Monday, August 31, 2009

PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN KIBARKAN JALUR GEMILANG DAN MENCEGAH WABAK H1N1



Tarikh : 29 Ogos 2009
Masa : 10.00 malam
Tempat : Up Town, Danau Kota


Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52 tahun Malaysia, Biro Penerangan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah mengambil pendekatan untuk menyemarakkan bahang kehangatan sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan menganjurkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Mencegah Wabak H1N1. Kempen ini adalah bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan sentiasa mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak H1N1 yang kian menular.

Ahli-ahli Puteri UMNO dari seluruh Bahagian di Wilayah Persekutuan telah berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa dan berarak menuju ke Bazar Malam "Up Town" sambil mengedarkan Jalur Gemilang, “mask” serta risalah berkenaan langkah-langkah pencegahan wabak H1N1 kepada seluruh pengunjung Bazar Malam di "Up Town", Danau Kota.

Kempen anjuran Biro Penerangan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan ini telah turut disertai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Puan Sarina Sharif dan juga Puan Seri Wani, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri Bahagian Setiawangsa.

Saturday, August 29, 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU - RENUNGAN BERSAMA

Oleh : Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan suruhanjaya bebas diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini. Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan.

Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini. Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina MCA, Gerakan (BN) dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan. Saya tidak nafikan ada yang tidak kena dengan cara SPRM mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrim mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang bakal lahir yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock ‘dibinkan’ atau diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah ketua wanita MCA bahawa betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukareala) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini?

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfucius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan ketua wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan bersekedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah. Saya masih tidak faham kenapa hari ini, terlalu ramai di kalangan kita suka menjadikan wanita sebagai mangsa dengan melakukan hubungan seks (sehingga mengandung) sebelum dinikahkan? Ajaran agama manakah yang membenarkan hubungan haram ini? Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrim.

Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu. Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami. Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebalik. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1988. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah? Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini?

Begitu juga dengan parti PAS dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri. Kes yang hampir sama berlaku, saya masih teringat pada November 2005, kononnya tahanan warga Cina telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambar-gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Dengan rasa bersalah yang teramat saya, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat dari kejadian tersebut. Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrim MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga Cina tetapi seorang gadis Melayu.

Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina. Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.

Berbaloikan dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita? Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal.

Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum.

Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam. Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibarat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau. Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uigur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini? Hanya kerana orang Cina itu beragama ISLAM, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat seperti cacing kepanasan.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu Murtad (Lina Joey), berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad. Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam.

Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad. Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrim ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah. Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit. Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntung sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan.

Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan,
UPNM (email: mrtee@upnm.edu.my)
Disiarkan: Mingguan Malaysia, 26 Julai 2009

Friday, August 28, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA SENATOR PROF DATUK DR ISMAIL MD SALLEH

TAKZIAH. Pada hari jumaat yang diberkati ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah semalam akibat serangan jantung.

Dilaporkan Allahyarham Datuk Dr Ismail meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Allahyarham Datuk Dr Ismail, 61, telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia meninggalkan enam orang anak.

Allahyarham Datuk Dr Ismail adalah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Allahyarham Datuk Dr Ismail yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947 pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Sesungguhnya sumbangan Allahyarham kepada Negara tidak ternilai biarpun beliau dalam kategori OKU. Justeru itu, ahli - ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras , sama - samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

Monday, August 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52











KERANDA

Aku mengemis di kaki rumah bicara
Hujan panas dan rembang
Sebuah kitab
Dibincangkan mereka
Ketika petani dan nelayan
Membanting tulang
Pada tanah pada laut
Bertukar wajah

Surat cerai diberikan
Tidak lagi menjadi isteri
Suami menerajang tikar
Janda menguntum senyum
Sumpah datuk tidak peduli
Di hutan batu
Babi dan biawak berlari
Lembu terduduk menggigit jari

Bukan pahlawan melayu menderhaka
Tugas dan kewajipannya
Meletakkan timbang tara
Tidak ada melayu - pendatang haram
Tidak ada melayu - mati bebuluran




















Bagaimana
Kalau istanamu di atas bukit
Tempat mereka melepaskan seronoknya
Kita jadikan tempat tinggal
Para nelayan
Para petani
Para marhaen
Berbincang masalah mereka
Berbincang yang benar dan dusta

Bagaimana
Bangunan indahmu
Terpacak di tanah dosa
Kita jadikan tempat mereka
Mencari ilmu jauh di kota

Bagaimana
Kilang kelentongmu
Kita jadikan
Tempat perbincangan
Tempat berniaga
Para penganggur
Peniaga kecil
Mencari rezeki
Untuk anak bininya





Bagaimana
Apartmentmu
Kita jadikan rumah pangsa
Untuk setinggan hidup melata
Agar terlepas
Hidup seksanya

Bagaimana
Harta dan simpananmu
Bertaburan di merata dunia
Kita berikan pada mereka
Fikir miskin - anak yatim
Janda-janda pahlawan negara
Yang tidak pernah
Kamu ambil tahu
Masalah mereka

