Monday, May 24, 2010

JUARA RAKYAT PLATFORM BARISAN NASIONAL SELAMI DENYUT NADI RAKYAT


Kuala Lumpur, 22 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Program Juara Rakyat anjuran Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu platform penting kepada kerajaan untuk mendekati dan mendapat maklum balas masyarakat.

Ini menurutnya penting kerana apabila dapat bersama masyarakat kerajaan akan lebih mengenali lebih dekat apa jua permasalahan mereka.

“Program Juara Rakyat ialah untuk kita mendekati rakyat, kita nak tahu apakah aspirasi mereka, apakah perkara yang mereka mahu kita beri perhatian dan tumpuan dan bila kita sama-sama dapat bermesra ini, kita dapat tahulah apakah perasaan mereka.

“Walaupun pada umumnya mungkin situasi adalah baik tapi bila kita duduk semeja bercakap dan bertanya, saya dapat faham ada perkara-perkara tertentu yang perlukan perhatian daripada pimpinan tempatan dan juga pihak kerajaan,” katanya.

Dalam jadual padat program Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan yang dihadiri, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata segala maklum balas yang diterima daripada masyarakat akan dikumpul bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Jelas beliau walaupun Wilayah Persekutuan adalah kawasan ibu kota yang dianggap sebagai kota meteropolitan namun ia bukanlah bermakna kawasan ini tidak ada masalah yang perlu diberi perhatian.

“Masalah isu bandar masih merupakan isu utama, baik soal tempat kediaman, kebersihan, peluang pekerjaan, pelesenan, soal-soal berkaitan dengan kebajikan dan rakyat miskin bandar,” katanya.

Selain program di PPR Sungai Bonus, beliau sebelum itu melancarkan program Hari Keluarga bersempena Program Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan di PPR Perkasa,Cheras.

Ketika berucap di PPR Perkasa, beliau memberitahu kerajaan bersetuju untuk membiayai sebahagian kos penyelenggaraan prasarana rumah-rumah di bawah PPR di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui Kabinet kerana tidak mahu kerosakan yang dialami di kawasan perumahan PPR itu semakin teruk.

“Kerosakan lif berlaku di mana-mana… bertahun-tahun rosak, tangga agak teruk. Jadi kerajaan menimbang dan Kabinet buat keputusan apa saja prasarana, soal pembaikan lif dan kos sebahagian akan ditanggung oleh kerajaan.

“Kita ada tabung dan Yayasan Wilayah Persekutuan yang kita gunakan bersama tabung yang lain supaya kemudahan di rumah pangsa terus dijaga, walaupun ‘management committee’ atau badan pengurusan bangunan rumah pangsa tidak dapat mengurusnya dengan baik,” ujarnya.

Selain berkunjung di PPR Perkasa dan PPR Sungai Bonus, beliau turut melaungkan masa berkunjung ke PPR Seri Melaka, Cheras bagi menghadiri majlis perkahwinan selain menyertai penduduk setempat bagi acara minum petang.

Apa yang lebih menarik kunjungan beliau di tempat terbabit adalah dengan menaiki bas bersama pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Monday, May 17, 2010

BILAKAH BANGSA MELAYU AKAN SEDAR?

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan seluruh Bangsa Melayu harus memberi perhatian yang serius dengan fakta - fakta yang seperti berikut:

1. Barisan Nasional tidak lagi diterima oleh Bangsa Cina. Telah terbukti dengan penerimaan mereka di Pilihan Raya Kecil Sibu. Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, telah nampak bahawa Pemimpin MCA dan Gerakan tidak mampu lagi untuk memenuhi cita-cita bangsa Cina iaitu untuk memerintah Malaysia seperti di Singapura. Bangsa Cina tidak berpuas hati dengan hanya memegang 70% ekonomi Malaysia di mana Bangsa Melayu hanya memiliki 30%. Kalau boleh bangsa cina mahu bolot 100% Ekonomi di negara Malaysia.

