Friday, February 26, 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1431 HIJRAH


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah... - Dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagaian Cheras kepada semua sahabat-sahabat Pergerakan Puteri UMNO, sahabat-sahabat bloggers dan para pembaca sekalian...Semoga kita tergolong didalam umat yang akan mendapat syafaat dari junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W InsyaAllah...Amin

Thursday, February 25, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH HASLINDA MOHD ZERAIN



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyampaikan Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Haslinda Mohd Zerain iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ampang (mantan Exco Puteri UMNO Malaysia) yang telah kembali ke Rahmatullah akibat sakit jantung pada hari Rabu, 24hb Februari 2010,bersamaan 10 Rabiulawal 1431, pada jam 11.45 pagi.

Seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mendoakan semoga Rohnya Allahyarhamah Haslinda Mohd Zerain, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatehah.

JANGAN PERTIKAI KEMAMPUAN WANITA




Sinar Harian Rabu, 24 Februari 2010

Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, menyelar kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) yang menyatakan kebimbangan penguasaan penjawat wanita dalam sektor awam. Ketuanya, Sarina Sharif berkata, penjawat awam wanita mampu melaksanakan tugas dengan baik walaupun perlu memikul pelbagai tanggungjawab lain sebagai ibu dalam keluarga masing - masing.

"Bagi saya peningkatan jumlah kakitangan di sektor perkhidmatan awam merupakan satu perkembangan yang baik. "Walaupun ada antaranya perlu mengambil cuti yang panjang bagi tempoh bersalin serta perlu menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu, ini tidak bermakna wanita tidak menjalankan tugas dengan baik," katanya ketika di hubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Ceupacs, Ahmad Shah Mohd Zin yang mendakwa semakin ramai wanita dilantik sebagai pembuat keputusan akan memberi implikasi kepada pertumbuhan negara.

Sarina berkata, golongan wanita yang berkelayakan seharusnya diberikan peluang yang adil untuk bersaing dan memajukan diri masing - masing dalam mana-mana sektor pekerjaan. "Saya tidak setuju dengan kenyataan itu kerana golongan wanita juga mampu berjaya melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka. "Peningkatan kakitangan wanita dalam sektor awam menunjukkan wanita amat komited dalam melaksanakan tugas dan mampu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga dengan bijak," katanya.

Dalam pada itu , Sarina turut menasihatkan golongan wanita agar mempertingkatkan produktiviti kerja dan menjaga maruah diri bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat terhadap kemampuan wanita dalam melaksanakan tugas."Bagi golongan wanita yang sudah bekeluarga, saya nasihatkan supaya sentiasa menjaga maruah dan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

"Golongan muda pula disrankan sentiasa mempertingkatkan mutu kerja dan menerapkan nilai - nilai murni agar wanita tidak dianggap sebagai golongan yang tidak mampu melaksanaknm tugas dengan baik,"katanya.

Monday, February 22, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT DI KAMPUNG CHERAS BARU.


Program Juara Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras, telah di adakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada program bertema Bulan Kebajikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Wilayah Persekutuan (JASA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Seramai 200 orang penduduk setempat telah berganding bahu bersama-sama Ahli - Ahli Pergerakan Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras dalam menjayakan program Gotong Royong membersihkan persekitaran Kampung Cheras Baru.

Dalam ucapan perasmian Program Juara Rakyat tersebut, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah berkata,adalah penting bagi UMNO bersifat ikhlas dan menarik penglibatan masyarakat setempat dalam mencapai matlamat program itu. "Untuk menjadi juara,kita bukan sekadar mengadakan program, tetapi kita juga harus menyelesaikan masalah tempat", katanya.



Pada Majlis "Cinta Kasih Rakyat" sempena Program Juara Rakyat, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Puan Sarina Sharif,Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras merangkap Ketua Puteri UMNO Bahgaian Cheras, turut mengunjungi dua buah rumah setinggan warga emas dan memberi sumbangan kepada mereka.