Bagaimana tanah ladangmu
Kami jadikan kebun dan sumur
Tempat bercucuk tanam
Pada mereka
Yang tidak pernah merasa nikmat dunia
Bagaimana
Tanah ladangmu
Kami jadikan tanah kubur
Pada mereka yang mati
Agar tidak mungkin
Dibakar atau dihanyut di Sungai Klang

Wahai bangsaku
Jangan kau banggakan darjatmu
Jangan kau banggakan kekayaanmu
Jangan kau banggakan kedudukanmu
Pandang dan lihatlah
Isteri-isteri jadi pelacur
Anak gadis jadi perempuan simpanan
Bapak dayus hilang entah kemana
Apakah kita sanggup - apakah kita rela
Tercatat sejarah
Melayu hilang di tanah Malaysianya

JANGAN!!!....
Biarkan aku hidup dengan semangatku
Biarkan aku menahan ributnya
Biarkan aku mengepung ombaknya
Biarkan aku telan pahit maungnya
Tidak ku biarkan Malaysia huru-hara
Tidak ku biarkan Malaysia porak-peranda
Tidak ku biarkan Malaysia jadi hancur
Bukankah pesan datuk nenek
Jangan bercakar jangan bertengkar

Contohnya...
Jebat dikatanya derhaka
Tuah sanggup membunuhnya
Bodohnya kamu
Jangan ulang kali kedua
Apakah kamu sanggup
Anak cucu kita menjerit
Mana kubur bapaku
Mana kubur datukku
Kan ku kencingkan kuburnya
Merekalah penjahanam bangsa dan negara
Sudah!!!....
Balik bersatu
Pada malam ini
Aku bersumpah pada tanahmu Malaysia
Pada tanggal 31 Ogos merdeka
Melayu tak kan hilang di tanah Malaysia

NUKILAN : SAUDARA MOHD LATIP ARIFF / JULAI 2000

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


"ANDAI INI YANG TERAKHIR"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan…sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih…berqiamullail…bertahajjud….
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju reda serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia…meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

Thursday, August 20, 2009

PILIHANRAYA KECIL - DUN PERMATANG PASIR (N11)












2 Calon yang bertanding:


Nama Parti

Rohaizat Othman, 38
BARISAN NASIONAL

Salleh Man, 52
PAS


Info Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang:

Terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah.

Daftar Pemilih adalah seramai 20,290 orang

Pecahan peratusan pengundi

Melayu :72.36 %

Cina :25.85 %

India : 1.63 %

Lain-lain : 0.16%

Majoriti penduduk di DUN Permatang Pasir adalah Melayu.

DUN yang kurang membangun berbanding dengan Seberang Jaya dan Penanti.

Kawasan landai dan bersawah kecuali di Bukit Jelutong dan Kepala Bukit yang sedikit berbukit.

Mempunyai 39 saluran mengundi.

Perkampungan bandar dan kampung tradisional.

Pekan utama Penanti dan Permatang Pauh.

Kaum Cina tertumpu di Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Tengah.

Aktiviti utama berasaskan pertanian, ternakan, perniagaan kecil-kecilan dan perkilangan.

Menerima tempias ekonomi dari kawasan Seberang Jaya.

Bilangan ahli parti yang berdaftar:

UMNO : 5,326
MCA : 298
MIC : 300
GERAKAN: 45
PAS : 1,015
PKR : 1,028

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008:

Ahmad Sahar Shuib (BN) = 5,571

Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 11,004

Majoriti = 5,433

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2004:

Datuk Adnan Ramli (BN) = 7,378

Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,057

Majoriti = 679

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 1999:

Datuk Ahmad Saad (BN) = 5,236

Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,430

Majoriti = 3,194

Monday, August 17, 2009

TIPS DARI DR. FATMA - H1N1

Memandangkan Virus Influenza A H1N1 pada hari ini telah mencecah 56 kematian. Saya ingin berkongsi info yang mungkin dapat membantu anda menjauhkan penyakit berjangkit.

Bacalah doa ini yang diajar oleh Nabi Muhammad saw, insyaALlah selamat daripada mala petaka bala bencana dan selesema Babi Influenza A H1 N1;

Cara-caranya
Baca 3 x selepas sembahyang subuh (dilindungi dari pagi sampai petang) dan
Baca 3 x selepas sembahyang maghrib (dilindungi dari maghrib sampai subuh)


Terjemahan :

BISMILLAHIL-LAZI LAA YADHUR-RU MA'ASMIHI SYAI-UN FIL ARD-DHI WALA FIS-SAMAAA' WA HUWAS-SAMI'UL ALIMM...

Bila orang sekeliling kita batuk, selsema atau demam;
Baca : Ya Khobid 10 x
Atau
Baca: Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Khobid, Ya, Allah 10 x
Insyaallah di hindari dari dijangkiti

Bila kita baru kena batuk, selsema atau demam;
Baca surah Al- Fatihah 10 x - tiup dalam segelas air dan minum air itu.
Insyaalah dengan fadilat Al-Fatihah akan hilang penyakit itu.

Friday, August 14, 2009

MESYUARAT KHAS AHLI JAWATANKUASA PUTERI UMNO BAHAGIAN

Tarikh : 13 Ogos 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Gerakan, Pusat Rekreasi Cheras

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dan memberkati rahmat yang di limpahkan, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan untuk mengaturkan beberapa Program.

Satu mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian bersama Ketua Puteri Bahagian, Yang Berbahagia Puan Sarina Sharif telah di adakan semalam, bertempat di bilik gerakan Pusat Rekreasi Cheras.



Program - program yang telah di rangka dan yang telah di persetujui bersama adalah seperti berikut:-

1. Penyerahan Sumbangan Kepada Rumah Orang - Orang Tua Sejahtera, Cheras.
2. Majlis Berbuka Puasa anjuran gabungan Puteri UMNO Cawangan.
3. Pemberian sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan di peringkat UMNO
Cawangan.


Di kesempatan ini , Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan memperbanyakkan penghayatan kepada kandungan ayat suci Al Quran terutama di bulan Ramadan. Di harapkan ianya akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kita kepada Illahi.

Hayatilah maksud ayat Al Quran di bawah ini :-

"Bulan Ramadan yang padanya Al - Quran di turunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia dan sebagai bukti - bukti yang jelas dari petunjuk itu, dan pembeza. maka hendaklah orang - orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa;dan sesiapa yang sakit,atau dalam perjalanan, maka sebilangan dari hari - hari yang lain. ALLAH menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan ALLAH, bahawa dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterimakasih". (Ayat 2:185)

Monday, August 10, 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN UMNO BAHAGIAN CHERAS

Tarikh : 04hb Ogos 2009
Masa : 2.00 petang - 11.00 malam
Tempat : Hotel Prince, Kuala Lumpur

Pada 4/8/2009 (Selasa) adalah detik yang bersejarah kerana buat julung kalinya Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Cheras telah diadakan pada hari bekerja. Kehadiran para perwakilan dari cawangan - cawangan pada Persidangan Tahunan 2009 amat menggalakkan. Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Cheras ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Malaysia yang bertempat di Prince Hotel, Kuala Lumpur.

Hadir sama di majlis tersebut Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wiayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abiddin, Ketua-Ketua UMNO Bahagian serta ketiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.




Berucap di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sini petang Selasa lalu, Syed Ali menjelaskan UMNO sedar ada pengkhianat bangsa yang sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita politik mereka. Beliau turut menyentuh mengenai perkembangan UMNO di Wilayah persekutuan yang menurutnya semakin menampakkan adanya perubahan.

Katanya, perlantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah memberi nafas baru kepada ahli-ahli parti.

“Kita kini hanya tiga kerusi Parlimen, kalau nak dikira sebenarnya kita sudah tak ada kuasa lagi, tetapi bernasib baik kerana kita bukan kerajaan negeri,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahukan identiti Wilayah Persekutuan sebagai ‘Jendela UMNO’ dikembalikan semula dengan kerja keras semua pihak di dalam parti.

Beliau menambah, UMNO harus mempunyai kekuatan dalaman diperingkat akar umbi bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali turut mengingatkan Ketua-Ketua UMNO Cawangan supaya menggerakkan pelbagai aktiviti kearah mendekatkan anggota masyarakat dengan dasar perjuangan parti.

Pada Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian, Puan Norhana Abas telah membaca teks ucapan mewakili kepada Puan Sarina Sharif Ketua Puteri UMNO Bahagian yang tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan yang tidak dapat di elakkan.

MAJLIS MAKAN MALAM PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS (PRINCESS NIGHT DINNER)



Tarikh : 2 Ogos 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Nikko, Ampang

Pada 2/8/2009 (Ahad), Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan Majlis Makan Malam yang bertemakan “Princess Night” yang diadakan di Hotel Nikko, Ampang. Penganjuran Majlis Makan Malam tersebut bertujuan untuk meraikan para perwakilan dan pemerhati yang hadir pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian yang lepas. Kehadiran para tetamu jemputan adalah seramai 150 orang dan tetamu khas terdiri daripada Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian juga di jemput bagi memeriahkan Majlis.

Beberapa acara persembahan telah diaturkan seperti Persembahan Tarian, Nyanyian dari Ahli Puteri UMNO Cawangan dan paling istimewa adalah Persembahan Tarian Latin gabungan dari kalangan Ahli–Ahli Puteri UMNO Cawangan dan Exco Puteri UMNO Bahagian. Acara kemuncak pada malam itu adalah acara cabutan bertuah . 35 hadiah bertuah telah disediakan dan hadiah utama adalah 2 unit telefon bimbit …. TAHNIAH diucapkan kepada penerima yang bertuah.




Pemenang Pakaian Tercantik (Best Dress Winner) telah dimenangi oleh Puteri Cawangan Pasar Pudu dengan pakaian yang bertemakan Puteri Muslimah. Pemilihan pemenang telah di pilih oleh Yang Berbahagia Datuk Faridah Abu Hassan, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras dan hadiah - hadiah pemenang telah di sampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif.