Bukankah negara ini asalnya di duduki oleh hanya orang Melayu. Sebab itu namanya Semenanjung Tanah Melayu. Orang putih panggil Malaya setelah mereka menjajah Tanah Melayu. Ketika orang Melayu menuntut kemerdekaan daripada bangsa penjajah British, pihak penjajah telah mensyaratkan supaya rakyat negara China dan India yang diangkutnya ke negara ini sebagai buruh lombong dan estet sebelumnya, diberikan kerakyatan tanpa saringan.
Orang Melayu atau Umno di bawah pimpinan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakannya terima syarat British itu dengan syarat warga China dan India yang diberi kerakyatan itu taat setia kepada negara, Raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Pada zaman itu, semuanya berjalan lancar dan baik. Kaum Cina dan India hidup aman damai dan bebas mengamalkan agama, budaya serta bahasa mereka. Mereka dalam keadaan aman boleh ‘cari makan’ dan anak-anak mereka boleh belajar di mana sahaja tanpa sekatan. Masalah mula timbul apabila kaum Cina pimpinan Lee Kuan Yew yang berfahaman sosialis dan mungkin komunis mula mahu merampas negara ini dari segi politik setelah menyedari kaum mereka telah menguasai ekonomi. Akhirnya Lee Kuan Yew berjaya merampas Singapura yang asalnya juga negeri Melayu milik Johor menjadi sebuah negara republik yang berteraskan kekuasaan kaum Cina.
Daripada PAP – parti politik Lee Kuan Yew yang menguasai Singapura, dilahirkan DAP untuk mengembeling tenaga politik kaum Cina di Semenanjung Tanah Melayu sebagai kesinambungan kepada politik Lee Kuan Yew.
Sejak itulah negara ini tidak pernah sunyi daripada isu atau tuduhan bahawa orang Melayu "racist". Kalau orang Melayu bersikap perkauman ("racist") sudah tentu tidak seorang pun kaum itu berada di negara ini dan boleh hidup aman dan meraih kekayaan sebebas-bebasnya.
Malang bagi orang Melayu, kerana seorang dua pemimpin yang gilakan kuasa dan gilakan Putrajaya, maka ramai juga orang Melayu sendiri terikut-ikut dibuai isu perkauman tajaan DAP dan sanggup memecah-belahkan perpaduan dan penyatuan Bangsa Melayu itu sendiri. Kalau di zaman Rasulullah, mereka ini dianggap menderhaka dan hukumannya adalah pancung kepala.... Tak tahulah di mana silapnya hinggakan mereka begitu berani dan lantang menuduh orang Melayu atau Umno "racist", sedangkan di masa sama mereka bebas menguasai politik kaum mereka melalui DAP dan meraih kekayaan waima dengan pelbagai kegiatan yang diharamkan oleh undang-undang negara.
Apakah kerana orang Melayu kini lemah atau kerana sikap pemimpin Melayu yang terlalu bertolak ansur hinggakan umat Melayu sendiri beransur-ansur ketepi dan terpinggir?
Wallahualam....
NOTA KAKI : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan, sudah tiba masanya Bangsa Melayu harus sedar dari lamunan dan bangun bersatu demi perpaduan umat Melayu yang beragama Islam. Jangan sampai nanti "Menang sorak, Kampung tergadai"
No comments:
Post a Comment