2. Bangsa Cina sedar bahawa DAP yang berkiblatkan Singapura akan menjadikan negara Malaysia sebuah republik untuk "mereka" berkuasa dan berpolitik untuk generasi seterusnya. Jika ini berlaku, jangan haraplah Bangsa Melayu boleh bangkit semula. Pembangkang Melayu akan disenyapkan dengan tindakan memufliskan suara mereka seperti yang berlaku di Singapura hari ini.


3. Pada ketika itu, adalah masa yang sangat sesuai untuk Bangsa Cina merebut Kerajaan Putrajaya melalui Parti PKR dan PAS. Bangsa Melayu telah lama berpecah kepada UMNO dan PAS. Pemimpin PAS pula hanya mahu merebut peluang memerintah sahaja. Pemimpin PAS tidak kira kalau kuasa politik yang sebenarnya akan berada di tangan DAP. Lihat sahaja, apa yang terjadi di Negeri Selangor dan di Pulau Pinang, bagaimana Pemimpin PAS bagaikan "patung cendana" yang tidak langsung memikirkan dan membela nasib Bangsa Melayu.













4. Dalam masa yang sama, cuba perhatikan bagaimana Dato Seri Anwar Ibrahim dari PKR digunakan oleh DAP untuk menekan Nik Aziz dari kumpulan Erdogan PAS supaya jangan sekali-sekali bekerjasama dengan UMNO seperti yang pernah dicadangkan oleh Haji Hadi dan Nasharudin. DAP tahu jika UMNO dan PAS boleh berkerjasama, Bangsa Melayu akan jadi sangat kuat dan berupaya menghalang cita-cita politik Bangsa Cina. Sebenarnya Bangsa Melayu boleh meminda perlembagaan dan melenyapkan terus kuasa ekonomi dan politik Bangsa Cina dengan cara yang dilakukan oleh Kerajaan PAP Singapura. Niat pemimpin DAP mesti dihalang dengan tegas dan berani.


5. Selepas menganalisa Pilihanraya Kecil di Sibu, di seru Pemimpin Bangsa Melayu, jangan berlembut dengan Bangsa Cina dan membiarkan diri dipulas tangan (arm twisting) oleh MCA dan Gerakan. Kononnya hendak ambil hati Bangsa Cina. Tidak perlu lagi sebab Bangsa Cina sudah tidak ada hati lagi dgn Barisan Nasional!

6. Untuk mengembalikan kuasa politik kepada Bangsa Melayu di Pilihan Raya Umum ke13 nanti, UMNO haruslah meletakkan calon Melayu tempatan di kawasan majoriti Melayu. Calon Cina atau India hanya boleh diletakkan di kawasan majoriti Cina sahaja. Jangan diberi simpati lagi kepada Bangsa Cina ini. Adakah "MEREKA" dengan sepenuh hati memberi kerjasama kepada Bangsa Melayu?

7. Untuk meneruskan survival Bangsa Melayu, Pemimpin PAS dan Pemimpin UMNO mesti berkerjasama. Harus segera di tolak ke tepi segala perbezaan dan pendapat. Lihat saja senario bagaimana Bangsa Cina dari MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk agenda politik mereka. Kenapa kita Bangsa Melayu tidak boleh membuat sesuatu demi kebaikan Bangsa Melayu bersama?


8. Bangsa Melayu dan Kesultanan Melayu mestilah bangun dari tidur sebelum terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi telah menjadi bubur! Ibarat kata pepatah "Menyesal dahulu kedapatan menyesal kemudian tak berguna".

Renung-renungkan lah bersama......jangan sampai anak - cucu kita akan berkata, "TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"....HANYA HILANG DI BUMI MALAYSIA....kerana Tun Mahathir pernah berkata 'MELAYU MUDAH LUPA'......Oleh itu marilah kita semua beringat sebelum terlupa....

KEPUTUSAN PILIHANRAYA P212 - SIBU


SIBU: DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.

