampang


Penggal 2008-2011 adalah penggal dimana kebanyakan Ketua Puteri UMNO Cawangan adalah terdiri dari muka baru. Bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengambil satu langkah mengadakan Majlis Sepetang Bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang bertempat di Hotel De Palma, Ampang.

Majlis berjalan begitu meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Wira Syed Ali Al Habshee yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Cheras bersama barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Majlis Sepetang ini juga di anjurkan untuk meraikan perlantikan Yang Berbahagia Dato' Wira Syed Ali Al Habshee sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.


Wednesday, July 8, 2009

PROGRAM MENCUCI KERETA SAMBIL BERAMAL



Tarikh : 08 Mar 2009
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel

Program Amal ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mengumpul dana. Dana yang terkumpul melalui program “Cuci Kereta Sambil Beramal” akan disumbangkan kepada Rumah Kebajikan , Rumah Anak – Anak Yatim dan kepada golongan yang memerlukan. Program ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Jumlah kutipan dana melalui sumbangan individu dan syarikat korporat telah terkumpul sebanyak RM 8,000.00.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras di dalam ucapan beliau, telah menyatakan “Program ini akan dijadikan sebagai Program Tahunan, di mana Program yang dapat mendidik ahli-ahli Puteri untuk sentiasa mengingati kepada orang yang kurang bernasib baik dan akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan”.


PROGRAM SANTAI PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


Tarikh : 28 Februari 2009
Masa : 08.30 Malam
Tempat : Ampang Bowling, Ampang Point

Progam Santai bersama Pergerakan Puteri UMNO berlangsung di Ampang Bowling, Ampang Point . Program Santai Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah bertujuan untuk berkenalan rapat di antara Ahli-Ahli Puteri Cawangan bersama Ahli – Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Program santai sambil bermain bowling ini, telah berjaya mencungkil bakat ahli – ahli Puteri UMNO yang terpendam selama ini. Kebolehan dan kesungguhan dapat di lihat di kalangan ahli – ahli Puteri dalam usaha memburu mata yang tertinggi. Permainan bowling yang merupakan satu sukan riadah yang sihat telah juga berjaya mencungkil pemain yang berkebolehan untuk mewakili Pergerakan Puteri UMNO Cheras untuk acara-cara kejohanan Bowling pada masa akan datang.

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009


Tarikh : 01 Januari 2009
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel

Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Cheras telah bekerjasama menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR & PMR 2008. Majlis yang telah berlangsung di Pusat Rekreasi Cheras adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan bagi Sessi 2009 kepada anak – anak ahli UMNO yang telah mendapat keputusan cemerlang. Sumbangan yang di beri menjadi pemangkin semangat kepada pelajar – pelajar untuk terus maju dan berusaha dengan lebih gigih .

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Tarikh : 01 Januari 2009 / 04 Muharram
Masa : 08.00 Pagi
Tempat : Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO Bahagian meraikan Sambutan Awal Muharam dengan menyertai perarakan yang bermula dari Pusat Rekreasi Cheras hingga ke Masjid Alam Shah, Jalan Pudu , Cheras. Majlis yang di anjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras dilihat dapat menyemaikan semangat perpaduan dikalangan ahli – ahli UMNO Bahagian Cheras dan mengeratkan hubungan silaturahim yang lebih utuh. Majlis Keagamaan seperti ini haruslah diperbanyakan agar ianya dapat memupuk sifat dan nilai murni dalam melaksanakan tanggugjawab sebagai umat islam. Majlis Khatam Al Quran dilaksanakan oleh ahli – ahli UMNO di Masjid Alam Shah, Jalan Pudu, Cheras

MAJLIS DOA SELAMAT


Tarikh : 29 October 2008
Masa : 08.00 malam
Tempat : Bilik Pergerakan Puteri UMNO Bahagian

Bertempat di Bilik Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah di adakan majlis doa selamat dan bacaan surah Yasin. Program yang di anjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Cheras, di hadiri oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras yang baru di lantik iaitu saudari Sarina Sharif. Majlis tersebut di hadiri oleh Setiausaha Bahagian UMNO Cheras, Encik Baharuddin serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras Tuan Syed Mehdhar Syed Abdullah serta Ahli - Ahli Jawatankuasa 4 peringkat UMNO Bahagian Cheras.

Majlis Doa Selamat adalah bertujuan untuk memohon keberkatan dari Allah s.w.t kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian dan Barisan Pegawai yang baru dilantik. Majlis Doa Selamat ini diadakan secara bersederhana, yang dimulakan dengan bacaan Yassin dan diikuti Bacaan Doa. Sokongan dapat dilihat dengan kehadiran tetamu seramai 40 orang yang terdiri daripada ahli – ahli Puteri UMNO Cawangan dan tetamu jemputan terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian, Pergerakan Wanita Bahagian dan Pemuda Bahagian. Penganjuran majlis yang sebegini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli – ahli UMNO di Bahagian Cheras. Majlis di akhiri dengan jamuan makan malam.