Friday, April 30, 2010

TAHNIAH...

Muhammadd Qayyum Bin Mohd Fairus

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan ucapan TAHNIAH kepada Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan Sg. Besi Saudari Zaitun Zainuddin yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pada 24 April 2010.

Thursday, April 29, 2010

PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN UMNO 2010


Semalam pada 28hb April 2010 , Naib Presiden UMNO, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan persidangan serentak Perwakilan UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Cheras. Majlis tersebut telah di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Cheras bermula pada jam 8 Malam.

Perasmian tersebut telah menjadi tumpuan ramai kerana Cheras merupakan bahagian UMNO pertama di Wilayah Persekutuan yang mengadakan persidangan tahunan serentak dan setelah beberapa hari selepas Barsian Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Pertahanan Malaysia telah menyampaikan ucaptama yang menyentuh pelbagai isu semasa serta halatuju Barisan Nasional dan UMNO selepas lonjakan perubahan rakyat di Hulu Selangor.

Pada Majlis tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, telah memberi peruntukan sebanyak RM 1,000.00 kepada cawangan - cawangan UMNO di Bahagian Cheras, manakala bagi sayap - sayap Pergerakan Parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri telah menerima sebanyak RM 10,000.00 bagi penyediaan Mesyuarat Tahunan UMNO 2010. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas acara Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan Cawangan - Cawangan UMNO Bahagian Cheras 2010.

Sehubungan itu, kepada ahli-ahli UMNO di Bahagian Cheras , terutama Ketua - Ketua Puteri UMNO Cawangan telah bersedia untuk mengadakan mesyuarat tahunan bagi tahun 2010.

Selamat bersidang.

Monday, April 26, 2010

PROGRAM "RETREAT PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS"



Biro Penerangan Puteri UMNO Bahagian Cheras, telah menganjurkan "Retreat Puteri UMNO Bahagian Cheras" selama satu (1) hari, pada 25 April 2010 bertempat di Zaini Guest House, Janda Baik, Pahang.



Objektif perlaksanaan program yang telah direncanakan ini adalah bertujuan untuk
  • Menyalurkan maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan isu semasa kepada semua ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras.
  • Menyedarkan ahli Puteri UMNO bahawa usaha untuk mengembalikan kegemilangan parti adalah tanggungjawab bersama.
  • Menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan parti bukan hanya bersifat teori semata-mata tetapi juga dalam bentuk praktikal.
  • Menyeru kepada semua ahli Puteri UMNO agar kembali bangkit bergiat aktif di dalam parti
  • Mengajar ahli Puteri UMNO sentiasa berfikiran positif dan boleh melakukan seseuatu perkara diluar kemampuan.

Puan Sarina Sharif selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Puteri Wilayah Persekutuan, turut hadir dan memberi ucapan dalam Perasmian Penutup Program Retreat Puteri UMNO Bahagian Cheras .



Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Puteri UMNO Bahagian Cheras juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Mahadi Hj Abdul Shukor, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras kerana sudi hadir ke Program ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari Pemuda UMNO Bahagian Cheras yang telah turut sama membantu Pergerakan Puteri UMNO dalam menjayakan program ini dan yang teristimewa kepada semua urusetia yang banyak membantu bagi memastikan program ini berjaya dan berjalan seperti yang telah di rencanakan.



Kepada peserta program, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah sama-sama menyertai program "Retreat Puteri UMNO Cheras". Insyallah selepas ini diharap kita akan lebih bersemangat bersama-sama menjayakan segala apa program dan aktiviti yang akan dijalankan di peringkat Puteri Bahagian dan di peringkat Cawangan.

KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN HULU SELANGOR

KUALA KUBU BARU, 25 April – Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini, malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir sama di Pusat Penjumlahan Undi yang berlangsung di Kompleks Serbaguna Hulu Selangor di sini. Hadir sama Naib-Naib Presiden UMNO, Ketua-ketua sayap UMNO dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO.



Saturday, April 24, 2010

KENALI CALON BN P094 - KAMALANATHAN

Kepada semua pengundi-pengundi di HULU SELANGOR,

Kebaikan dan pengorbanan Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang selama ini telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yg merdeka dan maju. Adakah parti pembangkang akan dapat membela nasib anda semua...???