Disamping itu sessi Dialog bersama Pemimpin telah di adakan dengan mengambil pendekatan membantu penduduk setempat meluahkan masalah dan pemimipin memberikan pandangan mereka. Kaunter Suruhanjaya Pilihanraya dan Kaunter Daftar Keahlian Baru UMNO juga telah disediakan bagi memudahkan penduduk setempat menyemak dan mendaftar sebagai pemilih mahupun sebagai ahli UMNO.

Sunday, February 14, 2010

JANGAN SAMBUT VALENTINE DAY

KENAPA TIDAK BOLEH SAMBUT HARI KEKASIH "VALENTINE DAY" :-

1. Perkataan "Valentine" berasal daripada Bahasa Latin Bermaksud 'Yang Perkasa, Kuat dan Kuasa'. Ini ditujukan khas kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan masyarakat Rom. Menyambut Valentine adalah sama seperti menghidupkan kembali budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung sembahan masyarakat Rom itu.

2. Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.

3. 'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Valentine', adalah orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.

PERINGATAN : Ini jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.

Thursday, February 11, 2010

"BAPA ANGKAT" TURUN PADANG

YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


Pada 9 Februari 2010, jam 8:30 malam, bertempat di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, telah diadakan perjumpaan Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat UMNO Bahagian Cheras bersama "BAPA ANGKAT" , YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir bin Baharom.

Pada majlis perjumpaan ini, Y. Bhg. Dato' Wira Syed Ali Al-Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras telah memberi taklimat Program Juara Rakyat dan Program Biro-Biro yang telah dirancangkan sepanjang tahun 2010. Program - program yang telah di rancang sepanjang tahun 2010 ini adalah untuk memastikan UMNO Bahagian Cheras akan sentiasa lebih dekat bersama masyarakat tempatan serta memantau kesusahan dan permasalahan di Parlimen Cheras.

Majlis Perjumpaan ini telah di akhiri dengan ucapan YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir bin Baharom. Ahli - ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras amat berbangga dapat bertemu dan mendengar pandangan seorang Menteri yang cukup berdedikasi.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras bersama YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Baharom (tengah), Y Bhg. Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Y Bhg. Puan Sarina Sharif

DATO' SERI DR. ZAMBRY KEKAL SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK


KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah wajar dilihat sebagai peluang kepada kepemimpinan negeri meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).


Pemerhati politik sependapat bahawa peluang yang terbentang itu wajar digunakan sebaik mungkin oleh Zambry untuk manfaat semua, bukan saja rakyat Perak.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustapa Ishak, berkata ruang yang diberikan selepas kira-kira dua tahun membazir masa dengan pelbagai tuntutan perundangan menyebabkan aspek pembangunan negeri dan rakyatnya terjejas wajar digunakan sepenuhnya.

"Zambry perlu buktikan beliau mampu memikul tugas berat ini dengan meneruskan kerja pembangunan, mendekati rakyat serta menangani masalah persepsi.


"Bagaimanapun beliau perlu berhati-hati kerana perbezaan kerusi antara BN dan pembangkang hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana macam-macam boleh berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, mahkamah memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan beliau yang dibuat Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR selepas berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam DUN.

Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Mohammad Agus Yusoff, berkata Zambry perlu menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk meneruskan agenda rakyat yang terganggu sebelum ini.

"Zambry perlu laksanakan dasar kerajaan untuk pastikan rakyat dapat merasai dan menghargainya" katanya.

Pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat, Umno dan parti BN wajar menggerakkan jentera memenangi hati rakyat.

sisipan daripada : www.bharian.com.my

KAMI DARI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS MENYAMPAIKAN SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATO' SERI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR YANG KEKAL SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK.

Monday, February 8, 2010

JOM BERSUKAN !!!


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras di bawah Biro Sukan telah membuat beberapa perancangan dalam bulan Februari 2010.

Buat julung kalinya, pada 7/2/2010 (Ahad) Biro Sukan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan sesi Latihan Bola Jaring yang bertempat di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Aktiviti riadah ini terbuka kepada semua ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan dan juga kepada orang awam. Bagi mereka yang ingin mengikuti sesi latihan secara percuma dan juga sesi Senam Aerobik ianya akan diadakan pada jam 8:oo pagi di tempat yang sama pada jadual seperti berikut:-


Tarikh : 28/2/2010 (Ahad)
Masa : 7:30 pagi - Senam Aerobik
8:30 pagi - Latihan Bola Jaring
Tempat : Kompleks Sukan Kampung Pandan, Cheras


ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN DAN MEMERIAHKAN PROGRAM YANG DIANJURKAN INI.

