Tuesday, October 20, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA YANG TELAH DIADAKAN SEPANJANG BULAN SYAWAL 2009

Bersempena bulan Syawal yang mulia ini, ramai ahli-ahli Puteri UMNO Cawangan telah mengambil kesempatan untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka di kediaman masing-masing. Pada hari-hari kebiasaan kita mungkin tidak berpeluang untuk berkunjung ke rumah-rumah rakan - rakan Puteri UMNO.


Berikut adalah senarai Majlis Rumah Terbuka yang telah di hadiri oleh Ahli - Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras:-



3 Oktober 2009, Sabtu
1. Rumah Terbuka oleh Puan Bahiyah (AJK Puteri UBC / Ketua Puteri Cawangan Shamelin) @ Bentong, Pahang





11 Oktober 2009, Ahad
1. Majlis Hari Raya UMNO Cawangan Jalan Kenanga @ Dewan UMNO Jalan Kenanga
2. Jamuan Hari Raya oleh Datuk Syed Abd Rahman @ Padang Bola Sepak Flat Sri Melaka
3. Rumah Terbuka oleh Shima (Ketua Penerangan Puteri UBC / Ketua Puteri UMNO Cawangan Jalan Foss) @ PPR Ampang Hiliran



17 Oktober 2009, Sabtu
1. Rumah Terbuka Pergerakan Puteri UMNO Malaysia @ PWTC
2. Majlis Hari Raya oleh Belia 4B, Cheras @ Kompleks Latihan Sukan (NAYC)
3. Jamuan Hari Raya Persatuan Penduduk PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur
4. Majlis Sambutan Hari Raya dan Deepavali anjuran serta kerjasama Persatuan Penduduk PPR Pudu Ulu, UMNO Cawangan Taynton View dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur



18 Oktober 2009, Ahad
1. Rumah Terbuka saudari Suhaida (AJK Puteri UBC / Ketua Puteri Taman Cheras) @ Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur
2. Rumah Terbuka saudari Nurul (AJK Puteri UBC / Ketua Puteri Cawangan Hang Tuah) @ PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Sunday, October 18, 2009

UCAPAN PENANGUHAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN MERANGKAP KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin memberi penghargaan dan ucapan setinggi TAHNIAH kepada Puan Sarina Sharif, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang juga merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras yang penuh bersemangat menyampaikan pendapat dan hasrat Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2009 di PWTC.

Pada ucapan pembuka kata, beliau telah menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang telah turun padang dan bertungkus lumus dalam membantu kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil di Bagan Pinang tempoh hari.
Memetik kata - kata ucapan pada Persidangan Puteri UMNO, Puan Sarina Sharif telah menyeru agar semua pemimpin Pergerakan Puteri haruslah lebih kerap memandang ke hadapan dan mendengar segala masalah rakyat dan jangan berpuas hati dengan publisiti dan hanya menonjolkan diri.

Beliau menambah lagi dengan mengingati kepada semua para Perwakilan dimana UMNO adalah satu parti warisan untuk mempertahankan masa depan anak bangsa. Kerana jika kita leka waktu ini maka tiada lagi mana-mana parti yang akan sanggup membela nasib anak-anak bangsa pada masa hadapan.

Arus politik pada masa kini telah berubah dimana semua pemimpin yang diatas perlu mendekatkan diri dengan rakyat dan Puteri harus keluar dari kepompong yang selesa.
Menyentuh soal Perlembagaan UMNO ,beliau amat bersetuju dengan perubahan dasar perlembagaan, dimana Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan secara automatik menjadi perwakilan. Ianya sebagai memperakui peranan Puteri UMNO di peringkat cawangan mahupun di peringkat bahagian.

Beliau juga mencadangkan agar keahlian setiap wanita muda yang berumur kurang 35 tahun, keahliannya adalah secara automatik menjadi ahli Pergerakan Puteri UMNO.

Sunday, October 11, 2009

BN MENANG DI BAGAN PINANG

Kami dari pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan TAHNIAH diatas kemenangan Barisan Nasional dan juga kepad YB Tan Sri Mohd Isa diatas kemenangan yang amat dibanggakan dengan Majoriti yang lebih besar 5,435 undi pada Pilihanraya di Bagan Pinang yang lepas

KEPUTUSAN PILIHANRAYA N31
BN 8013 Tan Sri Mohd Isa Samad
PAS 2578 Zulkifli Mohd Omar

*Majoriti 5435
*Jumlah Mengundi 11170
*Peratus 82%
*Undi Rosak 223

Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.

Friday, October 2, 2009

HARI PENAMAAN CALON – DUN BAGAN PINANG 3 OKTOBER 2009

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM AIDILFITRI

Untuk makluman kepada semua ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras. Pada 3hb Oktober 2009 (Sabtu) adalah Hari Penamaan Calon untuk DUN Bagan Pinang. Pergerakan UMNO Bahagian Cheras telah menyediakan sebuah bas untuk kita sama-sama memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Isa Bin Hj. Abdul Samad.

Butiran Program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 06.15 Pagi
Tempat : Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur

Kepada ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah dijemput bersama ke DUN Bagan Pinang.

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 11 Okt, Penamaan Calon 3 Okt


Sep 14th, 2009 | By administrator | Category: Berita Pilihan

PUTRAJAYA, 14 Sept — Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada Isnin dan Selasa.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

“Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di sini Isnin.

Dun Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

“Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama,” katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.

“Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

“Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.

“Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.

“Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding,” katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali,” katanya.

Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (MAFREL) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.

– BERNAMA