Marilah kita lihat contoh yang terbaik yang telah terjadi pada penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang...Pengundi Hulu Selangor perlu mengambil ikhtibar dan pengajaran isu Kampung Buah Pala supaya tidak silap memilih calon....fikir-fikirkan lah.....




Name: P.KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN PJK., APR., MIPR, B. Comm. (Public Relations)

Age: 42 Years

Marital Status : Married

Web Address: www.pkamalanathan.com

Working Experience:

2001 – to date
• Public Relations Manager Serba Wangi Sdn. Bhd. JATI (subsidiary of BERNAS)

2008 – to date
• Part-Time Lecturer at the IACT College (Institute of Advertising Communication Training)

* Teaching Public Relations;
o Crisis Management.
o Publicity & Media Relations.
o Ethics.

1998 – 2001
• Public Relations Manager – Carotino Sdn. Bhd.

1993 – 1998
• Public Relations Officer – Malaysian Palm Oil Promotion Council

1985 – 1993
• Clerical Staff – Associated Pan Malaysia Cement Sdn. Bhd. (LaFarge Malaysia)

Academic Qualification:
• Accredited Public Relations Practitioner (APR).
• Bachelors of Mass Communications – Public Relations Edith Cowan University, Australia.
• Diploma in Public Relations Institute of Public Relations Malaysia (IPRM)
• Diploma in Language Transalation (Communications) Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
• Certificate in Public Relations London Chambers & Commerce Industry, England.

Political Responsibilities:
• Selayang Municipal Councillor (2004-2006), Represented Malaysian Indian Congress
• National Information Chief of Malaysian Indian Congress (MIC) – 2009 till to date
• National Coordinator/Leader PUTERA MIC – 2007 till to date

Representation in NGO:
• Member Institut of Public Relations Malaysia (IPRM)
• Assistant Secretary Selangor Badminton Association

• Advisor Malaysian Indian Video Shop Owners Association, Kuala Lumpur & Selangor
• Board of Advisors Selayang Community College Ministry of Higher Education
• Advisor Pusat Komuniti ERA (Education & Welfare Association), Selangor.

Awards
• Received the Pingat Jasa Kebaktian (PJK) award from DYMM Sultan Selangor – 2004.
• Received IPRM’s for creating the Best Multi Racial Event in Malaysia for the year 2004.

Saturday, April 17, 2010

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN SIBU PADA 16 MEI 2010


Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah mengumumkan bahawa pilihan raya kecil P212 Parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini. Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ,penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.

Pengumuman itu di buat selepas SPR mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam. Proses penamaan calon dan penjumlahan undi rasmi bagi pilihan raya kecil itu akan dilaksanakan di Dewan Suarah, Sibu. Pilihan raya kecil itu perlu diadakan mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.

Tan Sri Abdul Aziz berkata SPR telah pun menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat beserta sijil kematian Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 12 April lalu dan SPR memastikan kekosongan kerusi Parlimen Sibu pada 10 April.

"Mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil perlu diadakan 60 hari selepas tarikh kekosongan kerusi itu dipastikan," katanya.

Tan Sri Abdul Aziz juga menyampaikan watikah pelantikan sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil Parlimen Sibu kepada Pegawai Daerah Sibu, Wong See Meng (kiri). Beliau berkata Wong mempunyai pengalaman dalam mengendalikan beberapa pilihan raya umum di Sibu dan akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus daripada beberapa jabatan kerajaan negeri di Sarawak.

Tan Sri Abdul Aziz berkata bagi pilihan raya kecil ini, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk 2009 yang dikemaskini sehingga 9 April tahun ini. Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis. Proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Sibu.

Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu. Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Tuesday, April 13, 2010

MASYARAKAT MELAYU ABAI HAK MEMILIH SEBAGAI PENGUNDI


Para peminat politik tanah air kini sibuk membincangkan tentang perkembangan siapakah bakal Calon Barisan Nasional dan siapakah pula Calon Pakatan Rakyat yang akan di pertaruhkan sebagai calon di Parlimen 094 Hulu Selangor? Namun begitu, adakah kita sedar bahawasanya masyarakat Melayu sendiri ada yang tidak berminat menjadi pemilih atau pengundi. Bagi bukan peminat politik, mereka tidak peduli bagaimana pilihan raya boleh mengubah suasana sosiopolitik dan ekonomi negara.

