Friday, July 1, 2011

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN RASMIKAN KONVENSYEN BARISAN NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN


TPM RASMI KONVENSYEN BN WILAYAH PERSEKUTUAN


Empat isu menjadi fokus utama pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada hari Ahad, 3 Julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432.


Empat isu tersebut ialah mengenai sena
rio politik semasa, perumahan, penjaja dan peniaga-peniaga kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Menurut Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, seramai 1,300 orang peserta mewakili parti-parti komponen akan menghadiri konvensyen tersebut yang bakal diadakan di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Katanya, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perhubungan BN / UMNO Wilayah Persekutuan dijangka menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan konvensyen tersebut kira-kira pada pukul 9.00 pagi.

Katanya, sebanyak lapan kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil-wakil komponen BN dan rumusannya akan dijadikan satu Resolusi BN Wilayah Persekutuan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku pengerusi BN Pusat.

No comments: