Monday, March 16, 2015

RETREAT PUTERI UMNO CAWANGAN JALAN BAIDURI 2015


Ketua Puteri Bahagian, Nazatul Shima menerima cenderahati daripada Zaleha Dullah
Ketua Puteri Cawangan  Jalan Baiduri

Puteri Cheras 10 Mac 2015 - Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri telah mengadakan program yang dinamakan Retreat Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri pada 8 Mac 2015 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam bertempat di Hotel Bangi – Putrajaya, Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor.

Dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Nazatul Shima binti Shamsuddin.
  
Seramai 18 orang ahli Puteri Jalan Baiduri yang hadir, tujuan matlamat Retreat ini diadakan adalah untuk memperkukuh  ikatan silaturahim dan bersuai kenal antara ahli Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri sama ada ahli yang lama mahupun yang baru. Selain itu, ianya bertujuan untuk memperkasakan ahli puteri dalam menghadapi realiti politik masa kini. Ianya juga merupakan satu orentasi kepada ahli baru dalam memahami peranan Pergerakan Puteri UMNO dan segala perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan UMNO.


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah ‘ice-breaking’ di kalangan ahli yang hadir. Disamping memperkenalkan diri, setiap ahli dikehendaki mengutarakan pandangan dan harapan mereka terhap peregerakan Puteri UMNO dan UMNO. Selain itu, penerangan mengenai Perlembagaan UMNO dan peranan tugas pergerakan puteri telah disampaikan oleh Puan Zaleha Binti Dullah selaku Ketua Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri. Beberapa penstrukturan semula organisasi dan perancangan program sepanjang tahun telah dilakukan.

Setelah itu, beberapa suntikan semangat telah diberi kepada ahli yang hadir melalui ucapan yang diberikan oleh Puan Nazatul Shima Binti Shamsuddin selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras.

Turut hadir Program Retreat tersebut Ketua UMNO Cawangan Jalan Baiduri, Tuan Syed Abdullah Bin Syed Abdul Rahman Alhabshee bersama Timbalan Ketua Cawangan Encik Mohd Ismail Bin Hj Mohd Nor. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada tetamu dan ahli puteri yang hadir juga diadakan majlis sambutan hari jadi ahli pada bulan Januari, Februari dan Mac.



SUMBER:
NOR AZIZAH BINTI ABDULLAH
Setiausaha Puteri UMNO Cawangan Jalan Baiduri