Thursday, August 26, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53

Tema hari kemerdekaan 2010 ini adalah "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI".
Satu tema yang cukup luas dan besar pengertiannya kepada semua rakyat negara ini. Tema hari kemerdekaan 2010 tersebut memberikan gambaran bahasa dengan penyatuan dan semangat cintakan negara pastinya mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik. Salah satu dari tema hari kemerdekaan yang menarik.

Dan untuk pertama kalinya juga seluruh negara kita akan menyambut perayaan hari malaysia pada 16 September nanti yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Di antara aktiviti sempena sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos dan September ini adalah:

1. Pameran Kemerdekaan “Wira Yang Tidak Dicanang”
Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi -- 6.00 petang

2. Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan

3. Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

4. Perayaan Hari Malaysia
(Pameran, Pertandingan Koir Patriotik dan Acara Rasmi)

Tarikh: 16 September 2010
Tempat: Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

5. Manifestasi Puisi Kemerdekaan
Tarikh: 23 – 25 September 2010
Masa: 9.00 pagi -- 11 malam
Tempat: Taman Budaya Negeri Melaka


Pastinya setiap warga Malaysia mempunyai tafsiran dan pengertian sendiri bila berbicara mengenai hari kemerdekaan ataupun hari kebangsaan negara. Walaupun wujud berbeza pendapat dan pandangan dalam sesuatu perkara, namun tema hari kebangsaan 2010 "1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI" perlu dihayati oleh semua warga malaysia dan lapisan masyarakat dan dijadikan panduan untuk menguatkan semangat cintakan negara. Jika dihayati tema hari kebangsaan 2010 ini, maksudnya boleh diperluaskan di gunakan dalam segala aspek untuk pembangunan sesebuah negara.


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warga Malaysia yang berada di dalam negara mahupun di luar negara.

2 comments:

chocinmybox said...

Salam,saya anis dari majalah Nona. Saya nak tanya,macam mana saya nak contact individu yang menguruskan aktiviti Puteri UMNO Cheras? Kami bercadang untuk bergabung dengan Puteri UMNO untuk event Nona dan ANLENE bersama Puteri UMNO. Boleh tak hubungi saya melalui email: annyssnor@gmail.com/anis@karangkraf.com.my. tq

puteri.cheras said...

kami menggucapkan ribuan terima kepada cik kerana sudi singgah di blog Puteri UMNO bahagian Cheras

cik boleh menghubungi talian kami 03-92827923 / 0192677923 (ida).

Terima kasih