Wednesday, March 23, 2011

TARIKH PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon untuk Pilihanraya Negeri Sarawak pada 06 April 2011 bersamaan hari Rabu, manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April 2011 bersamaan hari Sabtu.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching, Sarawak.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya Negeri Sarawak sebelum ini telah diadakan pada 20 Mei 2006.

Monday, March 21, 2011

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada hari Isnin, 21 Mac 2011, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu. Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Barisan Nasional telah mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu.

Tan Sri Taib Mahmud yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada Pilihanraya Negeri pada tahun 2006.

Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi.

Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti.

NOTA KAKI : Semoga Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berjalan dengan amalan demokrasi dan memberi kejayaan yang lebih cemerlang kepada Barisan Nasional.

Sunday, March 6, 2011

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL DUN MERLIMAU DAN DUN KERDAU


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL N27 - DUN MERLIMAU

BARISAN NASIONAL : 5,992

PAS : 2,316

UNDI ROSAK : 130

MAJORITI : 3,643







KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL N28 - DUN KERDAU

BARISAN NASIONAL :5,060

PAS :2,336

UNDI ROSAK : 90

MAJORITI : 2,724

PERATUS PENGUNDIAN 83.20 %

Friday, March 4, 2011

SELAMATKAN MALAYSIA - DI MANA ADA PEMBANGKANG, DI SITU ADA MUSIBAH

PRK KERDAU dilihat dan dipaksikan sebagai agenda cukup penting untuk pembangkang.Mereka yakin adalah terlalu sukar untuk merampas kerusi DUN yang secara tradisinya milik UMNO BN ini tapi mereka ingin merobohkan keyakinan itu dan akan menggunakan segala cara serta pendekatan untuk merampas DUN tersebut dan mengurangkan majoriti yang diperolehi pada PRU12 lalu ada sasaran mereka yang terakhir.Niat jahat PAS makin terserlah.

Bagi mereka Kerdau adalah penanda aras bagi menghadapi PRU13 yang mereka jangkakan akan diadakan pada bila-bila masa.Sekiranya mereka berjaya dalam PRK DUN Kerdau ini dengan segala taktik-taktik kotor yang digunakan akan secara tidak langsung akan memalitkan arang ke muka PM Najib kerana Pahang adalah negeri kelahiran beliau.Ianya juga secara tidak langsung akan menambahkan lagi keyakinan pembangkang dalam PRU13 nanti.

Sehingga saat ini PAS menaburkan segala janji-janji dan fitnah.Buku Jingga mereka arak dalam setiap ceramah, janji syurga tidak lekang dari mulut penceramah PAS sehingga mereka terpaksa membawa Bob Lokman yang darah baru setampuk pinang ke gelanggang ceramah PAS.Bob yang menganggap dirinya mahu mencari syurga turut terpalit dosa-dosa apabila turut memfintah calon BN dan juga kepimpinan PM Najib.

PAS berusaha semaunya untuk memalukan Perdana Menteri.Mereka menggunakan segala usaha keji.Ceramah PAS tanpa permit,poster calon PAS menggunakan jata negeri yang dikhususkan untuk Sultan Pahang dan kerabatnya,PAS hina Majlis Agama Islam Pahang,perlekehkan akal budi pengundi Kerdau dan juga peneroka Felda. PAS percaya sekiranya mereka menang ataupun Berjaya mengurangkan lagi majority undi seperti PRU12 lalu akan menjadikan PM Najib dalam keadaan yang cukup terdesak untuk mengekalkan Pahang di tangan BN dan juga menjadi petunjuk kepada gerakan pembangkang di seluruh Negara.

Dalam tempoh yang masih berbaki 72 jam ini,pembangkang telah menggerakkan seluruh jentera mereka.Tidak cukup mengundang pemimpin-pemimpin pembangkang lain, mereka turut membawa masuk pelajar-pelajar university yang akan dipergunakan untuk mempengaruhi undi. Selain daripada itu mereka juga turut melakukan penyamaran dengan anggota-angota muslimahnya memakai pakaian rasmi Wanita UMNO bergerak dari rumah ke rumah supaya menolak calon BN itu kerana kononnya calon ini tidak mendapat restu dari kepimpinan UMNO Bahagian Kerdau.Kempen politik PAS semakin menjijikan..

PAS tahu mereka melalui jalan sukar untuk menang tetapi pilihanraya ini seperti biasa mereka akan gunakan untuk menabur segala fitnah.Fitnah menjadi semakin rancak dan bertenaga apabila ianya turut dilakukan oleh Nik Aziz dan dipanjangkan pula oleh Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang.Gabungan ulamak dan ustaz palsu ini semkain menjadi-jadi..

MALAYSIA perlu diselamatkan dari jadi lubuk fitnah
PRK ini bagi PAS adalah medan dan peluang untuk mereka terus mendoktrinkan pemikiran rakyat supaya menerima fitnah dan pembohongan mereka selama ini sebagai benar.Rata-rata ceramah PAS dipenuhi dengan segala caci maki dan penghinaan terhadap agama,bangsa dan Negara.Kalaulah tiga struktur asas ini mereka persendakan semaunya apalah sangat dengan batang tubuh PM Najib serta kepimpinan BN Pahang,lagi mereka tidak segan silu dan malu untuk menghina dan memperlekehkanya,

Secara jelas PAS seperti sedang menjadikan PAS itu sebagai agama yang harus diikuti dan dipatuhi oleh pengikut-pengikutnya dan mereka sedang menghasut menggunakan PAS sebagai agama baru ini di kalangan rakyat bawahan.PAS yakin ketololan dan kebodohan akal mereka selama ini tempiasnya turut terkena kepada rakyat yang mereka mahu jadikan bodoh sepetri penyokong-penyokong PAS tegar yang lain.

Untuk mempertahankan kesinambungan kepimpinan yang sekian lama bertapak di negeri Pahang dan juga maruah serta agenda rakyat yang mahu PM Najib bangunkan, pengundi Kerdau dituntut untuk berfikir secara matang serta bijaksana.PAS sedang menyuntik segala racun berbisa dan dalam masa yang sama sedang hebat menganjurkan perpecahan.Gunakanlah tempoh yang berbaki tidak berapa lama ini untuk menunjukkan jalan keluar kepada PAS.Selamatkan Malaysia daripada segala pembohongan dan fitnah ini.


Hasil Nukilan : Sanggah Tok Janggut

NOTA KAKI : Salam Tok Janggut, mohon keizinan mempamerkan artikel Tok Janggut untuk renungan dan panduan ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras.