Thursday, October 9, 2014

MAJLIS PENYEMBELIHAN LEMBU QURBAN AIDILADHA 1435H - UMNO CAWANGAN-CAWANGAN BAHAGIAN CHERAS

Puteri Cheras –  Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee telah menyumbangkan 33 ekor lembu qurban kepada UMNO Cawangan-cawangan, IPD Cheras, Kementerian Pertanian  serta Surau-surau dalam Parlimen Cheras sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1435 H.


Friday, October 3, 2014

SALAM AIDIL ADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam, khususnya Pergerakan Puteri UMNO bahagaian Cheras ,memberi peringatan bahawa hari raya bagi umat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada umat Islam.

Tahun demi tahun berlalu, sudah berkali-kali lafaz takbir kita laungkan, sudah banyak upacara menyembelih binatang korban kita saksikan. Apa yang membezakan setiap insan apabila tiba Aidil Adha ialah sejauh mana dia memahami dan cuba menghayati erti tadhiyah.

Manifestasi pengorbanan yang telah ditunjukkan Ibrahim A.S dan Ismail A.S membuktikan kebenaran iman dan taqwa kepada Allah. Sejarah pengorbanan ini jauh melangkaui logika pemikiran. Itu nilai pengorbanan paling tinggi jika diukur dengan fitrah manusiawi. Begitu sirah mengajar kita, bukan sahaja sirah para nabi, bahkan kisah sahabat-sahabat dan salafus solah juga seirama. Apabila berlaku pertembungan wahyu dan nafsu, iman dan taqwa kita menjadi penentu.

Sekarang kita menyambut hari raya yang berkait dengan ibadah haji dan peristiharan al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.

Peristiwa ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan adil.