LAWATAN TERTUTUP UMNO BAHAGIAN CHERAS KE UMNO BAHAGIAN BANDAR TUN RAZAK ("BTR")


Pada 5/2/2010 (Jumaat) jam 8:00malam, UMNO Bahagian Cheras telah membuat Lawatan Tertutup ke UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Program ini melibatkan semua AJK 4 Peringkat dari UMNO Bahagian Cheras dan juga UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.Justify Full


Program ini merupakan kerjasama yang di bentuk antara UMNO Bahagian Cheras dan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dalam bersama-sama mengatur strategi dan bersiap sedia untuk memastikan agar kerusi Parlimen Bandar Tun Razajk pada PRU13 kembali menjadi milik Barisan Nasional (BN).


Strategi ini telah termaktub di dalam pelan tindakan yang telah dipersetujui pada Kursus di ILMU , Janda Baik yang lepas. UMNO Bahagian Cheras dan UMNO Bahagian Tun Razak adalah merupakan UMNO Bahagian yang pertama menyahut cabaran yang telah dirangkakan oleh Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Insyallah kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras pasti akan membantu menjayakan apa yang telah direncana oleh UMNO Bahagian demi memastikan kemenangan PRU13 kelak.

Tuesday, February 2, 2010

NASIB ORANG MELAYU PULAU PINANG - KOMEN KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS



Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri Pulau Pinang. Sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Lupakan lakunan dan kegilaan komentar para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang, sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya. DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’atau menyusun atur zon dan membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan yang didalangi DAP ini ialah untuk menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi sekecil-kecilnya dan tidak ada suara majoriti di semua tempat di kawasan DUN ataupun Parlimen di Pulau Pinang.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ditengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan ke kawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan Pakatan Rakyat akan menang mudah pada PRU 13 nanti.Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu. Rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew.
Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang. Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya, Lee Kuan Yew berkata kepadanya..”You don’t worry I’ll teach you step by step”....Jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah(bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang.

DAP juga sedang menjalankan gerak kerja untuk menghapuskan kuasa orang melayu di Pulau Pinang sebelum PRU13 semata mata untuk tidak rela kalah.Pemimpin Melayu Pakatan Haprak yang ada hanyalah sekadar boneka. Banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sedang dirancang pembinaan disebelah tanah besar. Puteri UMNO Bahagian Cheras mencadangkan kerajaan pusat seperti SPNB supaya membina banyak rumah mampu milik di sebelah pulau dan pastikan 80% adalah milik melayu dan dikenakan syarat tidak boleh dijual.Jika tidak melayu hanya tinggal nama di Pulau Pinang.
Kerajaan pusat harus campur tangan dalam program perumahan yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ini adalah kerana Pejabat Perumahan Negeri akan ditukar kepada Syarikat Perumahan Negeri dimana pengerusinya adalah berbangsa cina.Maka selepas ini permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan rumah kos rendah sederhana perlu mendapatkan sokongan dari Ahli - Ahli Yang Berhormat dari DAP. Implikasinya mereka akan mengawal segala permohonan, jadi Orang Melayu akhirnya tidak akan mendapat apa - apa. Pegawai Kerajaan Negeri tidak mampu berbuat apa - apa, kerana mereka hanya mampu menurut perintah. Segala polisi dan arahan untuk Pejabat Perumahan Negeri adalah datang dari kerajaan negeri yang kita sedia maklum dibawah kawalan sepenuhnya Khalifah Cina Melaka iaitu Lim Guan Eng.
Perkara ini memang benar - benar sedang berlaku. Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan masyarakat Melayu dan rakyat Pulau Pinang harus bangkit dan sudah tiba masanya untuk Bangsa Melayu mengukuhkan hak - hak isitmewa Orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.