Tuesday, December 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN, HANA



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, telah meraikan Hari Ulang Tahun Cik Puan Cik Norhana Abas, Naib Ketua Puteri pada 19 Disember 2009 di Laypark Kopitiam, Wangsa Maju.

Majlis ini juga adalah untuk meraikan Exco Pergerakan Puteri UMNO Bahagian dan ahli-ahli Puteri Cawangan yang selama ini banyak membantu Pergerakan Puteri Bahagian di dalam semua Program yang telah diadakan.

Semoga pada program-program yang akan datang ini, kita dapat melihat akan lebih ramai lagi penglibatan bukan saja dari kalangan Exco Puteri UMNO Bahagian malah dari penglibatan daripada Puteri-Puteri UMNO Cawangan.

Monday, December 21, 2009

KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN BIRO AGAMA, PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS 2009



Biro Agama, Pemuda UMNO Bahagian Cheras yang di terajui oleh Y. Bhg. Ustaz Azmi yang julung kalinya telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan yang dibuka kepada semua yang berminat dengan kadar bayaran yang minima. Kursus Pra Perkahwinan selama dua hari ini bermula pada 19/12/2009 sehingga 20/12/2009 dimana Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengantar seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang dalam ikatan pertunangan dan juga belum mempunyai apa-apa cadangan untuk berumah tangga.



Memetik daripada ucapan Y. Bhg. Tuan Hj. Syed Mehdar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras. Kursus Pra Perkahwinan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dimana melihat sambutan yang amat menggalakan dari peserta. Beliau juga menambah dengan mencadangkan untuk menggadakan Majlis Akad Nikah beramai-ramai pada tahun tahun hadapan (2010) jika tiada halangan. Kursus Pra Perkahwinan ini dirasmikan Penutup oleh Y. Bhg. Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Kuliah Institut Bitulmal, Cheras.

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menggucapkan setinggi TAHNIAH kepada Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan semua urusetia Kursus yang telah bertungkus lumus menjayakan Kursus yang murni ini.

Monday, December 14, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan setinggi TAHNIAH buat Nurzuraida bt. Abd Jalil bersama suami Rasyid Mohamad Yusu yang telah melangsungkan perkahwin mereka pada 12.12.2009 yang bertempat Blok B, PPR Pudu Ulu, Cheras 56100 Kuala Lumpur.



Marilah kita sama-sama mendoakan agar ikatan jodoh mereka kekal hingga ke selama-lamanya AMIN......


Thursday, December 10, 2009

LAWATAN KE LIMA, LANGKAWI



Bersemperna Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (“LIMA”) 2009 yang bermula dari 1 – 5 Disember 2009. UMNO Bahagian Cheras telah membawa seramai 60 orang Ahli Jawatakuasa Bahagian dan sayap-sayap ke Langkawi. Jumlah ini termasuklah, 26 orang dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menggikuti rombongan ini.



Rombongan ini telah bertolak dari Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel pada 2 Disember yang lalu dan telah kembali pada 5 Disember 2009, jam 1.30pagi dengan 2 buah menaiki bas.




Selain dapat melihat aksi hebat acara-acara yang telah disediakan,secara tidak langsung rombongan ini, telah memberi peluang kepada golongan adik-adik Puteri menggenali dengan lebih rapat ibu (wanita), ayah (AJK Bahagian), dan juga abang (pemuda) sepanjang rombongan ini.

Insyallah dengan wujudnya “Program Bersama” seperti ini masalah tidak memahami diantara satu dengan yang lain pasti tidak akan timbul, malah ikatan kasih sayang diantara sayap di dalam UMNO Bahagian Cheras ini akan terus subur dan teguh.

Tuesday, December 1, 2009

KURSUS BELA NUSA, UMNO BAHAGIAN CHERAS



UMNO Bahagian Cheras telah diwajibkan untuk menghadiri Kursus Bela Nusa anjuran Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Biro Tatanegara (BTN) pada 19 - 22 November 2009 bertempat di Ulu Sepri (B), Rembau Negeri Sembilan.


Penyertaan dari Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat UMNO Bahagian Cheras amat menggalakan iaitu sebanyak 3 buah bas digunakan untuk membawa peserta kursus seramai 108 orang. Dengan jumlah peserta yang tinggi ini, UMNO Bahagian Cheras (UBC) telah mendapat pujian dari Fasilitator BTN kerana UBC adalah satu-satunya Bahagian yang telah berjaya menghantar peserta paling ramai sejak bermulanya kursus ini untuk Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh Malaysia. Peserta kursus dari UBC telah menunjukan sikap sayangkan parti yang amat tinggi walaupun tanpa kehadiran Datuk Ketua Bahagian iaitu Y. Bhg. Datuk Syed Ali Al-Habshee diatas urusan yang tidak dapat dielakkan tetapi jumlah kehadiran tetap meningkat.


Kepada mereka yang telah beberapa kali menyertai kursus seperti ini ada yang menyuarakan beberapa pandangan dimana kursus BTN ini kadang kala membosankan dan tidak mencapai objektif. Tetapi pada kali ini boleh dikatakan keseluruhan perserta kursus dari UBC amat teruja dengan modul kursus yang telah diadakan malah memohon untuk mengganjurkan KURSUS BELA NUSA 2. Ini kerana impak dari kursus ini benar-benar membawa perubahan kepada semua peserta kursus.

Dengan sikap perjuangan yang amat membanggakan yang telah ditonjolkan sepanjang kursus ini. Y. Bhg. Datuk Syed Ali Al Habshee telah berbesar hati menggadakan majlis meraikan Peserta Kursus yang telah diadakan di Dewan UMNO Bahagian Cheras, Jalan Peel pada 30/11/2009 (Jumaat). Objektif utama majlis ini adalah untuk mendengar luahan hati, maklum balas dari setiap wakil kumpulan berkenaan kursus ini. Tidak kurang juga pujian kepada Ketua Pemimpin Kursus iaitu Tuan Faizal yang telah mengendalikan kursus ini dengan baik dan jayanya dan juga tidak lupa pujian demi pujian kepada Ustaz Hairul Amin yang hebat mengendalikan aktiviti-aktiviti dan juga tazkirah yang amat menarik minat kepada peserta kursus. Sehinggakan Y. Bhg. Datuk Ketua Bahagian ingin menjemput mereka ini untuk datang ke UMNO Bahagian Cheras.


Kami dari pihak Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang sabar dengan kerenah kami sepanjang kursus ini dan kami juga mendoakan kepada semua dengan menghadiri kursus ini UMNO akan lebih matang dan hubungan silaturahim diantara ahlli-ahli UMNO lebih kuat untuk sama-sama mempertahankan Parti keramat UMNO.