Thursday, October 9, 2014

MAJLIS PENYEMBELIHAN LEMBU QURBAN AIDILADHA 1435H - UMNO CAWANGAN-CAWANGAN BAHAGIAN CHERAS

Puteri Cheras –  Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee telah menyumbangkan 33 ekor lembu qurban kepada UMNO Cawangan-cawangan, IPD Cheras, Kementerian Pertanian  serta Surau-surau dalam Parlimen Cheras sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1435 H.


Friday, October 3, 2014

SALAM AIDIL ADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam, khususnya Pergerakan Puteri UMNO bahagaian Cheras ,memberi peringatan bahawa hari raya bagi umat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada umat Islam.

Tahun demi tahun berlalu, sudah berkali-kali lafaz takbir kita laungkan, sudah banyak upacara menyembelih binatang korban kita saksikan. Apa yang membezakan setiap insan apabila tiba Aidil Adha ialah sejauh mana dia memahami dan cuba menghayati erti tadhiyah.

Manifestasi pengorbanan yang telah ditunjukkan Ibrahim A.S dan Ismail A.S membuktikan kebenaran iman dan taqwa kepada Allah. Sejarah pengorbanan ini jauh melangkaui logika pemikiran. Itu nilai pengorbanan paling tinggi jika diukur dengan fitrah manusiawi. Begitu sirah mengajar kita, bukan sahaja sirah para nabi, bahkan kisah sahabat-sahabat dan salafus solah juga seirama. Apabila berlaku pertembungan wahyu dan nafsu, iman dan taqwa kita menjadi penentu.

Sekarang kita menyambut hari raya yang berkait dengan ibadah haji dan peristiharan al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.

Peristiwa ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan adil.



Wednesday, September 24, 2014

"KEMPEN CARA HIDUP SIHAT" SENAMROBIK PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS




Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Biro Sukan Puteri akan menganjurkan Program Senamrobik “ Kempen Cara Hidup Sihat “ khusus untuk golongan wanita muda dan Ahli Pergerakan Puteri UMNO  pada 24 September  2014  bertempat Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur.

Program Senamrobik "Kempen Cara Hidup Sihat" akan kendalikan oleh Puan Siti yang mempunyai banyak pengalaman mengedalikan senamrobik.

Dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan Kempen Cara Hidup Sihat.

(Terbuka dikalangan Kaum Hawa sahaja)



Monday, September 22, 2014

JAWATANKUASA PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN TURUT BERKEMPEN DI PRK PENGKALAN KUBOR



 Ketua Puteri Wilayah  SharifahAminah  Habshee (Sha Habshee)  bersama barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Wilayah Persekutuan berkempen di PRK Dun N.01 Pengkalan Kubor

Datin Seri Utama Anggraini dan Datin Halimatun  serta Ketua Puteri WPSharifah Aminah (Sha Habshee)   beramah mesra bersama penduduk setempat di PRK Pengkalan Kubor
22 September 2013 - Ketua Puteri Wilayah  Sharifah Aminah Habshee bersama Jawatankuasa Puteri Wilayah turut berkempen di PRK Pengkalan Kubor untuk membantu Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.


Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor beramah mesra bersama masyaratkat Siam di  Kg. Mertua Pengkalan Kubor
Sepanjang berada di Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan, Jawatankuasa Puteri UMNO Negeri WP, telah menghadiri beberapa program seperti Rumah ke rumah bersama Datin Seri Utama Anggraini isteri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Seri  Utama Tengku Adnan Tengku Mansor , Program sebegini dapat mendekati serta bersuai kenal bersama penduduk dan masyarakat sekeliling, sebanyak 13 buah rumah telah mereka lawati disekitar Pusat Pengundi (PDM) Dun N.01 Pengkalan Kubor.

Barisan Ketua-ketua Puteri Bahagian UMNO Wilayah Persekutuan  bersama YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Ketua Puteri Bahagian Puan Nazatul Shima bersama Jawatankuasa  Puteri UMNO Negeri WP, mendengar ceramah di PRK Pengkalan Kubor
Program bersama Pengundi Siam di Kg. Mertua, telah dihadiri oleh Pengerusi Badan Penghubungan UMNO Wilayah Persekutuan juga merangkap Ketua Menteri Wilayah persekutuan  YB Dato' Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Masor.

Persembahan Dikir Barat oleh Masyaratkat setempat di PRK Pengkalan Kubor
Menurut Ketua Puteri Wilayah beliau berkata’ betapa bertuahnya pengundi di Pengkalan Kubor jika menyokong calon Barisan Nasional (BN) kerana BN mampu membela rakyat yang diwakilinya.

UMNO Bahagian Cheras juga turut menghantar  petugas -petugas  ke PRK Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan.

