Thursday, September 30, 2010

PERSEDIAAN PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Sumber Berita dari Bernama

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan tahniah kepada YM. Tengku Razaleigh bin Hamzah atas kepercayaan dan perlantikan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Pengumuman itu di buat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, manakala Datuk Mustapha Mohamad pula di lantik sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras melahirkan rasa yakin dan percaya kedua-dua tokoh ini mampu mengerakkan jentera Barisan Nasional bagi memenangi DUN Galas pada Pilihan Raya Kecil kali ini.

Tuesday, September 28, 2010

PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS

KUALA LUMPUR: Adun Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Al Islam Kampung Baru di ibunegara kira-kira jam 4,25 petang semalam.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkannya.

"Jenazahnya akan dibawa ke kampung halamannya di Gua Musang malam ini untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam twitter juga mengesahkan kematian Adun Galas tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu FMT, SPR akan abdulazizsprbermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi memutuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Galas.

Beliau meramalkan pilihan raya kecil memandangkan tempoh masa dua pertiga daripada penggal pilihanraya umum lalu masih lagi belum berakhir.

"Saya baru dapat tahu tentang kematian Che Hashim .…maknanya setakat ini saya masih belum terima laporan rasmi tentang kematian daripada pejabat DUN negeri Kelantan.

Saya baru dapat tahu tentang kematian Che Hashim .…maknanya setakat ini saya masih belum terima laporan rasmi tentang kematian daripada pejabat DUN negeri Kelantan.

"Hanya jika selepas itu, pegawai SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi menentukan keputusan sebarang pilihan raya.

"Mengikut teknikal, tempoh dua pertiga itu berakhir antara Mac hingga Mei 2011, jadi masih ada masa untuk kita adakan pilihan raya kecil," katanya.

Che Hashim memenangi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN) dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman dari Umno.






Tuesday, September 21, 2010

SIAPA MELAYU ?


Wahai Melayu,
Hadirmu melengkapkan putaran dunia,
Asalmu bukanlah tanah di sini,
Dirimu dikatakan dari asal pelbagai bangsa dunia,
Mengalir darah Cina, India, 'Arab, Inggeris, Jawa, dan sebagainya,
Masih engkau dipanggil Melayu walaupun kacukan,
Asalmu dari seberang, bukan di Tanjung Emas ini
Engkau dihimpunkan di sini membentuk bangsa Melayu
Asal cara hidupmu bukan seperti kini,
Engkau pegang Hindu, kemudian Buddha,
Tiba Islam menyinari ruang Kalbumu,
Sebaik-baik pedoman menuju Allah,
Engkau bertatih membina tamadun,
Hingga berusia 450 tahun sudah,
Ah, singkatnya usia dirimu Melayu,

Saudara bangsamu lain kini telah bangka lagi tua,
Umur mereka ratusan ribuan tahun lamanya,
Pada mereka, engkau hanya anak kecil,
Masih bertatih, belum dapat berlari,
Belum putus menyusu,
Belum kenal ragam rencah dunia,
Walau begitu engkau masih nekad,
Mahu duduk semeja dengan mereka,
Ingin dipandang tinggi oleh mereka,
Walaupun engkau masih kecil,
Apa jasamu selama ini wahai Melayu?

Umur peradabanmu menghampiri Kiamat,
Tiada banyak yang engkau dapat lakukan,
Baru layak digelar gemilangnya Melayu,
Ingin engkau lakukan seperti saudaramu yang lain,
Tiada engkau mampu,
Mahu mengharungi seperti yang pernah mereka lalui,
Tiada engkau berdaya,
Engkau war-warkan dirimu SATU bangsa bermaruah,
Lihatlah dirimu kini,
Bagaimanakah keadaan maruahmu?
Koyak-rabak laksana kain perca,
Dek kerana bersalahan kefahaman,
Engkau katakan saudaramu bangsa lain yang mengoyaknya,
Bahkan ENGKAULAH yang mengoyakkannya dengan tanganmu,
Engkau anggap dirimu pewaris panji Islam seantero Nusantara,