Friday, May 14, 2010

JADUAL PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI CAWANGAN-CAWANGAN BAHAGIAN CHERAS 2010

Selamat bersidang kepada semua Puteri-Puteri Cawangan, dan diharap kita dapat berikan sokongan dengan turun beramai-ramai ke setiap cawangan yang menggadakan persidangan.


6 Mei 2010 (Khamis) Jam 8:00mlm
Puteri Cawangan : Tynton View
Tempat Mesyuarat : Bilik Seminar, Kompleks Darul Puteri Cheras
Wakil Puteri : Nazatul Shima Shamsuddin


7 Mei 2010 (Jumaat) Jam 8:30mlm
Puteri Cawangan : KM4
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Norehan Mohamad


8 Mei 2010 (Sabtu) Jam 11:00pagi
Puteri Cawangan : Taman Shamelin
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Ime Haryanti Abdul Rahim


15 Mei 2010 (Sabtu) Jam 8:00pagi
Puteri Cawangan : Jalan Pasar Pudu
Tempat Mesyuarat : Pejabat UMNO Cawangan Pasar Pudu
Wakil Puteri : Umizah Wanir Mohd Anuar


15 Mei 2010 (Sabtu) Jam 2:00ptg
Puteri Cawangan : Jalan Loke Yew
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Siti Salinda Hassan


16 Mei 2010 (Ahad) Jam 10:30pagi
Puteri Cawangan : Jalan Baiduri
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Nazatul Shima Shamsuddin


16 Mei 2010 (Ahad) Jam 2:00ptg
Puteri Cawangan : Tynton View Fasa 2
Tempat Mesyuarat : Dewan Orang Ramai Flat Cheras Ria
Wakil Puteri : Suhaida Sadiman


16 Mei 2010 (Ahad) Jam 2:30ptg
Puteri Cawangan : Jalan Kenanga
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Norlela Mohd Ramli


16 Mei 2010 (Ahad) Jam 2:30ptg
Puteri Cawangan : Taman Miharja Fasa 2
Tempat Mesyuarat : Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras
Wakil Puteri : Ime Haryanti Abdul Rahim


21 Mei 2010 (Jumaat) Jam 9:00mlm
Puteri Cawangan : Kg. Bukit Tangki Air
Tempat Mesyuarat : Dewan Kg. Bukit Tangki Air
Wakil Puteri : Pn. Salbiah Md Zam


23 Mei 2010 (Ahad) Jam 9:00pagi
Puteri Cawangan : Sri Indah
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Cheras
Wakil Puteri : Cik Hafizah Nadzar


23 Mei 2010 (Ahad) Jam 9:30pg
Puteri Cawangan : Jalan Menteri
Tempat Mesyuarat : Dewan Jalan Menteri
Wakil Puteri : Siti Salinda Hassan


23 Mei 2010 (Ahad) Jam 12:00tgh hari
Puteri Cawangan : Kg. Sg. Kerayong
Tempat Mesyuarat : Dewan Kg. Sg. Kerayong
Wakil Puteri : Nazatul Shima Shamsuddin


23 Mei 2010 (Ahad) Jam 2:00ptg
Puteri Cawangan : Hang Tuah
Tempat Mesyuarat : Dewan Utama Sri Sarawak
Wakil Puteri : Wahidah Bidi


23 Mei 2010 (Ahad) Jam 2:00ptg
Puteri Cawangan : Taman Miharja
Tempat Mesyuarat : Taman Miharja
Wakil Puteri : Umizah Wanir Mohd Anuaar


28 Mei 2010 (Jumaat) Jam 8:00mlm
Puteri Cawangan : Sri Selangor
Tempat Mesyuarat : Dewan Kenanga, Sri Selangor
Wakil Puteri : Nor Ashura Kamarudin


30 Mei 2010 (Ahad) Jam 1:00ptg
Puteri Cawangan : Jalan Peel
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Bahiyah Baharuddin