Hakikatnya, sebahagian masyarakat Melayu telah mengabaikan tanggungjawab penting dalam menentukan kerajaan dan wakil rakyat. Kita perlu juga bertanya, mengapa mereka tidak berminat untuk campur tangan dalam politik? Dengan tahap pendidikan yang semakin tinggi dan punya kedudukan ekonomi yang lebih baik berbanding orang dahulu, adakah semua ini melekakan mereka terhadap tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya. Mungkinkah mereka mempunyai tanggapan bahawa mereka tidak mengharapkan bantuan wakil rakyat lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini?

Sarina Sharif yang merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan , berpendapat sebilangan masyarakat Melayu yang tidak mendaftar sebagai pemilih terperangkap dengan budaya selesa kerana menganggap kemajuan rakyat dan negara selama ini adalah tanggungjawab kerajaan. Terdapat juga sebilangan dari masyarakat Melayu kini menganggap siapa sahaja yang menjadi wakil rakyat dan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan juga tidak penting. Ini kerana dalam pemikiran mereka, wakil rakyat atau kerajaan mana sekalipun bertanggungjawab untuk berkhidmat dan memajukan rakyat dan Negara.

Mereka juga gagal membuat penilaian profesional tentang akibatnya jika urusan memilih kerajaan diabaikan. Mungkin ada sebilangan masyarakat Melayu yang berasa tidak mahu ikut ‘bodoh’ dengan politik kerana berasa terganggu dengan karakter dan dunia politik yang dianggap kotor, penuh dengan pergeseran dan kadangkalanya agak tidak berkualiti.Namun begitu, mengapa masyarakat Melayu tidak mahu belajar dan mengambil ikhtibar dari sejarah pergerseran yang pernah berlaku di Tanah Air tercinta sebelum Merdeka dan selepas Negara Malaysia Merdeka…

Perjuangan selepas Merdeka

Setelah hampir 53 tahun mencapai kemerdekaan, para pengundi Melayu belum lagi mengecewakan kerajaan Barisan Nasional dalam mana-mana pilihan raya, tetapi adakah kuasa memerintah akan terus dipegang oleh UMNO atau lebih tepat lagi, orang Melayu pada masa depan? Orang Melayu harus sedar, bekalan undi kaum ini tidak banyak bertambah berbanding dengan peningkatan jumlah pemilih berdaftar kaum lain.Tanggungjawab serta komitmen golongan muda kaum Cina yang mendaftar sebagai pemilih selepas mencapai umur yang dibenarkan patut dicontohi.
Sebenarnya masa untuk mendaftar masih terbuka. Sejak 2002 pendaftaran sepanjang tahun boleh dilakukan di pejabat pos.Tetapi, jika mereka memilih untuk tidak mendaftar sebagai pengundi, jangan dipersalahkan kepada pemimpin politik dan kerajaan jika kuasa pemerintahan Melayu di negara ini semakin lemah. Salahkan golongan Melayu yang enggan mendaftar dan tidak mengambil peranan langsung dalam pemerintahan negara secara demokrasi.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, April 12, 2010

PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN SIAP JENTERA PILIHAN RAYA KECIL


Jentera Puteri UMNO Wilayah Persekutuan bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) ke 10 yang bakal berlangsung di Hulu Selangor. Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sarina Sharif berkata, persediaan yang dilakukan begitu mantap, dan sejak dari awal lagi Barisan Nasional (BN) telah melakukan persiapan yang teliti dan hanya menanti masa penamaan calon sahaja.

"Pihak kami menerima maklum balas yang positif, di mana rakyat di Hulu Selangor sudah bosan dengan kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat". "Kami juga yakin bahawa rakyat di Hulu Selangor percaya akan kebolehan dan Kepimpinan Kerajaan BN", katanya. Menurutnya, masyarakat di Hulu Selangor kini sudah bersedia menerima pembangunan di kawasan mereka dan hanya BN sahaja yang boleh menyediakan kemudahan itu.



Pada perkembangan lain beliau berkata, baru - baru ini di satu Majlis Penerangan Pindaan Perlembagaan, yang di adakan di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, bagi membolehkan Ketua - Ketua Puteri yang terlibat bersedia dan memahami persidangan UMNO Cawangan yang akan bermula pada 1 Mei ini.

"Program ini perlu bagi menyampaikan mesej mengenai pembentangan perlembagaan itu nanti, selain mengumpulkan Ketua - Ketua Puteri Bahagian dan Cawangan di peringkat Wilayah Persekutuan", katanya. Beliau berkata, melalui perjumpaan seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara mereka seterusnya menguatkan lagi jentera Puteri UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor nanti.

Pada majlis tersebut, seramai 200 Ketua Puteri Cawangan telah hadir bagi mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nor Azita Abdul Rahman.

Tuesday, April 6, 2010

MAJLIS PENERANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO ANJURAN PERGERAKAN PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN.


Satu Majlis Penerangan Pindaan Perlembagaan UMNO Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan akan di adakan pada 8 April 2010 bersamaan hari Khamis, pada jam 08:30 malam, bertempat di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras.

Untuk makluman ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras, Majlis Penerangan ini akan di sampaikan oleh Puan Nor Azita binti Abdul Rahman yang merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Jemputan kepada Ahli Jawatan Kuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian - Bahagian di Wilayah Persekutuan dan Ketua - Ketua Puteri Cawangan - Cawangan di setiap peringkat Bahagian telah di maklumkan oleh Setiausaha Kerja Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Puan Sarina Sharif menyatakan adalah menjadi tanggungjawab pada setiap ahli Puteri UMNO Cawangan dan Bahagian bersama-sama menghadiri Majlis Penerangan Pindaan Perlembagaan UMNO. Ianya dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan penerangan yang lebih khusus mengenai peranan Ahli - Ahli Pergerakan Puteri UMNO di setiap Cawangan dan Bahagian.

Monday, April 5, 2010

HANYA WAKIL RAKYAT CEMERLANG KEKAL CALON

KUALA LUMPUR, 4 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengingatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya bekerja kuat, berkesan, berkhidmat cemerlang kepada rakyat.

Presiden UMNO mengingatkan mereka yang mungkin masih bermimpi supaya bekerja untuk memastikan rekod cemerlang dalam kad laporan masing-masing.

Beliau yang juga Pengerusi BN kata jika terdapat mana-mana wakil rakyat yang ‘kad laporannya’ teruk, nama mereka tidak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Biasanya bila ada pilihan raya, ada yang tidak dicalon semula, ada yang dicalon semula. Yang tidak dicalon semula tu, maknanya gagallah,” katanya.

Najib berkata demikian dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Bernama TV malam ini sempena ulang tahun pertama beliau memegang jawatan itu.

Wawancara khas bertajuk Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Pengarang Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah.

Perdana Menteri ditanya mengenai prestasi anggota Kabinet dan ahli-ahli Parlimen BN dan sama ada kad laporan prestasi mereka sudah diterima olehnya.

Secara keseluruhannya, Najib berpuas hati dengan prestasi mereka setelah meneliti laporan yang diterima termasuk di kalangan anggota Kabinet.

“Wakil-wakil rakyat ini, kita ada ibu pejabat yang akan pantau dan mereka tahu siapa wakil rakyat yang rajin turun padang, balik kawasan, menyelesaikan masalah rakyat dan sebagainya.

“Mungkin lepas pilihan raya 2008 itu, mereka tergamam sedikit sebab keputusan itu di luar dugaan, jadi bila dalam keadaan itu, dalam masa setahun itu agak kurang aktiviti, tetapi sekarang ini saya nampak sudah ada peningkatan yang ketara,” kata beliau.

Dalam pada itu, mengulas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, Najib berkata, BN mahu memenanginya tetapi sebarang keputusan mengenainya bukan merupakan ukuran sebenar kekuatan kerajaan.“Pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum.

“Apa sahaja yang kita lakukan boleh menyumbang ke arah mencapai kepada jangkaan atau psikologi untuk menang dalam PRU-13,” katanya ketika ditanya jika beliau ingin menjadikan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai satu ukuran sokongan kepada kerajaan.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 17 April dan hari membuang undi pada 25 April ini.


Lapuran Berita MediaUMNO