Cermin dahulu situasi Islammu kini,
Islam dihinjak-hinjak dan dipijak-pijak semahunya,
Ku tahu engkau tidak akan biarkannya berterusan,
Tapi siapakah yang memijak Islam yang engkau pegang itu?
Bangsa lainkah?
Andai bangsa lain, mengapa demikian?
Mereka tiada tahu apa nilainya Islam itu,
Allah kurniakan khas buatmu Melayu,
Allah Maha Tahu nilai keislamanmu,
Lantas apakah yang menyebabkan Islammu diejek-ejek?
Dihina-hina dan dipermainkan selama ini?
Apa yang salah telah engkau lakukan terhadap Islam?
Engkau masih bermimpi,
Malah bagai orang yang berjalan ketika tidur ,
Tiada sedar apa yang berlaku terhadapmu,
Saudara bangsa lain melihat ENGKAU sendiri memijak Islammu itu,
Mereka mengganggap engkau sudah cukup berani,
Memijak pegangan hidup mati engkau sendiri,
Islam yang engkau junjung di jiwamu,

Kata mereka "Cakap tak selupa bikin"
"Suruh olang buat baik, tapi dia sendili buat jahat"
Mereka memperlekehkan tindakanmu,
Mereka anggap engkau Melayu mudah disuruh apa sahaja,
Disuruh ikut mereka,
Engkau turut mereka tanpa membantah,
Diminta tinggalkan agama andai mahu bersama mereka,
Bagai dipukau dan disihir engkau lakukannya,
Benarlah sangkaanku,
Melayu mudah lupa apa yang berlaku,
Apakah jati diri Melayu kini?
Bagaimanakah disiplin Melayu?
Apakah dengan membuang dan memijak Islam,
Engkau dimuliakan orang?
Apakah jawabmu nanti di hadapan Allah Maharaja segala Raja-raja,
Di kala perbicaraan yang amat ngeri lagi dahsyat berlaku,
Ketika itu engkau ditanya mengapa engkau membuang Islam, amanah Allah yang mulia?
Apakah kerana mahu disanjung sebagai bangsa yang berani di mata manusia?
Ataukah mahu merebut mata benda habuan dunia yang fana?
Mahukah Allah menyoalmu begitu?

Jangan tunggu saat itu tiba,
Kerana engkau pasti menyesal tiada sudah,
Sebab perbuatanmu di dunia dahulu,
Jawablah sekarang juga wahai Melayu,
Engkau yang tahu apa jawapannya,
Engkau boleh mengubah apa yang telah berlaku kini,
Kerana pabila tamat bicaramu di Yaumul Hisab,
Jawapannya tinggal DUA...
Syurga keredhoan Allah,
Atau.......
Neraka kemurkaan Allah yang tidak terhingga ngerinya...
Fikirlah wahai Melayu,
Allah telah kurniakan akal fikiran yang masih waras,
Belum jatuh mereng mahupun gila...

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431





Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca - pembaca Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras serta kepada Ahli - Ahli UMNO 4 Peringkat di Bahagian Cheras.

Ucapan khas Salam Aidilfitri daripada editor Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras kepada Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Cheras iaitu :-


1. YBhg. Datuk Wira Syed Ali Al Habshee - Ketua UMNO Bahagian

2. YBhg. Datuk Mahadi Abdul Shukor - Timbalan Ketua UMNO Bahagian

3. YBhg. Datuk Nasir Abdul Ghani - Naib Ketua UMNO Bahagian

4. YBhg. Datuk Faridah Abu Hassan - Ketua Wanita UMNO Bahagian

5. YBhg.Tuan Haji Syed Mehdhar Syed Abdullah - Ketua Pemuda UMNO Bahagian

6. YBhg. Puan Sarina Sharif - Ketua Puteri UMNO Bahagian


Pohon maaf atas segala kesilapan tutur kata bicara dan perbuatan yang tidak disengajakan. Semoga Syawal kali ini memberikan kesejahteraan kepada semua.

Kajang Pak Malau, kajang berlipat
Pergi beraya berkain pelikat
Kacau dodol anyam ketupat
Jangan lupa bayar zakat

Wassalam

Friday, September 3, 2010

SUDAH BERSEDIAKAH BARISAN NASIONAL UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 13?

Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang. Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus.

Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi. Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu. “Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi. Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR. Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara. Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

Berdasarkan perangkaan di atas, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan Parti Komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan seakan tidak bersedia atau akan membantu memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13...... Maka itu pemimpin tertinggi UMNO harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tercetus pada Pilihan Raya Umum ke 13..... adakah Barisan Nasional sudah bersedia untuk mencapai kejayaan atau bersedia menerima kegagalan?