30 Mei 2010 (Ahad) Jam 2:00ptg
Puteri Cawangan : Jalan Foss
Tempat Mesyuarat : Dewan Utama Pusat Rekreasi UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Siti Salinda Hassan


30 Mei 2010 (Ahad) Jam 2:00ptg
Puteri Cawangan : Sg. Besi
Tempat Mesyuarat : Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras
Wakil Puteri : Bahiyah Baharuddin


7 Jun 2010 (Isnin) Jam 8:00mlm
Puteri Cawangan : Sri Sarawak
Tempat Mesyuarat : Dewan Rukun Tetangga Sri Sarawak
Wakil Puteri : Umizah Wanir Mohd Anuar


13 Jun 2010 (Ahad) Jam 2:00Ptg
Puteri Cawangan : Taman Cheras
Tempat Mesyuarat : Pusat Jagaan Harian Orang-Orang Tua, Cheras
Wakil Puteri : Salbiah Md Zam

Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT HARI JURURAWAT


Kerajaan mengisytiharkan 12 Mei setiap tahun sebagai Hari Jururawat Malaysia untuk mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara. Di kesempatan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada rakan - rakan jururawat di seluruh Hospital dan Pusat Perubatan di Malaysia.

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah. Dulu bidang kejururawatan ini cuma perempuan sahaja sekarang sambutan dari golongan lelaki semakin memberangsangkan.Sebenarnya ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif. Malah, jururawat juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah.

Sedikit imbasan sejarah sambutan Hari Jururawat Sedunia.

12 Mei merupakan hari ulang tahun tokoh jururawat Barat yang tidak asing lagi, Florence Nightingale. Hari Jururawat telah disambut oleh seluruh dunia sejak tahun 1965 oleh International Council of Nurses (ICN). Tidak dinafikan sumbangan besar oleh dua golongan ini yang telah begitu banyak menabur jasa dan bakti mereka kepada anak-anak dan kepada segenap lapisan peringkat umur. Di mana-mana sahaja jasa mereka akan diperkatakan dan sumbangan mereka akan diingati. Apabila sakit, kita akan cari mereka. Apabila berduka, kita akan cari mereka. Merekalah Ibu dan merekalah Jururawat kita!

Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910), yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita, adalah perintis kepada kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845.

Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Dia menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Sumber Sejarah http://ms.wikipedia.org/wiki/Florence_Nightigale.

Monday, May 10, 2010

SEJARAH UMNO 64 TAHUN


Tanggal 11 Mei 2010, genap 64 tahun parti keramat UMNO dilahirkan. Parti yang telah banyak menabur jasa. Melahirkan pejuang-pejuang tulen yang berkorban jiwa dan raga, keringat dan air mata demi mempertahankan maruah dan martabat agama bangsa dan tanahair.Semangat perjuangan memartabatkan maruah orang Melayu bersemarak apabila British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946. Tindakan biadap dan tidak menghormati perasaan orang Melayu oleh British mencetuskan segala-galanya.

Gagasan Malayan Union harus ditentang habis-habisan. Orang Melayu tidak rela melihat Tanah Melayu menjadi tanah jajahan takluk British.Kesabaran orang Melayu jangan diambil mudah. Jangan dijolok sarang tebuan!Ledakan daripada semangat itu, satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mengumpulkan kekuatan Melayu mencabar British yang begitu tidak sensitif mengemukakan Gagasan Malayan Union. British harus diajar. Mereka perlu tahu orang Melayu, pantang dicabar. Jangan diusik!

Kongres itu dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres itu juga dicadangkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.Susulan itu, dalam bulan yang sama, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road Kuala Lumpur.

Tiga bulan selepas kongres pertama di Kelab Sultan Sulaiman, orang-orang Melayu membuktikan komitmen untuk bersatu padu menentang Malayan Union.Kuasa Raja-Raja Melayu perlu dipertahan. Malayan Union mahu menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Malayan Union mahu memberi rakyat asing hak sama rata dengan rakyat tempatan. Kemarahan orang-orang Melayu memuncak dan membara.

Sejarah tercatat. 64 tahun yang lalu, di Istana Besar Johor, di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946, parti keramat UMNO secara rasmi ditubuhkan. UMNO menyatupadukan orang Melayu yang bertekad untuk menentang Malayan Union.Pada mulanya UMNO dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “ Pertubuhan Melayu Bersatu” atau “ United Malays Organisation’. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan ditambah perkataan “kebangsaan’ atau “national’ selepas perkataan “Pertubuhan’.

Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ ( PEKEMBAR) atau “United Malays National Organisation’ (UMNO).Setelah penubuhan UMNO, orang Melayu menunjukkan semangat perpaduan yang amat memberangsangkan. Mereka bergerak dalam satu nada melawan Malayan Union.Perjuangan menentang Malayan Union mendapatkan sokongan paling padu.Dalam tempoh dua tahun Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.

Perjuangan UMNO tidak terhenti di situ. Sandiwara British perlu ditamatkan. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu di Raja-raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing, tetapi British masih menjajah.Mereka masih berkuasa dalam pentadbiran dan mengaut segala hasil kekayaan sumber asli. Orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan. UMNO tidak rela melihat martabat bangsanya diperkotak-katikkan. Perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British harus digerakkan seperti mana menentang Malayan Union.

UMNO harus mempelopori pula perjuangan memerdekakan tanah Melayu. Orang Melayu tidak mahu lagi dijajah. Cukuplah penderitaan dan penghinaan yang diterima sejak mula dijajah seawal 1511. Pada 24 dan 25 Mac 1951, Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu’ diganti dengan “ Merdeka’.

Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang DiPertua UMNO sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan:
"Lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan”Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula “Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita.”


Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bergerak dan bersatu ke arah memperjuangkan agenda menuntut kemerdekaan, mensyaratkan kemerdekaan tidak akan diberi sekiranya negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak ada kerjasama dan persefahaman antara kaum .UMNO bijak mengatur strategi. UMNO bersungguh-sungguh mahukan negara ini bebas merdeka. Apa sahaja halangan akan dirempuh. Bumi tercinta ini perlu Merdeka!Dengan kerjasama MCA, serta kejayaan besar UMNO/Perikatan dalam pilihanraya 1955, British akhirnya terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh keramat kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui pada 31 Ogos 1957.


Perjuangan dan jasa UMNO tidak terhenti setakat menentang Malayan Union dan memerdekakan Tanah Melayu. Selepas menikmati kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional menumpukan perjuangan untuk mengisi kemerdekaan dan mempertahankan serta meninggikan martabat bangsa, agama dan tanah air.Ladang-ladang getah dan kelapa sawit dibuka untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Pelbagai program pembangunan dalam ekonomi, pendidikan, agama, dan sebagainya dirancang secara sistematik dan strategik.Institusi yang berkait rapat dengan pembangunan rakyat seperti RISDA, FELDA, FELCRA, MARA dan sebagainya diwujudkan.

Mengimbau penubuhan UMNO 64 tahun yang lalu, pastinya tidak ada sesiapa yang dapat menolak hahikat betapa besar jasa dan pengorbanan yang parti itu telah lakukan untuk menjadikan Malaysia negara yang bermaruah dan rakyatnya memiliki jati diri unggul. Ahli-ahli UMNO kini melebihi tiga juta. Sebuah parti politk tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik di dunia yang dapat menandingi rekod pencapaian UMNO. Mendapat kepercayaan rakyat untuk terus menerus memerintah dalam kesemua 12 pilihan raya umum.

UMNO harus terus dipertahankan. UMNO tetap terus relevan. UMNO mesti terus menjadi parti dominan.Semoga Allah sentiasa memberi laluan yang mudah, mengurniakan rahmat, memberkati dan memelihara serta memberi kekuatan kepada UMNO, parti yang begitu banyak berjasa memartabatkan maruah bangsa agama dan tanahair.