SEKITAR LENSA DI PRK DUN N.01 PENGKALAN KUBOR TUMPAT KELANTAN
























HARI PENGUNDIAN PRK DUN N.O1 PENGKALAN KUBOR 25 SEPTEMBER 2014




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah pada 13 September 2014, manakala hari pengundian akan diadakan pada 25 September 2014.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika mengumumkannya di Ibu Pejabat SPR Putrajaya pada 29 Ogos 2014 bulan lalu turut memaklumkan undi awal ditetapkan pada 21 September dan undi pos pula ditetapkan pada 13 September bagi pengundi di luar negara manakala 15 September untuk pengundi dalam negara.

Calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary
Pusat penamaan calon ditetapkan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat manakala pusat penjumlahan undi pula adalah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa, Tumpat. Pusat Pengundian awal SPR akan menggunakan Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.“ 11 sekolah akan digunakan sebagai Pusat Mengundi (PDM) yang mengandungi 46 saluran tempat mengundi.

PRK ketujuh selepas PRU pada Mei tahun lepas diadakan selepas ADUN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, baru-baru ini.Allahyarham adalah Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.

PAS pada PRU 2008 menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR tetapi gagal merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) selama dua penggal berturut-turut.

PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN CHERAS TAHUN 2014

YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz menerima cenderhati dari Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Albshee ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Tahun 2014 telah diadakan pada tarikh 10hb Ogos 2014 bersamaan 14 Syawal 1435H, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras dimulakan jam 8.00 pagi bertempat Tingkat 14, Manhattan II, Hotel Berjaya Times Square Jalan Imbi Kuala Lumpur.




Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz Ahli Majlis Tertinggi merangkap Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia .


Wakil 10 Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras

Dengan bangganya kami sayap bongsu Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan TAHNIAH & Terima Kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO. Kami sayap bongsu akan memberikan kerjasama dalam menyumbangkan idea dan tenaga dengan penuh dedikasi serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam meneruskan kesinambungan meningkatkan dalam UMNO Bahagian Cheras.

Perwakilan Puteri Bahagian bergambar kenangan bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras , Puan Nazatul Shima Shamsuddin
Justeru diharapkan kerjasama warga UMNO Bahagian Cheras dapat memberi sokongan atau sumbangan yang sepenuhnya dalam perjuangan parti tertua di Malaysia UMNO.

Barisan Petugas Puteri  dari meja pendaftaran Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras 




Saturday, September 20, 2014

DATUK SERI SYED ALI ALHABSHEE - MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DIADAKAN DISETIAP CAWANGAN UMNO BAHAGIAN CHERAS




Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras bersama Ketua Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Kg. Bukit Tangki Air

Sepanjang bulan Syawal 1435 Hijrah, Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri telah diadakan disetiap 31 Cawangan UMNO dalam UMNO Bahagian Cheras.

Pelbagai konsep Raya serta idea-idea perlaksanaan kreativiti pada setiap Cawangan masing-masing yang telah mengadakan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama ahli-ahli diperingkat Cawangan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee  telah memberi peruntukan sebanyak Tiga Ribu Ringgit (RM3,000)  bagi mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri disetiap  31 Cawangan dalam UMNO Bahagian Cheras,

Menurut Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, beliau berkata UMNO Bahagian Cheras tidak mengadakan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang sentiasa  diadakan pada  setiap tahun, bagi menghormati tragedi Nahas Pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Donestdk, Ukraine sehingga mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, pada 17  Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435H, selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2014 yang telah diumumkan Anggota Jemaah di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau juga berkata tujuan memberi peruntukan kepada setiap 31 Cawangan bagi mengeratkan dan merapatkan ukhuwah pemimpin bersama Ahli-ahli Cawangan diperingkat akar umbi serta  mendekatkan diri kepada masyarakat setempat.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan  jutaan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang telah menjalankan peranan kepimpinan  beliau sebagai Ketua Bahagian yang banyak berjasa kepada UMNO Bahagian Cheras dan juga Masyarakat sekeliling.

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI YANG TELAH DIADAKAN SETIAP CAWANGAN-CAWANGAN

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Taman Miharja Fasa II

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Pekan Cheras Baru

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Sri Selangor

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Kg. Cheras Baru

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Jalan Baiduri

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan KM4
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Cawangan Pudu Ulu














Friday, September 19, 2014

PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2014



Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras Tahun 2014  telah adakan pada tarikh 09hb Ogos 2014 bersamaan 13 Syawal 1435. Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras  diadakan pada jam 6:00 petang , bertempat di Hotel Royal KL, Bukit Bintang Kuala Lumpur, wakil pemerhati Puteri UMNO Negeri dihadiri oleh Yang Berbahagia Saudari Hazrene Begum, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong.




Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Md Nasir Abd Ghani ,Naib  Ketua UMNO Bahagian Cheras hadir bersama Isteri, turut hadir Ketua Puteri UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Saudari Sharifah Aminah Alhabshee bersama Jawatankuasa Puteri UMNO Negeri.