Pohon nyior di tepi laut
Dimakan kumbang pucuknya layu
Kepada UMNO kita berpaut
UMNO tumbang hilanglah Melayu

Dari Chenor pergi ke Deli
Di pasar seberang ayam berlaga
UMNO tidak boleh dijual beli
Bukan barang untuk berniaga

Di pasar seberang ayam berlaga
Sayap terdampar patah tajinya
UMNO bukan barang untuk berniaga
Kalau dicabar nyawa padahnya

Hasil Nukilan:Kamal Zailani


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke 64 kepada “ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’(PEKEMBAR) atau “United Malays National Organisation’ (UMNO).

SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU


Assalamualaikum w.b.t!

Betapa besarnya pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita
bak orang kata...ibu sanggup membesarkan 10 orang anak
tapi adakah 10 orang anak itu sanggup menjaga ibu yang seorang...

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti telefon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "maaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin nanti..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ingin ada pasangan hidup sendiri...
Tetapi aku tidak mahu jadi begini...
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut hari ulang tahun.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?"
"mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang solat JENAZAH ibunya......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.

RENUNGKANLAH....

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

Nukilan :Dr Azlan Zainal

Saturday, May 8, 2010

PENAMAAN CALON PILIHANRAYA KECIL P212 PARLIMEN SIBU


Hari ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil untuk kawasan Parlimen P212 Bandar Sibu untuk memilih wakil rakyatnya yang baru bagi menggantikan tempat bekas Ahli Parlimen terdahulu iaitu mendiang Robert Lau Hoi Chew yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Persekutuan yang meninggal dunia pada pertengahan bulan April lalu akibat penyakit kanser.

Kepada seluruh penduduk serta para pengundi untuk kawasan Parlimen Bandar Sibu yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N.47 DUN Bawang Assan, N.49 DUN Nangka dan N.48 DUN Pelawan yang kesemuanya juga adalah milik Barisan Nasional, jadi ke atas bahu anda semualah harapan kebanyakkan rakyat Malaysia bertaut untuk melihat Barisan Nasional tetap mempertahankannya agar kekal kukuh di kerusi Parlimen P212 itu nanti dan harapan yang dituntut adalah sebagaimana sokongan padu anda semua sebelum ini terhadap ketiga-tiga kerusi DUN tersebut sehingga terus dikuasai oleh Barisan Nasional maka begitulah hendaknya bagi kerusi Parlimen Sibu.

Pusat penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah Sibu. Sebanyak 45 pusat pengundian akan diadakan dengan yang terkecil di SJK(C) Kai Nang di Ensurai dengan 143 pengundi berdaftar.Pusat pengundian terbesar ialah di Tadika Taman Rajang dekat Sibu dengan kira-kira 3,484 pengundi berdaftar. Pusat pengundian paling jauh ialah di SK Sungai Rasau, kira-kira sejam setengah perjalanan menaiki bot panjang yang mempunyai kira-kira 300 pengundi berdaftar.

Kerusi Parlimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos, 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).Berilah sokongan padu untuk calon SUPP/BN, terjemahkan sokongan anda semua dengan ikut sama berarak biarpun hanya sampai dimana garisan yang telah ditetapkan oleh pihak polis serta oleh pihak SPR dan selain itu patuhilah peraturan yang dikeluarkan demi keselesaan semua dan tunjukkanlah kepada pemimpin pihak pembangkang bahawa penyokong BN sentiasa mematuhi undang-undang serta menghormati semua peraturan serta arahan yang telah diberi oleh pihak yang berwajib.

Monday, May 3, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU



Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Naib Ketua Puteri Cawangan Seri Selangor Saudari Whidah Bt. Bidi bersama Suami beliau Saudara Mohd Jassri Bin Johari yang telah selamat diijabkabulkan pada 2 Mei 2010 (Ahad) di Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Kami mendoakan semoga perkahwinan mereka berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan di kurniakan oleh ALLAH s.w.t. sebuah keluarga yang bahagia. AMIN....